
Sana sini nampak orang jual durian. Bau durian merata-rata. Nampak sangat musim durian dah datang kembali. Nah, RASA kongsikan resipi daripada pengguna facebook yang menggunakan nama Jue Abdullah. Pada meminat raja buah ini, mesti korang akan suka makan kek durian.
KEK DUYAN GOMOX

BAHAN A
400 gram telor
100 gram air
5 gram esen vanila
5 gram isi durian
Sedikit pewarna kuning
CARA BUAT BAHAN A
1. Campur semuanya dalam satu mangkuk
BAHAN B
280 gram tepung gandum
10 gram baking powder
10 gram tepung jagung
10 gram susu tepung
220 gram gula haus
5 gram garam halus
CARA MEMBUAT
1. Ayakkan semua dalam satu mangkuk.
BAHAN C
100 gram minyak jagung atau minyak masak
CARA PENYEDIAAN
1. Putar Bahan A pada kelajuan rendah selama 1 minit.
2. Masukkan Bahan B dan putar lagi pada kelajuan rendah selama 15 saat. Kemudian putar pada kelajuan tinggi selama 5 minit sehingga adunan gebu.
3. Pada kelajuan rendah, masukkan pula minyak jagung atau minyak masak. Kemudian putar lagi pada kelajuan tinggi selama 5 saat.
4. Tuangkan semua adunan dalam loyang empat segi panjang beralaskan kertas minyak.
BAHAN KRIM
Isi durian seberapa banyak yang disukai
1 sudu perasa durian
1 sudu pewarna
250 gram marjerin
250 gram mentega
200 gram gula aising
1/2 air sejuk
CARA MEMBUAT KRIM
1. Putar semua bahan di atas.
CARA PENYEDIAAN
1. Masukkan dalam oven bersuhu 180 darjah api atas bawah selama 20 hingga 25 minit.
2. Selepas kek sejuk, baru boleh proses menggulung ikut kemahiran masing-masing.

Kek ini tahan sehingga 2 minggu bergantung pada cara anda simpan.
Kredit Resipi: Facebook Jue Abdullah
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Red Velvet Leleh Ni Sekali Makan Confirm Nak Lagi

Teringin pula nak makan yang manis manis untuk minum petang ni. Jom kita buat red velvet meleleh ikut resepi ni. Ikut langkah demi langkah pasti korang boleh buat. Bukan setakat boleh makan untuk sekeluarga, kalau dah pandai nanti boleh buat niaga.
Red Velvet Leleh
Bahan-bahan:
1 1/2 cawan susu segar masuk dalam gelas
tambah 1 sudu besar serbuk pewarna merah
1 sudu besar cuka masakan
biarkan 10 minit

Satukan dalam mangkuk
10 biji telur
2 cawan gula
1 sudu besar ovallate
1 sudu besar esen vanila
Adun sampai gebu

Sementara tu ayakkan
5 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
2 sudu besar serbuk koko

Cara membuat:
1.Dah kembang gebu adunan yang kita adun tadi, masukkan selang-seli adunan susu dengan adunan yang kita ayak tadi sampai habis.Perlahankan mixer.

2.Butter/majerin tu dah cairkan awal.Ambil 1 cawan, tuang dan kacau laju-laju.

3.Adunan akhir macam ini.

4.Sebelum kukus,isi suku dan wrap pakai wrapping macam ni, bagi tak kena air. Nanti permukaan kek jadi liat.Kukus 20 minit saiz 5″ dapat 8 bekas.

5.Buka plastik wrap,cantik kejadiannya. Terbalikkan, gebunya.


Cheese leleh
Bahan-bahan:
500g cheese
1 cawan susu pekat
1/2 cawan whipping dairy
1 cawan susu segar
Cara membuat:
1.Blender sebati.
2.Tuang atas kek. Separuh parut cheddar dan separuh lagi tabur lebihan kek.Contoh 8 bekas ambil 1 untuk ramas jadi crumble.

Kredit: Azlina Ina Fans
Boleh Buat Niaga, Kek Mini Coklat & Cheese Leleh Mudah Je Nak Buat

Selalu ada nampak orang buat dan jual kek mini coklat dan cheese leleh dalam bekas kecil. Bagus juga untuk bantu tambah pendapatan keluarga.
Jika anda berniat untuk berniaga secara kecil-kecil dan tak tahu nak jual apa, boleh cuba resipi kek mini coklat dan cheese leleh daripada Habsah Ngah ini.
Resipinya sangat senang dan bahan yang digunakan pun mudah didapati. Boleh cuba selain daripada untuk niaga, tetapi buat makan untuk anak-anak.
KEK MINI COKLAT MOIST

