Kek lama yang punya ramai peminat. Teksturnya yang lembut dan rasa yang enak menjadikan kek ini tidak jemu dinikmati. Nak belajar buat kek ni secara homemade? Resipi di bawah ini antara yang terbaik dan mudah.
KEK KUKUS MASAM MANIS
BAHAN-BAHAN:
5 biji telur
250gm mentega
1 3/4 cawan biskut Cream Crackers yang telah dikisar halus
1/2 cawan gula halus
1/2 tin kecil susu pekat / bubuh194 gm
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh baking powder
Kepingan Haw Flakes secukupnya
Pewarna hijau dan merah jambu- ikut suka
CARA MEMASAK:
Ads
1. Didihkan air kukusan sebelum mengukus kek dan tutup penutup pengukus dengan aluminium foil semasa mengukus kek.
2. Mentega dan gula diputar sehingga kembang. Kemudian masukkan telur dan putar lagi.
3. Campurkan baking powder dan putar. Masukkan pula susu pekat dan putar sebati.
4. Setelah itu masukkan cream crackers kisar dan esen vanilla. Putar hingga adunan sebati.
5. Bahagikan adunan kepada 2 atau 3 bahagian ( terpulang pada citarasa masing-masing, nak 2 atau 3 bahagian ).
6. Warnakan setiap bahagian dengan warna yang berbeza.
7. Ambil sedikit adunan hijau dan ratakan di dalam loyang bersaiz 8 inci yang telah dilapis dengan aluminium foil. Kukus sehingga masak.
Ads
8. Setelah adunan hijau masak, cucuk beberapa lubang dengan lidi. Tekan secara lembut dengan sudu plastik.
9. Lapis dengan haw flakes dan lapis lagi di atasnya dengan warna merah jambu. Kukus sekali lagi hingga masak. Ulang langkah hingga adunan habis. Pastikan pada lapisan paling atas, letak kepingan haw flakes.
Ads
10. Setelah masak, angkat, sejukkan seketika dan sedia untuk dinikmati.
Min cukup tertarik dengan resipi brownies yang ini. Namanya pun dah cukup menambat hati Brownies Cake Chewy Goory. Tambah pulak ada kacang walnut pasti best nih.
Resipi perkongsian dari Amierul Syafique ni memang patut dicuba.Tapi masa memukul adunan tu usah keterlaluan sebab penggunaan tepungnya sedikit sahaja, dibimbangi kek mendap di tengah pulak. Jom semak resipi …
BROWNIES CAKE CHEWY GOORY
BAHAN-BAHAN :
300gm mentega
300gm coklat masakan
6 biji telur ayam | pukul sedikit
80gm serbuk koko
350gm gula perang
2 sudu teh esen vanila
100gm tepung gandum | diayak 2 kali
1 cawan kacang ( walnut/ macadamia / pecan) yang telah di panggang
10minit dan dicincang
CARA MEMASAK :
Cairkan mentega kemudian masukkan serbuk koko. Gunakan whisk, tidak perlu menggunakan mesin pemukul.
Kacau sebati, tutup api dan masukkan dalam mangkuk dan campurkan dengan gula perang dan kacau rata.
3. Masukkan telor sedikit demi sedikit dan kacau rata. Masukkan tepung gandum dan esen vanilla serta kacau rata.
4. Dalam bekas yang lain, cairkan coklat masak dengan cara double boil dan kemudian curahkan ke dalam adunan tadi.
5. Masukkan kacang yang telah dipanggang, kaup balik sampai rata.
6. Terus masukkan ke dalam loyang yang sudah digris dengan mentega dan ditabur sedikit tepung untuk mengelakkan brownies dari melekat
7. Boleh juga ditaburkan dengan cip coklat atas adunan sebelum membakar.
8. Panaskan oven dulu dan bakar dalam suhu 150 darjah Celsius selama sejam bergantung pada oven masing-masing
Saiz hidangan : Loyang 10 x 10 inci.
Tip Lagi Sedap :
Boleh masukkan serbuk kopi sedikit bagi melazatkan lagi.
Terasa nak buat biskut Tat Gulung Cadbury untuk raya nanti? Ramai yang dah cuba dan rasanya memang sedap. Namun biskut ni ada pelbagai versi. Bezanya hanya pada bahan-bahan doh. Salah satu resipi yang mudah ialah resipi yang perkongsian saudari Sri Noratika Hassan ni. Guna 4 bahan je. Jom cuba!
RESIPI TAT CADBURY 4 BAHAN
BAHAN-BAHAN:
250g mentega/marjerin
1 sudu teh minyak sapi
3 1/4 cawan tepung gandum – disangai sehingga ringan dan diayak.
1. Satukan mentega bersama minyak sapi. Kemudian masukkan tepung gandum. Gaul menggunakan spatula hingga sebati.
2. Uli dan satukan bahan-bahan sehingga menjadi doh yang tak terlalu lembik dan tak terlalu keras. Rehatkan dalam chiller selama 5-10 minit sebelum diterap.
3. Masukkan doh ke dalam acuan dan terap ke atas dulang. ( jika doh tak pecah atau tak melekat di dulang sewaktu gulung, ia menandakan doh tersebut sangat sempurna.)
4. Ambil sekeping coklat dan gulung bersama doh yang telah diterap tadi dengan secantik mungkin.
5. Akhir sekali, sapukan kuning telur diatas biskut dan bakar dalam ketuhar pada suhu 160C menggunakan api atas bawah.
6. Bakar selama 15-20 minit atau hingga masak. Masa mungkin berbeza mengikut jenis dan saiz ketuhar.
7. Sejukkan biskut sebelum disimpan dalam balang.
TIP : Untuk mendapatkan kesan topping kuning telur yang cantik berkilat, campurkan kuning telur dengan pewarna kuning dan juga setitis dua susu cair.
Biskut kelapa ini adalah antara kuih raya atau biskut legend. Bila lihat dan makan, terimbau zaman kanak-kanak. Yang pasti, biskut ini tetap ada peminatnya.
Masih dalam bulan Syawal tapi biskut raya dah habis. Mungkin boleh buat biskut ini untuk dijadikan hidangan tetamu yang masih berkunjung ke rumah. Atau boleh dijadikan buah tangan bila pergi beraya di rumah rakan atau saudara-mara.
Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh puan Sarimah Kadiron ini ye. Selamat mencuba!
Mentega dan gula dikacau sebati. Masukkan telur dan esen vanilla. Kacau hingga rata. Masukkan kesemua tepung an telah diayak sedikit-sedikit bersama kelapa. Uli sebati.
Setelah itu terap dengan bentuk acuan kesukaan masing-masing. Susun di atas tray pembakar.
Bakar dengan suhu 160C. Tapi kena ikut oven masing-masing ye. Siap!
Singgang tumis ikan selar, antara lauk ringkas yang pastinya membuka selera. Selain direbus, masak singgang ada banyak jenis, ramai yang tak tahu ada juga...