Musim hujan ini perut pun selalu saja lapar, kena sentiasa ada makanan di meja terutama jika ada anak-anak kecil di rumah.
Salah satu yang boleh disediakan adalah kek hujan panas. Sesuai sangat dijadikan hidangan petang. Selain enak, warna kek yang menarik, cara menyediakannya juga mudah.
5 biji telur
1 cawan brown sugar
1 sudu besar Ovallete
1 sudu kecil baking powder
1 sudu besar santan serbuk
2 cawan tepung Bluekey
Perisa vanilla sikit
Sedikit garam halus
1 kotak kecil santan kara
1 bungkus kelapa parut kering
1/2 cawan minyak
3 jenis pewarna
1. Satukan telur, brown sugar, Ovallete, baking powder, santan serbuk, tepung Bluekey, perisa vanilla dan santan. Putar hingga putih, kembang dan gebu.
2. Kemudian masukkan santan Kara, putar lagi selama lima minit. Masukkan minyak dan putar lagi selama lima minit.
3. Ambil kelapa parut kering bahagikan jadi tiga bahagian dan titis pewarna berbeza kepada 3 bahagian kelapa kering tadi. Gaul hingga rata warnanya.
4. Masukkan kelapa parut berwarna ini dalam adunan kek.
5. Bakar dalam ketuhar yang dipanaskan terlebih dahulu selama 1 jam 15 minit suhu 140 darja Selsius menggunakan api atas bawah.
Kredit resipi & foto: Surina Abadi