Kadang kala bila tengok kawan-kawan buat kek, teringin nak cuba. Tapi masalahnya, tak ada ketuhar dan mixer. Alahai…Namun usah risau sebab ada kek mudah yang anda boleh cuba. Tak perlu pakai mixer pun. Oven tak ada pun tak apa. Gaul-gaul je dan pastinya memang terlajak mudah. Jom kita cuba!
KEK KOTA SABAH
BAHAN-BAHAN:
- 1 tin susu pekat manis – tin tinggi
- 1 bungkus biskut Marie – pecahkan@patah-patahkan
- 400gm Milo – boleh lebihkan. Lagi sedap!
- 600gm kacang tanah – digoreng tanpa minyak & tumbuk jangan halus sangat.
CARA MEMASAK:
- Campurkan semua bahan. Gaul rata.
- Ambil loyang dan alas dengan plastik. Masukkan bahan yang digaul tadi.
- Ratakan adunan. Kemudian masukkan ke dalam peti sejuk selama 1 jam.
- Sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Nina Masiran
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Topping Penuh Bahagian Atas, Resipi Mudah Fruit Pastry Cake
Bila melihatkan topping atas kek yang penuh dengan buah-buahan, memang sangat menyelerakan.
Kena pula makan petang-petang dengan teh panas, sangat mengasyikkan. Nampak mewah namun tak susah membuat.
Ikut sahaja resipi perkongsian daripada saudari Keroroyz Royz ini.
FRUIT PASTRY CAKE
BAHAN-BAHAN:
210 gm tepung naik sendiri – beli online di sini
150 gm gula kastor – beli online di sini
100 gm mentega (pure butter)
50 gm sour cream / yogurt asli
3 biji telur A
1 sudu teh esen vanila – beli online di sini
1 biji lemon/orange | parut kulitnya sahaja
1/2 sudu teh baking powder – beli online di sini
4-5 biji strawberry | hiris nipis
Segenggam blueberry
Buah peach dalam tin | dihiris (saya tak guna)
CARA-CARA:
1. Panaskan oven pada suhu 170C. Sapukan mentega dan alas loyang 7 x 3 inc.
2. Tepung satukan dengan baking powder dan ayak. Cuci buah-buahan dan toskan.
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
3. Putar dengan mixer mentega, sour cream dan gula hingga putih dan gebu.
4. Masukkan telur satu persatu dan terus putar. Adunan akan jadi becah atau berbintil-bintil (itu normal).
5. Masukkan vanilla dan kulit lemon/orange dan terus putar.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
6. Masukkan tepung dan kaup balik rata. Mix dengan kelajuan slow hingga adunan menjadi pekat lebih kurang 2,3 minit.
7. Tuang dalam loyang. Taburkan buah-buahan atas adunan tadi.
8. Bakar dalam oven pada suhu 170C selama 45 – 1 jam atau ikut ketuhar memasing hingga adunan masak sempurna dan permukaan atasnya golden brown. Masa bakar tu bergantung pada ketuhar. Kalau ketuhar kecil 45 minit dah cukup, cucuk lidi di tengah untuk pastikan kek telah dimasak sempurna. Saya naikkan suhu ke 180C dan bakar selama 6-7 minit untuk perangkan bahagian atas kek.
Kredit resipi & foto: Keroroyz Royz
Sumber Azlita Aziz
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Buat Peminat Dessert, Jom Buat 20 Menu Menggiurkan Dari Pelbagai Negara
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap Dailymotion @Rasa dan YouTube @Majalah Rasa Official:
5 Kek Cawan ‘Homemade’, Panas Dari Oven
Kek cawan yang comel memang menarik dengan hiasan butter cream dan warna menarik. Mudah dimakan, keluar dari oven dah boleh makan. Tak payah susah-susah nak kena potong. Ngap aje…
Ni min kongsikan idea hebat Kek Cawan dari Mohamad Norazlan bin Husin dan Megat Isahmudin bin Suliman, Kolej INSTECH Koperasi Belia Islam. Jom cuba…
1. VANILLA CUPCAKE
BAHAN-BAHAN:
110gm mentega
110gm gula kastor
2 biji telur
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh serbuk penaik
½ sudu teh soda bikarbornat
110gm tepung kek
1 sudu makan susu segar
Acuan kek cawan secukupnya
Sedikit jem strawberi untuk hiasan
Bahan Buttercream (topping) :
450gm mentega
360gm gula ising
1 sudu makan esen vanila
CARA MEMASAK:
