Nak menikmati rasa Kek Coklat Caramel Cheese yang sangat sedap, gebu dan lembut? Resipi perkongsian bakers tersohor Azlina Ina yang telah dicuba serta dikongsi kembali oleh saudari Norainon Misnor ini semestinya harus dicuba.
Memang padu. Patutlah banyak kali resipi ni dicuba dan dikongsi. Dijamin tidak akan menyesal. Anda nak rasa? Berikut adalah senarai bahan serta cara-cara pembuatannya.
Bagi penggemar sajian Nasi Ayam, Bihun Sup, Bubur Nasi dan Spageti Carbonara, boleh cuba resipi yang RASA kongsikan ni. Sangat mudah, ringkas dan sedap. Tentunya membuka selera bagi yang mencubanya. Bagi ibu-ibu yang sibuk, keempat-empat resipi ni memang sesuai disediakan kerana sebahagian dari bahan-bahan asasnya boleh disediakan awal dan boleh menjimatkan masa. Menarik kan? Berikut empat idea menu yang enak,sihat, ringkas dan mudah disediakan di rumah. Selamat mencuba.
1. BIHUN SUP
BAHAN-BAHAN:
250 gm bihun | celur dengan air campur sedikit serbuk kunyit
Panaskan minyak zaitun dalam kuali, tumiskan bawang putih dan bawang Holland hingga wangi.
Masukkan cendawan, kacau rata dan masukkan pula sos carbonaraaaaa.
Seterusnya masukkan susu cair, diikuti spageti kacau rata.
Perasakan dengan garam dan serbuk pati ayam.
Kecilkan api dan terus gaul lebih kurang 1-2 minit.
Tutup api, taburkan serbuk keju parmesan, serbuk lada sulah dan hirisan cili padi. Gaul rata.
Hidangkan bersama hirisan fillet ayam goreng tadi.
INFO CHEF: Untuk menyediakan spageti carbonara ada pelagai versi ikut cita rasa anda. Resipi ini paling ringkas. Sesuai sebagai hidangan makan malam keluarga.
Walaupun sedikit pahit, peria tetap menjadi kegemaran ramai, selain khasiatnya keenakan peria bila dimasak sebagai bahan tambahan dalam masakan atau dibuat sambal dengan bilis memang sangat sedap. Tak percaya anda boleh cuba Sambal Garing Peria Ikan Bilis yang dikongsikan ini. Ia sangat sedap dimakan dengan nasi panas.
SAMBALGARING PERIA IKAN BILIS BAHAN-BAHAN:
250gm peria | hiris nipis
250gm ikan bilis | belah dua
1 biji bawang besar | hiris
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng dan menmis BAHAN KISAR:
10 biji cili padi
2 biji cili merah
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah CARA MEMASAK
1. Gaulkan peria diramas dengan garam dan sedikit cuka dan telah dibersih dan ditoskan dengan sedikit tepung dan garam halus, gaul rata, ketepikan.
2. Panaskan minyak, goreng ikan bilis hingga garing, angkat dan ketepikan.
3. Goreng pula peria hingga garing. Angkat dan ketepikan.
4. Kecilkan api, keluarkan minyak. Tinggal sedikit untuk menumis.
5. Tumiskan bahan kisar bersama hirisan bawang besar.
6. Perasakan dengan sedikit garam dan gula secukup rasa.
7. Setelah bahan tumisan garing tutup api.
8. Masukkan peria dan ikan bilis goreng tadi. Gaul rata.
9. Sambal goreng pertia sedia dihidangkan.
INFO: Untuk menghilangkan pahit peria, gaulkan peria dengan campuran garam dan cuka makan. Gaul rata dan biarkan lima minit. Kemudian bilas dengan air bersih dan tos.