
Sedapnya Kek Keju 4 bahan ni. Teksturnya yang sangat gebu, ringan dan seakan kapas ni menjadikan ia menjadi kegemaran ramai. Malah resipi perkongsian saudari Nurul Athira ni dikatakan tidak berbau hanyir telur. Wow…Jom cuba.
CARA MASAK KEK KEJU 4 BAHAN
BAHAN-BAHAN:
- 250gm krim keju
- 250gm susu pekat manis
- 5 biji telur
- 1/2 cawan tepung gandum
CARA MEMASAK:
1. Asingkan putih dan kuning telur. Pastikan tidak bercampur.
2. Pukul putih telur hingga kental dan bertanduk. (soft peak. Cara nak tahu, bila terbalikkan bekas, meringue tidak jatuh.)
3. Dalam bekas lain, pukul krim keju bersama susu pekat manis sampai kembang.
4. Kemudian masukkan kuning telur satu persatu. Pukul lagi sampai sebati.
5. Akhir sekali, masukkan tepung. Kaup balikkan sampai sebati.
6. Tuang bancuhan krim keju ke dalam bekas putih telur. Kaup balik guna spatula hingga sebati.
7. Ambik acuan, lapik baking paper dan tuang adunan.
8. Bakar pada suhu 180C selama 30 minit menggunakan api atas bawah. Waktu memasak mungkin berbeza mengikut oven masing-masing.
9. Bila masak, keluarkan kek dari acuan dan sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Nurul Athira
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resepi Kuih Badak Berendam Paling Sedap & Mudah

Bagi yang suka makan aneka kuih muih tradisional, Kuih Badak Berendam ni pasti antara yang jadi kegemaran. Lemak-lemak manis. Memang sedap! Bagi yang belum pernah rasa, resipi perkongsian saudari Zura Zul ni antara yang boleh dicuba.
CARA BUAT KUIH BADAK BERENDAM PALING SEDAP UNTUK MINUM PETANG
BAHAN DOH:
3 cawan tepung pulut – beli online disini
2 sudu makan tepung gandum – beli online disini
2 cawan air jus pandan (air + 4-5 helai daun pandan. Kisar & tapis)
Sedikit pewarna hijau – jika suka – beli online disini
CARA MEMASAK:
1. Tuang air jus pandan sikit-sikit ke dalam bekas berisi campuran tepung. Gaul sebati dan uli hingga jadi doh.
2. Bulatkan doh (ikut nak besar mana) kesemuanya. Kemudian leperkan doh.
3. Isi inti kelapa atau apa sahaja inti kegemaran. Bulatkan semula.
4. Didihkan air dan rebus doh macam membuat kuih Onde-Onde @ Buah Melaka. Bila doh sudah terapung, angkat dan jirus sekejap bawah air paip. Toskan airnya.
5. Tuang dadih dalam bekas yang sesuai. Masukkan doh yang direbus tadi dan Kuih Badak Berendam sedia untuk dihidang.
BAHAN INTI KELAPA:
1 biji kelapa parut putih
1/2 cawan gula merah – beli online disini
1 ketul gula melaka – beli online disini
1 1/2 cawan air
1-2 ulas durian (buang biji) – jika ada
3 helai daun pandan
Secubit garam
1 sudu makan tepung gandum – beli online disini
CARA MEMASAK:
1. Masak gula merah, gula melaka dan air hingga larut. Tapiskan.
2. Kemudian masak air gula tadi bersama kelapa parut putih. isi durian, sedikit garam dan daun pandan. Gaul sekata.
3. Bila inti agak nak kering, masukkan tepung gandum. Gaul sebati dan angkat. Sejukkan sebelum dibalut bersama doh.
BAHAN DADIH:
5 cawan santan sederhana pekat
8 sudu makan tepung beras – beli online disini
8 sudu tepung gandum – beli online disini
2 helai daun pandan – simpul
Sedikit gula
Sedikit garam
CARA MEMASAK:
1. Sebatikan bahan-bahan diatas (boleh guna blender).
2. Kemudian masak guna api perlahan hingga naik wap.
3. Dadih ni kena rasa masin sedikit. Semasa masak, ia harus sentiasa dikacau agar adunan dadih tidak berketul.
4. Kacau sampai sedikit likat. Boleh ikut kelikatan yang disukai namun jangan sampai pekat.
Kredit resipi & foto: Zura Zul
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Sangat Sedap! Resipi Ayam Goreng Berempah Garing Tak Guna Jintan
Resipi Puding Agar-Agar Karamel Tanpa Telur & Tak Perlu Kukus
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Mi Goreng Basah, Cepat Aje Licin Pinggannya

