Resipi Kek Coklat Caramel Cheese Azlina Ina. Lembut, Gebu, Memang Padu!

Share

Nak menikmati rasa Kek Coklat Caramel Cheese yang sangat sedap, gebu dan lembut? Resipi perkongsian bakers tersohor Azlina Ina yang telah dicuba serta dikongsi kembali oleh saudari Norainon Misnor ini semestinya harus dicuba.

Memang padu. Patutlah banyak kali resipi ni dicuba dan dikongsi. Dijamin tidak akan menyesal. Anda nak rasa? Berikut adalah senarai bahan serta cara-cara pembuatannya.

 

KEK COKLAT CARAMEL CHEESE

BAHAN-BAHAN KEK (AYAK):

BAHAN LAIN:

CARA MEMASAK:

1.Satukan telur, gula halus, emulco coklat, esen vanilla dan ovalette. Pukul hingga kembang dan gebu.

  1. Masukkan susu pekat manis dan minyak masak.
  2. Matikan pengadun.Masukkan campuran tepung. Gaul rata.
  3. Akhir sekali, masukkan air panas dan kacau.
  4. Panaskan pengukus dan kukus guna api sederhana. Jika guna loyang saiz 9, kukus dalam 30 minit. Jika guna bekas sq 450, kukus 15 minit.
  5. Masa dikukus, pastikan kek ditutup atasnya dengan plastik wrap atau balut penutup periuk kukusan menggunakan kain bagi mengelakkan air menitis.

 

BAHAN COKLAT GANACHE:

CARA MEMASAK:

1.Satukan semua bahan dan masukkan ke dalam pengukus atau ketuhar. Biarkan seketika dan kacau. (Pastikan coklat cair sepenuhnya)

 

BAHAN TOPPING CHEESE:

  • 500gm krim keju/ cream cheese
  • 1 cawan susu pekat manis (boleh kurangkan jika suka kurang manis)
  • 1/2 cawan whipping cream jenis tenusu /dairy
  • 1 cawan susu segar

CARA MEMASAK:

1.Satukan semua bahan. Kalau nak cair sikit boleh tambahkan susu segar.

2.Pukul atau kisar semua bahan guna blender. Kemudian boleh tuang atas kek yang telah sejuk.

  1. Kemudian tuangkan coklat ganache dan caramel. Sedia untuk dinikmati.

BAHAN CARAMEL – buat awal lagi senang

  • 200ml whipping cream dairy – dipanaskan
  • 1 cawan gula halus
  • 2 sudu makan mentega

CARA MEMASAK:

1.Cairkan gula halus sampai warna keemasan kemudian masukkan mentega. Kacau.

  1. Dengan segera masukkan whipping cream yang dipanaska tadi. Kacau sampai sedikit pekat. Matikan api.

 

Kredit resipi & foto: Norainon Misnor

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA: 

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

 

Published by
Nur