BAHAN UNTUK KEK COKLAT:
1 cawan minyak masak* – beli online di sini
1 cawan gula* – beli online di sini
1 cawan susu pekat* – beli online di sini
1 cawan susu cair* – beli online di sini
1 cawan serbuk koko*
1 ½ cawan tepung gandum | ayak – beli online di sini
1 sudu kecil baking powder | ayak
1 sudu kecil soda bikarbonat | ayak
3 biji telur
CARA MENYEDIAKAN:
1. Satukan semua bahan bertanda * . Masak menggunakan api paling perlahan sampai semuanya sebati. Bila dah cantik berkilat boleh tutup api.
2. Dalam bekas lain, satukan tepung gandum, baking powder dan soda bikarbonat. Ayak semuanya.
3. Satukan telur dalam satu mangkuk. Kacau macam nak buat telur dadar.
4. Tuang tepung yang diayak tadi berselang-seli dengan telur dalam adunan kek tadi. Kacau sampai rata. Adunan yang dimasak tadi tak perlu tunggu sejuk tau.
5. Dah siap campur semua bahan, kacau-kacau bagi sebati. Tapis adunan tadi supaya kek lagi ringan dan tak ada ketul-ketul tepung.
6. Sekarang dah boleh untuk kukus. Kalau guna bekas macam saya, letak dalam 2 sudu besar adunan. Jangan letak banyak, nanti tak muat nak letak topping pula.
7. Kukus selama 10 minit saja dengan menggunakan api besar. Bila dah masak, tunggu sejuk dulu baru letak topping.

BAHAN TOPPING COKLAT:
1 cawan serbuk koko
1 cawan minyak (masak/jagung/sayur)
1 cawan susu pekat manis
½ cawan susu cair
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
CARA MENYEDIAKAN:
1. Satukan semua bahan dan masak dengan menggunakan teknik double boiler atau atas dapur je. Guna api paling perlahan kalau terus atas dapur. Masak hingga larut dan tidak berketul.

2. Angkat dan biarkan suam sedikit. Tapis dulu sebelum dituang ke atas kek tadi supaya tiada ketulan serbuk koko.
3. Tabur coklat rice untuk hiasan. Bolehlah masuk peti. Makan sejuk-sejuk sedap.
KEK MINI CHEESE LELEH

BAHAN A:
4 biji telur (saya guna saiz B je, biasanya untuk kek guna A)
1 cawan gula halus/kastor
1 sudu besar ovalette
1 sudu kecil emulco pandan coconut*
1 sudu kecil pewarna hijau*
*untuk perisa dan pewarna, kalau nak banyak perisa, boleh letak bila adunan dah siap. Bahagi kepada beberapa bahagian dan tambah pewarna dan perisa.

BAHAN B: (ayak sekali)
1 ¾ cawan tepung (saya guna 1 cawan self-raising flour + ¾ cawan tepung gandum)
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil cream of tartar (optional, tak letak pun takpa)
BAHAN C:
4 sudu besar minyak masak
CARA MENYEDIAKAN:
1. Masukkan semua bahan A ke dalam mangkuk dan putar sehingga kental (bukan gebu), dan jika diangkat adunan akan jatuh perlahan-lahan.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
2. Masukkan bahan ayak B dan putar hingga sebati. Matikan mixer.
3. Masukkan minyak masak dan kacau laju. Ini untuk membuang angin dan mengelakkan adunan mendap di tengah-tengah.

4. Tuang adunan ke dalam loyang atau bekas plastik untuk kukusan. Tutup permukaan bekas kek dengan plastik. Boleh je gunakan plastik biasa yang dapat waktu membeli belah tu ya, asalkan bersih.
5. Didihkan air kukusan terlebih dahulu. Kemudian kukus kek selama 20 minit atau sehingga masak bergantung kepada saiz bekas.
6. Jika kecil masa lebih singkat dan sebaliknya. Kecilkan api terlebih dahulu, baru buka penutup dan periksa kek sama ada sudah masak atau belum dengan menggunakan lidi, tester atau pisau.
7. Jika lidi bersih tandanya sudah masak, jika melekat pada lidi tanda belum masak, perlu teruskan mengukus lagi.
8. Keluarkan kek yang sudah masak dan terus terbalikkan di atas papan kek, kemudian balikkan semula bagi mengelakkan kek mendap atau kecut. Kalau acuan plastik/kecil tunggal tunggu sejuk boleh letak topping.
9. Bila dah sejuk, baru boleh potong dan tuang dengan krim cheese.
BAHAN CREAM CHEESE LELEH:
250g cream cheese
½ cawan susu pekat manis
½ cawan whipping cream/susu cair/susu full cream
Cheddar cheese | sagat @ terpulang nak letak hiasan apa