Mi Goreng adalah hidangan yang mudah dan cepat dimasak. Boleh makan masa sarapan, minum petang, makan malam dan bila aje perut terasa lapar.
Ada orang suka guna ayam dan daging, bagi penggemar makanan laut, sotong , udang dicampur dengan bebola ikan atau kek ikan memang gerenti laku keraslah. Resipi yang dikongsikan ini memang citarasa penggemar makanan laut, nak tambah udang atau kerang lagi lah berganda sedapnya.
MI GORENG BASAH
BAHAN-BAHAN :
- 400gm @ 1 bungkus mi kuning | bilas dan tos
- 10 ekor sotong |dipotong, bersihkan dan tos
- 1 paket bebola ikan dibersihkan dan tos
- 1 ikat sawi Jepun | dipotong
- 1 biji tomato | dibelah enam
- 4 sudu makan cili kisar
- 5 sudu makan sos cili
- 1 sudu makan sos tiram
- 1 sudu makan sos ikan
- 1 sudu makan kicap pekat
- 5 sudu makan kicap manis
- 2 sudu makan kicap mi
- 1 cawan air
- Minyak masak secukupnya
- 10 biji cili padi | ditumbuk
- 3 ulas bawang putih | ditumbukbawang putih
- 6 biji bawang kecil

CARA MEMASAK:
1. Panaskan kuali, masukkan minyak 2 sudu besar..
2. Dan tumiskan cili kisar ngan bahan2 tumbuk tadi sampai garing sedikit..
3. Masukkan Sos cili, sos tiram,sos ikan,kicap pekat,kicap manis ,kicap mee, dan masukkan sotong dan fish ball dan masukkan air putih 1cawan kecil..

4. Masak dan kacau-kacau sebati… masukkan sayur dan kacau2 lagi.. pastu masuk kan mee kuning dan tomato… kacau2 bagi sebati dan masak.. siap

5. Masak mee goreng basah ni tak pakai garam gula dan aji sbb rasa kicap tu semua dah cukup..
FB Resepi Masakan Melayu Vs Western Food
Resipi Kek Aneka Perisa Kesukaan Ramai

