
Kehabisan bekalan telur di rumah tapi hendak buat kek? Kini tiada masalah lagi. Anda kini boleh buat kek tanpa menggunakan telur. Resipi Kek Jagung tanpa menggunakan telur yang dikongsikan oleh Norfazida Gda ini cukup mudah disediakan. Rasanya pun sedap dan sesuai untuk dihidangkan ketika tetamu datang bertandang.
KEK JAGUNG (RESIPI TANPA TELUR)

BAHAN-BAHAN:
1/2 tongkol jagung dihiris
1 dan 1/4 awan tepung gandum – BELI ONLINE
2 sudu kecil baking powder
1/4 sudu kecil baking soda – BELI ONLINE
1/2 sudu kecil esin vanilla – BELI ONLINE
1/4 cawan gula kastor/halus – BELI ONLINE
1/2 cawan minyak jagung/masak – BELI ONLINE
1/2 cawan susu segar/cair – BELI ONLINE
3 sudu besar kismis (dihiris)
Sedikit garam
Sedikit pewarna kuning
CARA MEMBUAT:
1. Ayak tepung gandum, baking powder dan baking soda. Tambahkan gula esen vanilla dan minyak. Kacau rata.
2. Masukkan jagung, kismis, garam dan pewarna. Kacau lagi. Kemudian masukkan susu segar/cair sedikit demi sedikit. Kacau sehingga sebati.
3. Sapukan minyak pada loyang 6 inci atau 7 inci. Tuangkan adunan kek ke dalam loyang dan ratakan.
4. Boleh taburkan jagung, kismis atau kekacang di atas adunan untuk hasil kek yang lebih menarik.

5. Bakar dengan suhu 160 darjah celcius selama 45-55 minit mengikut oven masing-masing.
6. Boleh juga bakar di atas dapur gas selama lebih kurang 1 jam dengan api perlahan. Siap.

Sumber kredit: Norfazida Gda via Kongsi Resipi Masakan
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Hasilkan 3 Jenis Biskut Hanya Guna 1 Adunan Sama. Jimat Dan Mudah!

Resipi biskut paling senang nak bajet dan jimat masa! Cek yam kongsikan basic adunan untuk 3 jenis rasa rasa biskut yang berbeza. Biskut koko hitam, red velvet dan coklat cip yang sering mendapat permintaan tinggi dari pelanggan.. Selamat mencuba!
RESIPI 3 JENIS BISKUT 1 ADUNAN SAMA


BAHAN-BAHAN:
- 1 cawan mentega (227g)
- 1 cawan gula castor
- 1 cawan brown sugar
- 2 biji telur
- Minyak masak 1/2 cawan
- 2 sudu teh esen vanila
- 1 sudu teh perisa red velvet/3 sudu makan coklat/3 sudu makan koko hitam
- 3 sudu bsr susu trpung
- 3 cawan tepung cookies/trpung gandum biasa pn blh
- 1 1/4 sudu teh baking soda
- 1/2 sudu teh garam
- 2 cawan semi sweet chocolate chips
- 1 cawan badam cincang, bakar seketika
CARA MEMASAK:



- Pukul mentega, gula kastor dan gula perang sehingga sedikit kembang dan masukkan minyak masak kacau bagi sebati.
- Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji dan esen vanila dan perisa velvet.
- Masukkan tepung, susu tepung, baking soda dan garam (3 bahan tersebut diayak bersama terlebih dahulu), di ikuti badam cincang dan chocolate chips. Kacau sebati.
- Gunakan ais krim scoop (ataupun sudu), kaupkan dan susun di atas baking tray yang dilapik dengan kertas parchment (baking paper) dalam jarak yg sesuai kerana biskut akan mengembang semasa dibakar.
- Panas oven 170c bakar 25 minit
Kongsi resipi: Siti Mariam
Biskut Makmur Tanpa Guna Oven & Hanya Guna 5 Bahan. Senang Dan Gerenti Sedap

