Resipi Kek Keju Laici Terlajak Mudah. Sesuai Sangat Disajikan Di Hari Raya Nanti.

Share

Kek keju gebu yang lembut dan enak. Dalam setiap suapan, anda akan rasai kehalusan tekstur kek serta rasa keju yang mewah. Segalanya mudah yang menggunakan produk RICH. Cubalah dan anda pasti kagum dengan hasilnya.

 

BAHAN BASE BISKUT:

  • 130gm biskut marie | dihancurkan
  • 100gm mentega cair

 

BAHAN KRIM KEJU:

  • 250gm krim keju
  • 50gm gula
  • 300gm RICH WHIP TOPPING BASE | dicairkan
  • 80gm susu segar sejuk
  • 10gm serbuk gelatin | direndam di dalam 50gm air dan dimasak secara bain-marie sehingga larut
  • 180gm buah laici | dipotong kecil dan ditoskan airnya

 

BAHAN HIASAN:

  • 150gm RICH WHIP TOPPING BASE | dipukul
  • 180gm buah laici
  • 50gm gel glaze tanpa warna

 

CARA MEMASAK:

  1. Kisar biskut marie bersama mentega cair sehingga rata. Kemudian masukkan ke dalam acuan kek bersaiz 8 inci. Sejukkan seketika.
  2. Pukul krim keju bersama gula menggunakan kelajuan sederhana sehingga kembang. Kemudian masukkan susu. Kacau rata.
  3. Masukkan Rich Whip Topping Base dan pukul sehingga 60% kembang. Masukkan gelatin yang telah dicairkan. Gaul rata dan masukkan pula hirisan buah laici.
  4. Tuang adunan ke dalam loyang berisi base biskut tadi dan sejukkan selama 2 hingga 3 jam.
  5. Untuk menghias, tuang gel glaze diatas kek hingga rata, paipkan krim putar serta hiaskan dengan buah laici mengikut kreativiti anda.

 

Published by
Nur