Anda peminat kek yang enak dan gebu? Bagi mendapatkan kek yang enak dan gebu ada teknik penyediaannya.Pastikan sukatannya tepat dan bahan-bahan yang digunakan bersesuaian. Hujung minggu ini bolehlah sediakan kek kegemaran anda untuk minum petang nanti bersama keluarga. RASA kongsikan resipi kek dijamin sedap rasanya.
MANGGO MANIA COFFEE CAKE
BAHAN-BAHAN:
- 250gm mentega
- 2 ½ cawan tepung naik sendiri
- 1/2 cawan air kopi pekat | anggaran 2 sudu makan serbuk kopi segera
- 1/2 cawan gula perang
- 4 biji telur
- 1 cawan susu pekat
- 1/2 cawan susu cair
BAHAN KRIM KEJU MANGGA:
- 100gm krim keju
- 1/2 cawan gula ising
- Sedikit esen mangga
- Puri mangga secukupnya
- Mangga segar untuk hiasan
- Sedikit parutan kelapa
CARA MEMASAK:
1. Pukul mentega, gula dan telur sehingga kembang.
2. Masukkan susu cair, susu pekat dan air kopi. Gaul sebati.
3. Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul sehingga adunan sebati.
4. Tuang adunan ke dalam acuan dan bakar pada suhu 170C selama 50 minit dan sejukkan sebentar.
5. Bagi menyediakan krim keju, pukul keju bersama gula ising sehingga lembut.
6. Kemudian tambahkan sedikit esen mangga.
7. Salut krim mangga pada kek dan hiaskan dengan puri mangga, hirisan buah mangga segar serta kelapa parut mengikut kreativiti anda.
KEK KEJU JEPUN
BAHAN-BAHAN:
Bahagian A:
- 100gm susu segar
- 50gm mentega
- 250gm krim keju
Bahagian B:
- 6 biji kuning telur
- 1 sudu besar jus lemon
- 20gm tepung jagung
- 60gm tepung kek
Bahagian C:
- 6 biji putih telur
- 140gm gula kastor
- 1 sudu kecil krim tartar
CARA MEMASAK :
- Panaskan ketuhar 160°C. Griskan loyang bersaiz 8 inci dan alaskan dengan baking paper.
- Cairkan bahagian A di dalam mangkuk keluli tahan panas menggunakan kaedah ‘double boil’. Sejukkan.
- Satukan semua bahan B dan A. Tapiskan.
- Pukul putih telur sehingga berbuih, masukkan krim tartar. Pukul lagi sehingga kembang sambil masukkan gula kastor sesudu demi sesudu. Berhenti memukul adunan apabila putih telur agak kental (soft peak). Kaup balik putih telur ke dalam adunan A dan B tadi.
- Tuangkan ke dalam loyang dan bakar selama 1 jam menggunakan kaedah ‘water bath’. Apabila masak, tinggalkan seketika di dalam ketuhar selama 30 minit dengan pintu ketuhar sedikit terbuka.
KEK PANDAN GULA MELAKA
BAHAN-BAHAN:
- 200gm tepung
- ½ sudu kecil serbuk penaik
- 125gm mentega
- ½ sudu kecil garam
- 200gm gula kastor
- 2 biji telur
- 100gm santan
- 2 sudu besar jus pandan
- sedikit pewarna hijau
BAHAN-BAHAN UNTUK JUS PANDAN:
- 10 helai daun pandan
- Air secukupnya
BAHAN-BAHAN UNTUK KRIM MENTEGA:
- 3 biji putih telur
- 100gm gula kastor
- ¼ sudu kecil garam
- 150gm mentega
- 50gm gula melaka
- Air secukupnya
- 2 helai daun pandan
BAHAN-BAHAN UNTUK KARAMEL GULA MELAKA:
- 50gm gula melaka
- 1 sudu besar air
- 15gm mentega
- 30gm krim putar
- ¼ sudu kecil garam
CARA MEMASAK:
- Daun pandan dikisar bersama sedikit air dan tapiskan untuk mendapat jus pandan. Ketepikan.
- Timbang tepung dan tapis bersama serbuk penaik dan garam. Ketepikan.
- Panaskan ketuhar 180°C. Lenserkan loyang dan alaskan dengan baking paper.
- Pukul mentega bersama gula kastor sehingga kembang. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Masukkan jus pandan dan sedikit pewarna hijau.
- Masukkan tepung berselang seli dengan santan. Adun sehingga sebati.
- Bakar selama 45 hingga 50 minit atau sehingga masak. Keluarkan dari ketuhar dan sejukkan di atas redai.
- Untuk membuat krim mentega: Gula melaka dicairkan dengan air dan pandan di atas api. Putih telur, gula kastor dan garam disatukan di dalam mangkuk keluli tahan panas dan masak menggunakan kaedah ‘double boil’ sehingga gula larut. Sejukkan pada suhu bilik. Pukul putih telur sehingga kental. Masukkan mentega dan pukul lagi sehingga kembang. Masukkan air gula melaka dan pukul hingga sebati.
- Untuk membuat karamel gula melaka : Masak gula melaka dan air di atas api sehingga cair. Masukkan mentega. Tambahkan krim putar dan perasakan dengan garam. Tapis adunan dan sejukkan.
- Sapu dan hiaskan kek yang telah sejuk dengan krim mentega dan karamel gula melaka.
MUFIN PISANG BERSAMA KACANG WALNUT
BAHAN-BAHAN:
- 115gm kacang walnut
- 195gm tepung serba guna
- 170gm gula halus
- 1 sudu teh serbuk penaik
- ¼ sudu teh soda bikarbonat
- ¼ sudu teh garam
- 1 sudu teh serbuk kulit kayu manis
- 2 telur (gred A) ] pukul sedikit
- 115gm mentega ] cairkan dan sejuk
- 3 biji pisang (454 gram) ] lenyek
- 1 sudu teh esen vanila
CARA MEMASAK:
- Panggang kacang walnut di dalam ketuhar kira-kira 8 minit. Cincang kasar.
- Campurkan tepung, serbuk penaik, soda bikarbonat, garam dan kulit kayu manis. Ayak.
- Dalam bekas berasingan masukkan telur, mentega, gula dan esen vanila. Gaul rata.
- Campurkan pisang lenyek.
- Kemudian tuangkan ke dalam adunan bahan kering (campuran tepung). Masukkan kacang dan kaup balik sehingga rata.
- Tuangkan ke dalam acuan muffin dan bakar pada suhu 180⁰C selama 20 minit.
- Keluarkan dan sedia dinikmati.