Teringin nak makan biskut makmur susu tapi tak ada pula oven.. Maka terhasillah biskut tanpa oven. Guna lima bahan saja. Senang sangat membuatnya, yang pastinya cair di mulut.
BISKUT MAKMUR
Bahan-bahannya :
3 cawan tepung gandum-BELI ONLINE DI SINI
1/2 cawan gula kastor-BELI ONLINE DI SINI
1/2 cawan planta
1/2 cawan minyak sapi ( boleh juga guna marjerin)
1 cawan susu
Cara memasak:
1.Mula-mula goreng tepung tanpa minyak, kacau sampai kekuningan. Jangan sampai hangit. Dah kuning angkat letak dalam bekas atau besen.
2.Cairkan planta dan minyak sapi, bila dah cair biar sejuk dulu.
3.Bila dah siap goreng tepung, planta, minyak sapi dah cair, bolehlah masukkan gula kastor. Gaul sebati rasa dulu kalau tak manis boleh lah tambah lagi gula.Bila sudah sebati boleh lah masukkan planta dan minyak sapi yang telah dicairkan tadi.
4.Gaul rata sampai adunan boleh kepal buat bulat-bulat.

5.Bila dah kepal adunan buat bulat-bulat, bolehlah salut dengan susu.
6.Siap biskut makmur susu cair di mulut tanpa bakar. Kalau tak percaya cair di mulut boleh lah cuba.

Kredit : Mariatun Bibi
Jika anda sedang mencari FOOD STEAMER, boleh klik DISINI.
Koleksi Resipi Kek-Kek Raya Lama Yang Makin Dilupakan Generasi Muda.

Walaupun terdapat pelbagai resipi kek moden dikongsi, namun kek tradisi serta lama tetap punya peminatnya yang tersendiri. Kali ini, RASA bawakan aneka kek tradisi yang pastinya menarik, enak bahkan mudah disediakan. Pasti hari raya anda kali ini berbeza dengan yang sebelumnya. Selamat mencuba!
1. KEK PELANGI

BAHAN-BAHAN:
- 370gm marjerin
- 380gm gula halus
- 500gm tepung gandum
- 2 sudu teh serbuk penaik
- 8 biji telur
- Sedikit pewarna merah, hijau dan kuning
- 2 sudu teh esen vanila
CARA MEMASAK:
- Pukul gula dan marjerin hingga kembang. Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji. Pukul sehingga adunan menjadi putih.
- Masukkan esen vanila dan kacau hingga rata.
- Masukkan tepung gandum yang telah diayak bersama serbuk penaik sedikit demi sedikit. Kaup balikkan hingga sebati.
- Bahagikan adunan kepada tiga bahagian. Warnakan setiap satu denganpewarna merah, hijau dan kuning.
- Tuang adunan secara berselang seli ke dalam loyang.
- Bakar adunan dalam ketuhar pada suhu 160C selama 45 minit.
Info chef: Minyakkan acuan dan tabur sedikit tepung agar kek tidak melekat dan senang dikeluarkan dari acuan.
2. KEK UBI KAYU

BAHAN-BAHAN:
- 280gm cawan marjerin
- 285gm cawan gula halus
- 5 biji telur
- 185gm cawan tepung gandum
- 1 sudu makan serbuk penaik
- 3 cawan parutan ubi kayu | diperah airnya
- 130gm susu pekat
- 1/2 sudu teh pewarna kuning
- 1 sudu teh esen vanilla
CARA MEMASAK:
- Pukul marjerin dan gula sehingga kembang. Masukkan telur sebiji demi sebiji diikuti parutan ubi kayu. Gaul rata.
- Masukkan tepung gandum secara berselang seli dengan susu pekat. Kaup balikkan.
- Akhir sekali, masukkan esen vanilla diikuti pewarn akuning. Kacau hingga sebati.
- Tuang adunan ke dalam acuan kek. Ratakan.
- Bakar pada suhu 160C selama 25-30 minit atau sehingga kek masak.
- Biarkan sejuk seketika sebelum dipotong.
Info chef: Selain marjerin, boleh juga menggunakan mentega.
3. KEK BAHULU