1. Pukul gula dan mentega hingga kembang. Kemudian masukkan telur dan pukul lagi hingga kembang dan sebati.
2. Masukkan esen vanila dan gaul sebati.
3. Satukan tepung, serbuk penaik dan soda bikarbonat dan masukkan ke dalam adunan. Kaup balik hingga sebati.
4. Masukkan susu segar dan gaul sekata.
5. Tuang adunan ke dalam acuan kek cawan ¾ penuh.
6. Bakar dengan suhu 180⁰ C selama 10-15 minit hingga perang.
7. Sejukkan dulu sebelum letakkan krim atau topping.
8. Satukan kesemuanya dan pukul hingga kembang.
9. Kurangkan kandungan gula jika terlalu manis. Tambahkan perisa jika mahu. Kurangkan adunan jika perlukan sedikit sahaja krim mentega.
10. Untuk menghias; sapukan jem strawberi di atas kek. Kemudian paipkan krim mentega di tepinya membentuk bunga.
11. Sedia dihidangkan.
Saiz hidangan : 12-15 biji
Jenis hidangan : Kek cawan
Keistimewaan : Aroma vanila yang wangi
2. CRÈME BRULEE CUPCAKE
BAHAN KEK CAWAN:
180gm tepung red rose/kek
1 sudu teh serbuk penaik
¼ sudu teh garam
70gm mentega
120gm gula kastor
2 biji telur
1 sudu teh esen vanila
50ml susu segar
Acuan kek cawan secukupnya
Buah strawberi secukupnya untuk hiasan
BAHAN UNTUK KRIM PASTRI:
200gm heavy cream
100gm susu segar
100gm gula kastor
1/8 sudu teh garam
1 sudu teh esen vanila
4 biji kuning telur
3 sudu makan tepung jagung
1 sudu makan mentega
Sedikit gula | hiasan
CARA MEMASAK:
1. Satukan tepung, serbuk penaik dan garam. Ketepikan.
2. Pukul gula dan mentega hingga kembang. Masukkan terlu dan pukul lagi hingga kembang.
3. Masukkan esen vanila dan susu. Gaul sebati.
4. Masukkan tepung ke dalam adunan. Kaup balik hingga sebati.
5. Tuang adunan ke dalam acuan kek cawan ¾ penuh.
6. Bakar dengan suhu 180⁰ C selama 15-20 minit hingga perang.
7. Sejukkan dan ketepikan.
8. Untuk membuat krim pastri; Satukan semua bahan. Gaul bahan dan masak di atas api sederhana hingga likat. Sejukkan sebelum digunakan.
9. Untuk menghias kek, picit krim pastri dan taburkan gula di atas krim pastri. Dengan menggunakan kitchen torch, panaskan bahagian atas krim pastri hingga gula perang.
10. Hiaskan dengan buah strawberi dan hidangkan.
Info chef: Hiasan atas terpulang kepada cita rasa masing-masing.
Saiz hidangan : 9-10 biji
Keistimewaan : Rasa manis dan lemak
Jenis masakan : Pencuci mulut
3. LEMON BLUEBERRY CUPCAKE
BAHAN-BAHAN:
140gm tepung red rose/kek
1 sudu teh serbuk penaik
½ sudu teh soda bikarbonat
¼ sudu teh garam
2 biji telur
200gm gula kastor
120gm mentega
1 ½ sudu teh esen vanilla
2 sudu makan jus lemon
70gm blueberi
Wafel coklat untuk hiasan
Buah blueberi secukupnya untuk hiasan
Acuan kek cawan secukupnya
RESIPI KRIM MENTEGA (TOPPING):
450gm mentega
360gm gula ising
1 sudu makan esen vanila
CARA MEMASAK:
