Resipi Kek Gulung Mini Pelangi Viral Yang Sedap & Gebu.

Share

Comelnya Kek Gulung Mini Pelangi ni. Sesuai sangat dihasilkan untuk hidangan tetamu  atau sebagai juadah minum petang. Istimewanya, resipi ini tidak memerlukan ketuhar. Hanya perlu kukus sahaja. Sangat mudah. Jom cuba resipi perkongsian Mak Frida @fridajoincoffee ni. Pasti puas hati.

 

RESIPI KEK GULUNG MINI PELANGI

BAHAN-BAHAN:

  • 6 biji telur
  • 200gm gula pasir
  • 1 sudu teh SP ( cake emulsifier/penstabil kek)
  • 1 sudu teh esen vanilla @ serbuk vanilla
  • 200gm tepung gandum rendah protein
  • 5 sudu makan susu penuh krim
  • 150ml minyak jagung
  • Pewarna makanan pilihan
  • Buttercream / jem secukupnya

CARA MEMASAK:
1. Pukul telur, gula pasir dan SP menggunakan kelajuan rendah sehingga berbuih. Kemudian pukul guna kelajuan tinggi hingga kembang.
2. Masukkan tepung gandum dan serbuk vanilla yang telah diayak. Adun hingga rata.
3. Seterusnya masukkan susu dan minyak. Kaup balikkan lagi adunan hingga sebati dan tiada mendapan.


4. Bahagikan adunan kepada 6-7 bahagian. Warnakan ikut warna pilihan. Pada masa yang sama, panaskan periuk kukusan menggunakan api sederhana hingga berwap.

5. Ambil loyang bersaiz 20x20x5 dan oleskan dengan marjerin. Kemudian alas bahagian dasar loyang menggunakan baking paper.
6. Tuang satu adunan. Ratakan dan kukus selama 10 minit. Keluarkan loyang.
7. Tuang adunan berikutnya. Ratakan dan kukus lagi selama 10 minit. Ulang langkah hingga adunan habis. Untuk adunan terakhir, kukus selama 20 minit sehingga semua lapisan masak sekata.
8. Keluarkan kek dari loyang. Hiris setebal 0.5cm sahaja. Jangan lebih kerana kek kemungkinan akan patah ketika digulung.
9. Sapukan buttercream atau jem dengan secukupnya. Gulung kemas.
10. Sedia untuk dinikmati. 1 adunan resipi ini boleh dapat 40 gulung kek mini.

Kredit resipi & foto: Mak Frida @ fridajoincoffee

Published by
Nur