BAHAN-BAHAN:
- 250gm tepung gandum
- 285gm gula halus
- 5 biji telur
- 1 sudu teh serbuk penaik
- 90gm minyak masak
- 1 sudu teh esen vanila
- Sedikit pewarna merah dan kuning
CARA MEMASAK:
- Pukul telur dan gula hingga kembang.
- Masukkan tepung gandum, serbuk penaik, minyak masak dan esen vanila. Kaup balikkan hinga semua bahan sebati.
- Asingkan adunan kepada dua bahagian dan warnakan dengan pewarna pilihan.
- Tuang ke dalam loyang secara berselang seli.
- Bakar selama 45 minit atau sehingga masak pada suhu 160C.
Info chef: Guna minyak masak yang baik dan berkualiti untuk mendapatkan hasil kek yang sempurna.
4. KEK BUAH-BUAHAN

BAHAN-BAHAN:
- 250gm tepun gandum | diayak
- 190gm gula perang
- 185gm mentega
- 180gm campuran buah-buahan kering | digaul dengan sedikit tepung gandum
- 40gm kulit limau campuran
- 60gm ceri | dipotong kecil
- 5 biji telur | asingkan kuning dan putih
- 1 sudu makan golden syrup
CARA MEMASAK:
- Ayak tepung dan campurkan dengan buah-buahan kering, kulit limau dan ceri. Ketepikan.
- Pukul putih telur hingga kembang seperti meringue. Ketepikan.
- Putar gula dan mentega sehingga kembang. Masukkan kuning telur sedikit demi sedikit sambil memutar adunan.
- Masukkan tepung berisi buah-buahan kering dan meringue secara berselang seli. Kaup balikkan hingga rata.
- Tambahkan golden syrup dan kaup balikkan lagi hingga sebati.
- Tuang adunan ke dalam acuan. Bakar selama 40-50 minit dengan suhu 160C.
- Sejukkan kek sebelum dipotong.
Info chef: Kek ini lebih enak dinikmati selepas satu hari.
5. KEK MARBLE KUKUS

BAHAN-BAHAN:
- 150gm gula halus
- 185gm tepung gandum
- 4 biji telur
- 3/4 sudu teh serbuk penaik
- 1/2 sudu makan ovalette | jika suka
- 1/4 sudu teh garam
- 7 sudu makan susu sejat
- 1 sudu teh esen vanilla
- 60gm minyak jagung
- 3 pewarna makanan pilihan
CARA MEMASAK:
- Panaskan periuk kukusan, griskan loyang dan alas menggunakan kertas minyak. Ketepikan.
- Pukul gula dan telur. Kemudian masukkan tepung gandum yang telah diayak bersama serbuk penaik, ovalette, garam, susu sejat dan esen vanilla. Pukul hingga kembang.
- Masukkan minyak dan kacau perlahan-lahan sehingga adunan sebati.
- Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan warnakan.
- Tuang adunan berwarna secara berselang seli ke dalam loyang. Tutp permukaan loyang menggunakan aluminium foil.
- Kukus kek selama 45 minit atau sehingga masak.
- Sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong dan dihidangkan.
Info chef: Minyak jagung boleh digantikan dengan marjerin yang dicairkan.
6. KEK LAPIS PRUN

BAHAN-BAHAN:
- 310gm tepung gandum | diayak
- 1 sudu teh serbuk penaik | diayak bersama tepung
- 230gm mentega
- 190gm gula halus
- 5 biji telur
- 1 sudu teh esen vanilla
- 260gm susu pekat manis
- 80gm buah prun | dicincang kasar
- Pewarna merah dan hijau secukupnya
CARA MEMASAK:
- Putar gula dan mentega sehingga kembang.
- Masukkan susu pekat manis dan telur sambil memutar adunan.
- Seterusnya masukkan tepung yang telah diayak bersama serbuk penaik. Kaup balikkan tepung sedikit demi sedikit sehingga rata.
- Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu bahagian diwarnakan hijau manakala satu bahagian lagi diwarnakan merah dan dimasukkan buah prun.
- Masukkan sedikit adunan merah ke dalam acuan berukuran 20cm. Kukus selama 20 minit.
- Kemudian masukkan sedikit adunan hijau dan kukus lagi selama lima minit. Ulang proses yang sama sehingga adunan habis.
- Akhir sekali, kukus keseluruhan kek selama satu jam. Sejukkan kek sebelum dipotong.
Info chef: Guna senduk yang sama ketika menceduk adunan merah dan hijau jika ingin mendapatkan ketebalan lapisan kek yang sama.
7. KEK SARANG SEMUT

