Makan

Resipi Kek Coklat Ringkas. Putar Guna Blender, Kukus Dalam Kuali Saja

Share

Kek coklat memang kegemaran ramai terutama kanak-kanak, kalau buat gerenti habis. Buat kek coklat yang ringkas pun cukup, tetap sedap.

Antaranya seperti kek coklat ringkas perkongsian Noriza Awang Hamat. Caranya memang mudah cuma putar adunan guna blender dan kukus dalam kuali saja. Tapi hasilnya lembut dan sedap. Tengok gambar yang dikongsi pun dah tau! Ok jom cuba buat resipi ini.

Kek coklat kukus, ringkas, lembut dan sedap

Resipi asal, satu cawan untuk satu adunan, tapi yang ini digandakan jadikan dua cawan untuk jadikan kek yang lebih besar. Penuh loyang 8×8.

Bahan A

2 cawan serbuk koko
2 cawan gula
2 cawan minyak masak
1 tin susu cair
1 tin susu pekat

Bahan B

8 biji telur gred B – blender dan ketepikan.

Bahan diayak
2 cawan tepung gandum
2 sk soda bikarbonat
2 sk baking powder

Cara membuat:

1. Masukkan semua bahan A dalam pengisar atau blender. Kisar hingga sebati.

2. Dalam mangkuk, masukkan bahan yang diputar dengan blender dan telur berselang seli dengan tepung yang telah diayak.

2. Atau untuk lebih senang blender semua sampai sebati. Sapu Planta pada loyang kemudian curahkan adunan yang diputar guna blender.

3. Panaskan air kukusan terlebih dahulu kemudian kukus adunan kek selama satu jam atau sehingga masak.

4. Cara buat topping coklat satukan coklat masakan dan sedikit Planta, masak secara double boil hingga cair. Curah atas kek yang sudah masak. Boleh tabur kekacang jika suka.

TIP
  • Boleh kukus guna kuali biasa tapi alas guna tungku besi. Tunggu air menggelegak barulah letak loyang dan tutup dengan penutup periuk.

Sumber: Noriza Awang Hamat

 

 

Published by
Rose