Kek coklat memang kegemaran ramai terutama kanak-kanak, kalau buat gerenti habis. Buat kek coklat yang ringkas pun cukup, tetap sedap.
Antaranya seperti kek coklat ringkas perkongsian Noriza Awang Hamat. Caranya memang mudah cuma putar adunan guna blender dan kukus dalam kuali saja. Tapi hasilnya lembut dan sedap. Tengok gambar yang dikongsi pun dah tau! Ok jom cuba buat resipi ini.
Kek coklat kukus, ringkas, lembut dan sedap
Resipi asal, satu cawan untuk satu adunan, tapi yang ini digandakan jadikan dua cawan untuk jadikan kek yang lebih besar. Penuh loyang 8×8.
Bahan A
Ads
2 cawan serbuk koko
2 cawan gula
2 cawan minyak masak
1 tin susu cair
1 tin susu pekat
Bahan B
8 biji telur gred B – blender dan ketepikan.
Bahan diayak
2 cawan tepung gandum
2 sk soda bikarbonat
2 sk baking powder
Cara membuat:
1. Masukkan semua bahan A dalam pengisar atau blender. Kisar hingga sebati.
2. Dalam mangkuk, masukkan bahan yang diputar dengan blender dan telur berselang seli dengan tepung yang telah diayak.
Ads
2. Atau untuk lebih senang blender semua sampai sebati. Sapu Planta pada loyang kemudian curahkan adunan yang diputar guna blender.
3. Panaskan air kukusan terlebih dahulu kemudian kukus adunan kek selama satu jam atau sehingga masak.
4. Cara buat topping coklat satukan coklat masakan dan sedikit Planta, masak secara double boil hingga cair. Curah atas kek yang sudah masak. Boleh tabur kekacang jika suka.
Ads
TIP
Boleh kukus guna kuali biasa tapi alas guna tungku besi. Tunggu air menggelegak barulah letak loyang dan tutup dengan penutup periuk.
Tekak terasa pula nak makan kek. Kalau beli ada saja yang tidak kena rasanya. Boleh saja cuba resipi kek marjerin hanya gunakan lima bahan mudah ini. Dijamin terasa puas tatkala menikmatinya panas-panas. Lihat resipi yang dikongsi oleh Siti Sobri.
Sambil mengajar murid sekolah, cikgu ini turut jadikan hobi memasak sebagai sumber pendapatan. Manakan tidak, selalu sangat rakan sekerja dan ibu bapa murid sekolahnya menempah kek pisang yang sedap sangat ni.
RASA kongsikan resipi seorang guru, Izwahani Zainal yang membuat kek pisang terlajak sedap dan gebu. Senang je nak buat kek pisang ni rupa-rupanya. Hanya 4 langkah je. Sempoi! Cubalah.
KEK PISANG LEMAK BERKRIM GEBU
BAHAN A (DIKISAR)
3 biji telur ayam
1 cawan minyak jagung atau minyak masak
5 biji pisang berangan
1 cawan gula perang
2 sudu teh susu pekat
2 sudu teh susu tepung
Esen vanila secukupnya
Secubit garam
BAHAN B (DIAYAK)
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
CARA MEMBUAT
1. Satukan BAHAN A dalam bekas besar.
2. Ayak BAHAN B. Masukkan bahan ini ke dalam bekas BAHAN A tadi.
3. Gaul adunan sehingga semuanya sebati.
4. Bakar pada suhu 170 darjah selama 50 minit atau bergantung pada oven masing-masing.
Biskut Nestum Coklat ini sesuai buat mereka yang mencari-cari biskut raya yang senang dibuat dan tak menggunakan banyak bahan.
Sebabnya biskut Nestum Coklat ini hanya guna dua bahan saja dan tak perlu dibakar. Cuma perlu keraskan dalam peti ais saja. Tengok rupa saja kita tahu biskut ini akan menjadi kegemaran terutama kanak-kanak.
Tak dinafikan sedap oleh anak-anaknya, resipi biskut Nestum Coklat ini dikongsi oleh Suraya Yaacob yang terlebih dahulu sudah cuba membuatnya.
Ayam masak kicap memang ada banyak versi, ada yang berkuah dan ada yang kering. Tapi jika juga ayam masak kicap versi pekat dan pedas boleh guna resipi perkongsian Almie Amira