CARA MENYEDIAKAN:
1. Mix semua bahan sehingga kembang dan pekat.
2. Tuang pada kek sebagai filling dan topping. Untuk topping, boleh dicairkan lagi dengan menambah susu cair ke dalam adunan.
3. Tabur dengan cheddar cheese yang disagat.
NOTA TAMBAHAN:
1. Pastikan guna telur dari peti ais ya. Sejukkan dulu sekejap.
2. Nak sukat bahan, saya guna cawan minum teh tu je.
3. Mix telur, gula kastor dan ovellate high speed selama 15 minit atau sampai adunan gebu ringan, berwarna putih berkilat.
4. Perlahankan putaran, baru letak tepung gandum, baking powder, soda bikarbonat dan cream of tartar yang dah diayak terlebih dahulu. Tak perlu mix lama-lama. Cukup nampak dah tiada ketul tepung je.
5. Pastu masukkan pula minyak masak. Tak perlu mix lama-lama juga. Bila dah siap, bagi rehat sekejap.
6. Panaskan periuk pengukus. Bila air dah menggelegak, boleh mula mengukus. Pastikan api kuat ye. Kalau bekas kecil-kecil, saya kukus selama 7-8 minit je. Masa tu ikut berapa banyak susunan bekas dalam periuk. Kalau padat, masa kukus tu bagi lebih sikit.
Kredit resipi: Habsah Ngah
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
4 Resipi Mudah Sarapan Untuk Anak-Anak, Masak Guna Air Fryer Je
Resipi Mudah Spaghetti Bolognese, Cheezy Wedges, Garlic Bread & Mushroom Soup
Masukkan Bahan Rahsia Ini, Bagi Kuah Mee Bandung Sedap & Lemak
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap Dailymotion @Rasa dan YouTube @Majalah Rasa Official:
Ni Cara Buat Lemon Tart Meringue Dan Biscotti Paling Sedap. Dari Hotel Armada, PJ

Menu bakeri dan pasteri dari Hotel Armada PJ kali ini cukup istimewa. Dibuat khusus atas permintaaan majalah RASA. Chef Chong See Yee dan rakannya Chef Chin Yee Chia berjaya meneroka pastri baru.

Ni min kongsikan 2 daripada resipinya, Lemon Meringue Tart dan Pistachio Biscotti. Kalau tart rapuh dan lembut, bicotti sejenis biskut berasal dari Itali ni pulak garing dan ringan.
Cuba tengok 2 resipi, ni ringkas aje bahannya…
1. LEMON MERINGUE TART

BAHAN-BAHAN :
Bahan untuk kulit (sugar dough) :
- 125gm mentega
- 125gm gula
- 50gm telur
- 250gm tepung gandum
- 3gm garam
- 1gm esen vanila
Bahan untuk inti lemon :
- 220gm gula
- 200gm telur
- 1 biji lemon | diambil jusnya
- 260gm mentega
Bahan ‘topping’ meringue:
- 50gm telur putih
- 100gm gula halus
CARA MEMASAK :
Cara buat inti lemon :
1. Didihkan gula dan jus lemon, api perlahan dan kacau
2. Tuangkan larutan jus lemon yang mendidih tadi ke dalam telur. Biarkan sehingga menjadi pekat.
Cara buat meringue (topping):
3. Masukkan putih telur dengan gula ke dalam mangkuk, pukul sehingga adunan seakan-akan berkilat dan pastikan pukul telur putih dengan kecepatan sederhana dalam ‘mixing bowl’
Cara masak lemon meringue tart:
4. Campurkan tepung, gula mentega dan garam, gaulkan hingga sebati
5. Kemudian masukkan esen vanila dan telur dan adunkan sehingga menjadi doh.
6 .Masukkan ke dalam acuan tart, tekan dan ratakan doh dan di sekeliling acuan.
7. Panaskan oven dalam suhu 180 darjah celcius dan bakar dalam 15 minit.
8. Tuangkan inti lemon ke atas pai lalu hiaskan dengan meringue.
9. Siap untuk dihidangkan.
Saiz hidangan : 10 orang
Waktu memasak : 1 jam
Cara memasak : Bakar
Jenis masakan : Pencuci Mulut
Keistimewaan : Gabungan rasa masam dan manis yang enak
Info Chef : Bakar kulit tart tidak melebihi 15 minit. Pembuatan pastri tart dan inti yang sedap kunci kelazatan pai
2. PISTACHIO BISCOTTI

BAHAN-BAHAN:
- 3 biji telur
- 200gm tepung gandum
- 140gm gula
- 3gm tepung penaik
- 150gm kacang pistachio | panggang
CARA MEMASAK:
1. Masukkan tepung dan gula dan pukul sehingga rata.
2. Masukkan tepung dan pistachio, kacau hingga sebati. Masukkan ke dalam acuan.
3. Panaskan oven dalam suhu 160 darjah celcius dan bakar selama 30 minit
4. Biarkan sejuk seketika dan kemudian masukkan dalam peti sejuk selama 3 jam atau lebih.
5. Kemudian keluarkan, dan potong adunan nipis nipis
6. Panaskan oven dan bakar sekali lagi selama 15 minit pada suhu 150 darjah celcius, sehingga menjadi rangup.
7. Sejukkan seketika dan sedia untuk dihidangkan
Saiz hidangan : 10 orang
Waktu memasak : 1 jam
Cara memasak : Bakar selama dua kali
Jenis masakan : Biskut berasal dari Itali
Keistimewaan : Ringan dan rangup
Info Chef : Perkataan biscotti bermaksud dari perkataan Latin bermaksud dua kali bakar . Biskut ini teksturnya rangup kering dan ringan, sedap dimakan dengan mencicahnya dalam air kopi atau teh
TERIMA KASIH : Hotel Armada, Lot 6, Lorong Utara C, Section 52, Selangor Darul Ehsan,Petaling Jaya, Selangor . www.armada.com.my