BAHAN-BAHAN:
- 125gm tepung gandum | diayak
- 190gm gula pasir
- 90gm mentega | dicairkan
- 180ml air suam
- 1/2 bungkus yis segera
- 5 biji telur
- 3 biji kuning telur
CARA MEMASAK:
- Gaul tepung bersama yis dan air suam. Gaul rata dan biarkan selama 20 minit atau sehingga mengembang.
- Pukul gula, telur, telur kuning dan mentega cair. Kemudian masukkan ke dalam adunan tepung tadi. Pukul hingga sebati.
- Tuang adunan ke dalam loyang yang sudah di lenserkan dengan mentega dan sedikit tepung.
- Bakar di dalam ketuhar pada suhu 160C selama 35 minit atau sehingga masak.
Info chef: Pastikan adunan tepung dan yis benar-benar kembang sebelum dimasukkan bahan-bahan lain.
8. KEK BATIK

BAHAN-BAHAN:
- 4 biji telur
- 230gm mentega
- 260gm susu pekat
- 380gm gula
- 375 tepung gandum
- 85gm serbuk koko
- 310gm milo
- Biskut jejari secukupnya | anggaran 100-150gm
CARA MEMASAK:
- Masukkan kesemua bahan kecuali biskut jejari ke dalam periuk. Gaul sebati.
- Panaskan bahan-bahan tadi di atas api sehingga masak dan nampak cair.
- Padamkan api dan masukkan biskut jejari ke dalam adunan. Gaul rata.
- Tuang adunan ke dalam loyang dan biarkan sejuk. Simpan di dalam peti sejuk supaya tahan lama dan mudah untuk dipotong.
- Potong kecil dan hidangkan buat tetamu.
Info chef: Selain biskut jejari, boleh juga menggunakan biskut marie atau biskut keju yang dipatah-patahkan menjadi kepingan kecil.
9. KEK SPAN

BAHAN-BAHAN:
- 125gm tepung gandum
- 130gm susu pekat
- 90gm marjerin
- 5 biji telur
- 190gm gula pasir
- 250ml air
- 1 sudu teh soda bikarbonat | diayak bersama tepung gandum
- 1 sudu teh esen vanila
CARA MEMASAK:
- Bagi menghasilkan gula hangus, goreng gula pasir di dalam kuali. Apabila gula cair dan berwarna agak kecoklatan, tuang air. Masak sehingga pekat. Ketepikan.
- Pukul telur hingga kembang. Masukkan marjerin , susu pekat dan esen vanilla. Pukul sebati.
- Kemudian masukkan tepung gandum yang telah diayak bersama soda bikarbonat. Gaul rata.
- Akhir sekali masukkan gula hangus sedikit demi sedikit sehingga habis. Gaul seklai lagi hingga semua sebati.
- Tuang adunan ke dalam acuan. Bakar pada suhu 160C selama lebih kurang 40 minit atau sehingga masak.
Info chef: Berhati-hati ketika menyediakan gula hangus kerana ia sangat panas.
10. KEK PERMAISURI

BAHAN-BAHAN:
- 230gm marjerin
- 190gm gula halus
- 1/4 sudu teh garam halus
- 4 biji telur
- 250gm tepung gandum
- 1 sudu teh serbuk penaik
- 2 sudu makan susu tepung
- 1 sudu teh esen ros
- Sedikit kismis | hiasan
CARA MEMASAK:
- Pukul gula dan marjerin sehingga kembang. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Pukul lagi hingga sekata.
- Kemudian masukkan esen ros, susu tepung dan garam. Tambahkan tepung gandum dan kaup balikkan dengan menggunakan senduk kayu.
- Susun acuan kertas di atas dulang pembakar, masukkan adunan dan letakkan kismis di bahagian atas kek.
- Panaskan ketuhar pada suhu 180C dan bakar selama 30 minit atau sehingga masak.
Info chef: Selain dimasukkan ke dalam cawan kertas, boleh juga dibakar di dalam loyang biasa.