1. Satukan tepung, serbuk penaik, soda bikarbonat dan garam. Ketepikan.
2. Pukul mentega dan gula hingga kembang.
3. Masukkan telur dan pukul lagi hingga adunan kembang.
4. Masukkan esen vanila dan jus lemon. Gaul sebati.
5. Masukkan campuran tepung tadi ke dalam adunan. Kaup balik hingga sebati.
6. Masukkan blueberi dan gaul sekata.
7. Tuang adunan ke dalam acuan kek cawan ¾ penuh.
8. Bakar dengan suhu 180⁰ C selama 15-20 minit hingga perang.
9. Sejukkan dan ketepikan.
10. Untuk membuat topping krim mentega; Satukan kesemuanya dan pukul hingga kembang. Kurangkan kandungan gula jika terlalu manis.
11. Paipkan ke atas kek cawan dan hias dengan sebiji buah blueberi dan wafel coklat. Sedia dihidangkan.
Info chef: Kurangkan adunan membuat krim mentega jika perlukan sedikit sahaja krim untuk hiasan.
Saiz hidangan : 9-10 biji
Keistimewaan : Ada rasa masam manis lemon dan blueberi
Jenis masakan : Pencuci mulut
4. CHOCOLATE CHIP CUPCAKE
BAHAN-BAHAN:
200gm tepung red rose/ kek
1 sudu teh serbuk penaik
½ sudu teh soda bikarbonat
50gm mentega
80gm gula kastor
100gm coklat cip semi sweet
50gm coklat cip putih
2 biji telur
100ml susu segar
1 sudu teh esen vanilla
Acuan kek cawan secukupnya
Cip coklat putih secukupnya untuk hiasan
RESIPI COKLAT GANACHE (TOPPING):
400gm coklat masakan
200gm heavy cream
CARA MEMASAK:
1. Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan telur pukul kembang.
2. Satukan tepung, soda bikarbornat, serbuk penaik dan masukkan ke dalam adunan. Tuangkan susu dan gaul sebati.
3. Masukkan coklat cip. Gaul sekata.
4. Tuang adunan ke dalam acuan kek cawan ¾ penuh.
5. Bakar dengan suhu 180⁰ c selama 15-20 minit hingga perang.
6. Sejukkan dan ketepikan.
7. Untuk membuat coklat ganache; Parut atau cincang halus coklat.
8. Panaskan heavy cream dan tuangkan ke dalam coklat yang dicincang halus tadi. Gaul sebati hingga semua coklat larut.
9. Biarkan betul-betul sejuk sebelum digunakan.
10. Untuk menghias kek cawan, paipkan coklat ganache di atas kek dan hiaskan dengan cip coklat putih. Sedia dihidangkan.
Info chef: Untuk hiasan, boleh gunakan manik warna-warni untuk lebih menarik.
Saiz hidangan : 12-15 biji
Keistimewaan : Rasa coklat yang sedap
Jenis masakan : Pencuci mulut
5. PIE APPLE CUPCAKE
BAHAN-BAHAN:
120gm tepung red rose/kek
1 sudu teh serbuk penaik
½ sudu teh soda bikarbonat
¼ sudu teh garam
120gm mentega
220gm gula kastor
2 biji telur
80ml susu segar
Acuan kek cawan secukupnya
Sedikit parutan coklat untuk hiasan | pilihan
INTI EPAL:
2 biji epal | potong dadu
50gm gula perang
50gm air
1 sudu teh serbuk kulit kayu manis
RESIPI KRIM MENTEGA (TOPPING):
450gm mentega
360gm gula ising
1 sudu makan esen vanila
CARA MEMASAK:
1. Pukul gula dan mentega hingga kembang.
2. Masukkan telur dan pukul lagi hingga kembang.
3. Satukan tepung dengan garam, serbuk penaik, soda bikarbornat masukkan ke dalam adunan.
4. Kaup balikkan hingga sebati dan masukkan susu. Gaul sekata.
5. Tuang adunan ke dalam acuan kek cawan ¾ penuh.
6. Bakar dengan suhu 180⁰ C selama 15-20 minit hingga perang.
7. Sejukkan dan ketepikan.
1. Untuk membuat inti epal, panaskan gula perang dan air hingga mendidih. Masukkan epal dan kacau.
2. Masukkan serbuk kulit kayu manis dan biarkan hingga sedikit kering.
8. Angkat dan sejukkan sebelum digunakan.
9. Untuk membuat topping krim mentega; Satukan kesemuanya dan pukul hingga kembang. Kurangkan kandungan gula jika terlalu manis.
