Sedapnya Kek Coklat Moist ni. Istimewa resipi ini, ia dibakar menggunakan ketuhar. Biasanya kalau Kek Coklat Moist, ianya dikukus sahaja. Anda nak cuba? Saudari Zuraita Mohd Anua ada kongsikan resipi yang dicuba dari saudari Puan Fara Bakri. Kek ni sangat-sangat moist, padat dan paling special, tak terlalu manis. Bagi penggemar tegar kek coklat, silalah cuba resipi ni. Takkan menyesal punya.
KEK COKLAT MOIST SIMPLE & MUDAH
BAHAN A:
BAHAN B:
BAHAN C:
CARA MEMASAK:
1. Satukan bahan-bahan A. Kacau sebati menggunakan senduk.
2. Kemudian masukkan bahan B. Pukul guna mixer hingga sebati.
3. Masukkan telur ke dalam adunan. Pukul lagi hingga sebati dan adunan kelihatan sedikit pekat.
4. Akhir sekali, masukkan air panas menggelegak. Kaup balikkan guna spatula atau sudip kayu hingga sebati.
5. Tuang adunan ke dalam acuan yang telah dialas kertas baking atau oles dengan sedikit mentega.
6. Bakar dalam ketuhar pada suhu 150C, guna api atas bawah selama 45 minit atau hingga masak.
7. Sejukkan kek dan bolehlah dituang coklat ganache.
BAHAN COKLAT GANACHE
CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan dan sebatikan.
2. Kemudian masak guna api perlahan hingga pekat.
Kredit resipi & foto: Zuraita Mohd Anua
Kredit resipi asal: Puan Fara Bakri