Sedapnya Kek Coklat Kukus Layer Mousse ni. Resipi kek mudah tapi sangat sedap ini adalah perkongsian dari saudari Siti Hajar Hashim. Nampak macam kek mewah tapi boleh je hasilkan secara homemade. Cubalah. Pasti puas hati.
CARA BUAT KEK COKLAT KUKUS LAYER MOUSSE
BAHAN KEK COKLAT MOIST
CARA MEMASAK:
1. Ayak tepung gandum,serbuk koko, baking powder dan soda bikarbonat.
2. Satukan telur,gula dan esen vanilla dlm bekas. Pukul hingga kembang.
3. Masukkan minyak masak dan susu pekat.Pukul lagi hingga sebati.
4. Seterusnya masukkan tepung gandum yang telah diayak tadi.
5. Akhir sekali masukkan susu coklat.Kacau sebati guna senduk je.
6. Tuang adunan ke dalam bekas. Tuang hingga separuh bekas sahaja. Empunya resipi guna bekas saiz sq450 dan dapat 6 bekas.
7. Panaskan pengukus dan tunggu hingga airnya mendidih.
8. Masukkan kek dan kukus hingga masak. Anggaran 25 minit. Cara nak tahu kek masak atau belum, cucuk menggunakan lidi. Jika lidi bersih dan tak ada doh melekat, maksudnya kek dah masak. Balut tutup pengukus menggunakan kain untuk elak wap air menitis atas kek.
BAHAN MOUSSE COKLAT:
CARA MEMASAK:
1. Pukul whipping cream hingga kental. Kemudian simpan dulu dalam peti sejuk.
2. Seterusnya, cairkan coklat menggunakan teknik double boiler. Bila dah cair, masukkan susu cair dan marjerin. Gaul hingga sebati dan biarkan sejuk seketika.
3. Campurkan coklat cair ke dalam bekas berisi whipping cream. Kaup balikkan hingga sebati.
CARA MELAPIS KEK
1. Untuk lapisan pertama, letak kek kemudian paipkan mousse coklat sebagai lapisan kedua.
2. Seterusnya letak kepingan kek dan paipkan lagi mousse coklat. Akhir sekali, tuang coklat ganache.
BAHAN COKLAT GANACHE ( untuk tuang pada lapisan akhir)
CARA MEMASAK:
1. Cairkan coklat secara double boiler.
2. Seterusnya masukkan susu cair dan Kacau sebati.
3. Bila dah siap, tuang coklat ganache diatas kek. Sejukkan kek dalam peti sejuk sebelum dinikmati.
Kredit resipi & foto: Siti Hajar Hashim