10. Untuk menghias kek; Lubangkan bahagian tengah kek. Isikan dengan inti epal. Paipkan krim mentega di atasnya. Tabur sedikit parutan coklat dan hidangkan.
Info chef: Boleh letak sedikit hirisan epal di atas sebagai hiasan.
Saiz hidangan 10-12 biji
Keistimewaan : Ada elemen kejutan kerana ada inti epal di dalam kek
Cara Buat Kek Oren Poppy Seed Yang Mudah & Gebu
Wah mendengar nama sudah tahu pasti kek oren yang dihasilkan juga enak. Rasa manis dengan aroma oren menyatu sungguh sempurna untuk temani minum.
Resipi istimewa daripada Mamamemey Airish ini, boleh dihidang dengan 2 cara iaitu sama ada kosong ataupun dengan frosting.
KEK OREN POPPY SEED
BAHAN-BAHAN:
250g mentega (saya guna Anchor) – beli online di sini
200g castor sugar (saya guna molasses) – beli online di sini
1 biji oren | diparut kulitnya
4 biji telur grade A
4 sudu makan susu cair + jus dari sebiji oren tadi + 1 sudu makan oren sunquick (jadikan buttermilk – buttermilk ni yang akan buat kek jadi lembab)
260g tepung naik sendiri (atau tepung gandum diayak dengan 1 sudu teh baking powder + 1 sudu teh tepung jagung)
2 sudu makan poppy seed (boleh kurang boleh tambah ikut suka. Banyak sangat pun pelik pula nanti jadinya)
TONTON Koleksi Daging | Projek Lockdown #GerentiJadi
TONTON Nasi Dagang Kelantan & Gulai Udang Diraja | Dapur Rasa Live
CARA-CARA:
1. Panaskan ketuhar 160’C. Ikut jenis ketuhar masing-masing ya. Yang ni, saya guna ketuhar Elba. Kalau ketuhar Europa 180’C. Terpulanglah kepada jenis ketuhar masing-masing tau.
2. Pukul mentega + gula sehingga kembang. Kemudian, masukkan telur sebiji demi sebiji dan juga kulit oren. Kacau lagi.
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
3. Masukkan tepung secara bertahap berselang seli dengan buttermilk.
4. Kemudian, masukkan poppy seeds. Kacau guna spatula je.
5. Tuang dalam baking tin atau apa-apa bekas yang sesuai. Kalau baking tin, sapu mentega dulu keliling tu, yang bawah lapik dengan baking paper.
6. Bakar selama 40-50 minit atau sampai masak. Kalau dah masak tu, keluarkan je dari ketuhar. Tak perlu tunggu sampai cukup masa yang diberi.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
*Kalau tepi kek tu nampak dah renggang dari tin dan bila lidi yang dicucuk tu bersih keluarnya, maka dah masak la tu. Kadang kita boleh tau dari bau kek yang keluar dari ketuhar.
UNTUK FROSTING:
250g cream cheese
2 sudu makan jus oren
½ cawan icing sugar (ayak dulu)
CARA-CARA:
Pukul cream cheese + icing sugar sampai kembang. Kemudian masukkan jus oren. Jangan terlebih kacau. Sapu atas kek yang dah sejuk. Tabur parutan kulit oren, siap.
Kredit resipi: Mamamemey Airish
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Comelnya! Apam Polkadot Versi Tembikai, Mesti Anak-Anak Suka
Kuih Bantal Buruk, Rasa Lemak-Lemak Dengan Inti Ikan & Labu Air
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official: