Musim durian tengah banyak ni, bolehlah pakat hasilkan aneka makanan berasaskan raja buah ni. Salah satu yang boleh anda cuba ialah Kek Keju Durian ni. Tengok pada resipi perkongsian saudari Norhidayu Abdul Majid ni, nampak mudah. Jom cuba!
KEK KEJU DURIAN GUNA BLENDER (SAIZ 6 INCI)
Ads
BAHAN DASAR KEK:
140gm biskut lemak. Campur dengan sedikit cornflakes – kisar hancur
60gm mentega @ marjerin
BAHAN ADUNAN KEK:
250gm krim keju
50gm gula kastor
2 biji telur
50ml susu segar / sejat
140gm isi durian
2 sudu makan tepung jagung
CARA MEMASAK:
1. Untuk menyediakan adunan dasar kek, cairkan mentega kemudian campurkan dengan biskut yang dikisar tadi. Gaul sebati.
2. Kemudian masukkan ke dalam loyang bersaiz 6 inci yang telah dibalut dengan aluminium form. Leperkn biskut hingga sekata. Simpan dalam peti sejuk seketika.
3. Untuk menyediakan kek, pertama sekali panaskan ketuhar pada suhu 160C. Kemudian masukkan krim keju, telur dan gula ke dalam blender. Kisar hingga sebati dan gebu.
4. Masukkan isi durian. Kisar lagi hingga hancur.
5. Akhir sekali, masukkan tepung jagung. Kisar lagi sekali.
Ads
6. Keluarkan loyang yang disejukkan dalam peti sejuk tadi dan tunag adunan keju di dalamnya.
7. Bakar menggunakan kaedah bain-marie/water bath. Bakar lebih kurang 1 jam. Masa mungkin berubah mengikut jenis ketuhar.
8. Kek sudah masak bila permukaan kek kelihatan kering dan tak melekit. Keluarkan loyang berisi air tadi dan letak kembali loyang kek dalam ketuhar dengan pintu ketuhar direngangkan sedikit. Biarkan selama 10-15 minit.
Ads
9. Keluarkan loyang kek dan letak atas redai. Biarkan sejuk. Kemudian bolehlah disimpan dalam peti sejuk selama 3-4 jam sebelum dinikmati.
Bila sebut kek coklat, pasti terbayang rasanya yang manis. Ditambah pula dengan topping coklat, menambahkan lagi kemanisan yang sedia ada. Bagi anda yang nak cuba buat kek coklat mpoist yang kurang manis, resipi perkongsian saudari Ummydarwisha Mansor ni boleh anda cuba. Sangat mudah! Anak-anak pasti suka.
KEK COKLAT MOIST PALING SEDAP
BAHAN A:
1 cawan gula halus
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak
1/2 cawan susu pekat manis
(Campur semua bahan A. Masak atas api kecil hingga larut.)
BAHAN B:
1 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
(Satukan bahan B. Ayak.)
BAHAN C:
3 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
(Masukkan ke dalam blender. Kisar sampai putih.)
CARA MEMASAK:
Masukkan bahan A ke dalam bahan B.
Kemudian masukkan bahan C. Guna pemukul (whisk) sahaja dan bancuh sehingga sebati dan tiada ketulan tepung.
Panaskan periuk kukusan, tuang adunan kek ke dalam bekas kecil seperti dalam gambar dan kukus selama 15 minit. Angkat dan sejukkan terlebih dahulu.
RESIPI TOPPING COKLAT
BAHAN-BAHAN:
1 cawan serbuk koko
1 cawan minyak ( masak/jagung/sayur)
1 cawan susu pekat manis
1/2 cawan susu cair
CARA PENYEDIAAN:
Satukan semua bahan dan masak dengan menggunakan Teknik double-boiler. Masak hingga larut dan tidak berketul.
Angkat dan biarkan suam sedikit sebelum dituang ke atas kek tadi.
Kalau anda seorang yang baru ingin membuat kek coklat, jom cuba buat kek coklat kukus ini. Hanya lima langkah sahaja. Mudah betul untuk membuatnya.
Jom kita lihat resipi dan cara membuat kek coklat kukus ini.
KEK COKLAT KUKUS 5 LANGKAH
BAHAN A
1 cawan tepung gandum (diayak)
1 sudu kecil serbuk penaik (diayak)
1/2 cawan serbuk koko (diayak)
1/2 cawan minyak jagung
1/2 cawan gula halus
1/2 cawan susu pekat
1 sk esen vanila
BAHAN B
1 cawan air panas
CARA MEMBUAT
1. Dalam bekas, satukan semua BAHAN A. Kacau sebati.
2. Masukkan BAHAN B. Kacau lagi.
3. Tapis dan masukkan ke dalam loyang yang sudah disapu dengan sedikit marjerin, mentega atau minyak masak.
4. Panaskan kukusan. Kukus selama 45 minit dengan api besar. Siap.
Kek Keju Pandan gebu yang dinikmati bersama krim dan parutan cheese. Memang sedap! Bagi anda yang suka sangat makan Kek Keju Leleh Pandan ni, boleh cuba resipi perkongsian saudari Ummydarwisha Mansor ni. Pasti puas hati.
KEK KUKUS PANDAN
BAHAN A:
3 biji telur
1 sudu makan ovalette
1 cawan gula halus
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh pes pandan
Pewarna hijau epal secukupnya
BAHAN B:
1 ½ cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1/2 sudu teh cream tartar
1/2 cawan minyak masak
CARA MEMASAK:
Satukan bahan-bahan A. Pukul hingga kembang dan gebu.
Kemudian masukkan tepung gandum yang telah diayak bersama baking powder, soda bikarbonat dan cream tartar.
Sebatikan adunan menggunakan spatula atau senduk sehingga sekata.
Seterusnya masukkan minyak masak. Kacau lagi hingga adunan menjadi licin berkilat.
Tuang adunan kek ke dalam bekas dan kukus menggunakan api besar selama 15 minit atau sehingga kek masak.