
Kek lama yang punya ramai peminat. Teksturnya yang lembut dan rasa yang enak menjadikan kek ini tidak jemu dinikmati. Nak belajar buat kek ni secara homemade? Resipi di bawah ini antara yang terbaik dan mudah.
KEK LAPIS KUKUS MASAM MANIS
BAHAN-BAHAN:
- 5 biji telur (sejukkn dalam peti sejuk)
- 2 cawan tepung kek
- 1 1/2 cawan gula halus
- 100ml minyak masak
- 150ml susu cair
- 1 sudu kecil serbuk penaik
- 1 sudu besar ovellate
- 1 sudu kecil esen vanilla
- Pewarna pilihan
- Asam Haw Flakes secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Putar telur, gula, ovalette dan serbuk penaik sampai kembang.
2. Selepas itu masukkan esen vanilla dan pukul seketika.
3. Masukkan minyak dan pukul sebati.
4. Akhir sekali masukkan tepung kek yang diselang seli dengan susu cair. Kacau hingga sebati.
5. Bahagikan kepada 2 atau 3 bahagian dan warnakan ikut warna kesukaan anda.
6. Panaskan kukusan dan sapukan loyang dengan minyak
7. Ambil 5 sudu besar adunan ratakan dan susun asam.
8. Kukus selama 5 atau 7 minit. Lapiskn lagi warna yang berlainan susun asam dan ulang sehingga habis.
9. Untuk lapisan terakhir biar kukus lama sikit supaya kek betul-betul masak.
Info: Pastikan kek betul-betul sejuk baru dipotong supaya dapat hasil yang cantik bila dipotong.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
5 Kek Hebat Dari Dill Cakes, Gebu & Sedap Berasaskan Buah-Buahan

Isi Kandungan
ToggleBuah-buahan antara ramuan istimewa melazatkan kek anda . Selain buah-buahan citrus dan beri, buah-buah tempatan seperti nenas dan durian juga tidak kurang hebat rasanya.
Pemilik kedai Dill Cakes dari, Apartment Sri Nuang, Taman Bukit Bandaraya Shah Alam Fadzil Md Salleh sudi berkongsi 5 jenis kek buah-buahan yang sungguh enak ini. Cubalah, ya

1. KEK BUAH PRUN
BAHAN-BAHAN :
- 200 gm prun yang dibuang biji | rebus prun hancur dan sejukkan
- 1 cawan air
- 1 cawan gula hangus @ karamel
- 8 biji telur
- 340 gm gula kastor
- 340 gm tepung naik sendiri | diayak
- 1 ½ buku mentega
CARA MEMASAK :
1. Putar mentega dan gula hingga kembang.
2. Masukkan telur sebiji sebiji dan putar perlahan hingga kembang.
3. Masukkan prun yang dihancurkan tadi dan putar lagi.
4. Kemudian masukkan pula gula hangus @ karamel dan kacau rata
5. Masukkan tepung dan kacau rata.
6. Masukkan di dalam tin pembakar berukuran 25 sm x 25 sm yang telah digriskan dengan mentega dan ditabur dengan sedikit tepung.
7. Panaskan oven dan bakar dalam suhu 160 darjah celcius (api atas bawah). Bakar selama 60 minit atau sampai masak bergantung kpd oven masingmasing.
Saiz hidangan: 1 tin pembakar empat segi (25 sm x 25 sm)
Waktu memasak: 1 jam
Keistimewaan: Rasa buah prun yang hebat
INFO :Kek ini menjadi lebih sedap lagi jika disimpan semalaman dalam peti sejuk. Jika suka hiaskan dengan butter cream dan hirisan buah prun.
2.KEK NANAS TERBALIK
BAHAN-BAHAN :
- 8 biji telur
- 425 gm gula perang
- 1 ½ buku mentega
- 1 kg tepung naik sendiri | diayak
- 1 tin nenas keping | kisar 2 keping nanas dengan air yang dalam tin
Sedikit ceri merah hiasan :
CARA MEMASAK :
1. Putar mentega dengan gula sampai kembang.
2. Masukkan tepung dan telur sebiji demi sebiji sampai kembang.
3. Masukkan mentega dan putar dengan kelajuan perlahan sampai rata.
4. Masukkan nanas yang telah dikisar tadi dan kacau rata.
5. Masukkan tepung dan kacau rata. Masukkan tepung beransur.
6. Masukkan dalam loyang bulat yang sudah digriskan dengan mentega dan ditabur sedikit tepung, bersaiz 28 sm
7. Panaskan oven pada suhu 160 darjah celcius, dan bakar selama 30 – 40 minit, sehingga kek masak.
Saiz hidangan: 1 loyang bulat bersaiz 28 sm
Waktu memasak: 40 minit
Keistimewaan: Kek nanas dengan bahan yang ringkas, rasa nanas masam manis
INFO : Kek yang tahan lama dan sedap dimakan ‘plain’ tanpa hiasan krim.
3.KEK KEJU KIWI
BAHAN-BAHAN :
- 1 kg krim keju
- 2/3 tin susu pekat
- 1 cawan krim putar @ whipping cream
- 1 sudu teh esen vanilla
- 5 sudu makan pai kiwi ‘filling’ (boleh didapati dari kedai kek)
Bahan dasar kerak :
- 250gm biskut marie | dihancurkan
- 125gm mentega | dicairkan
Bahan topping @ permukaan :
- 1 sudu teh serbuk gelatin
- 30 ml air30ml air
- 150 gm kiwi pie filling @ inti pai kiwi
CARA MEMASAK :
Dasar kerak :
1. Hancurkan biskut marie, kemudian cairkan mentega. Gaulkan biskut yang telah hancur dengan mentega yang telah dicairkan.
2. Letakkan adunan dalam loyang bulat saiz 25 sm
3. Tekan adunan supaya padat. Masukkan sebentar dalam peti sejuk agar dasarnya lebih padu.
Krim keju :
4. Keluarkan krim keju 20 – 30 minit sebelum digunakan.
5. Putar krim keju dan susu serta whipping cream sehingga sebati.
6. Masukkan sedikit pai kiwi dan gaulkan.
7. Tuangkan adunan ke dalam berisi biskut tadi.
8. Panaskan oven dan bakar pada suhu 170 darjah celcius selama 2 ½ jam.
9. Keluarkan dan bila sejuk, masukkan dalam peti sejuk selama 3-4 jam supaya kek benar-benar sejuk untuk dikeluarkan dari loyang pembakar.
10. Hias atas kek dengan kiwi pie dan hirisan buah kiwi mengikut kreativiti anda
Hiasan permukaan /topping :
10. Campurkan gelatin dengan air dan panaskan sebentar sebentar supaya gelatin tadi larut. Selepas itu masukkan kiwi pai filling, kacau. Sedia untuk disapukan atas kek.
Saiz hidangan: 1 loyang pembakar bulat bersaiz 25.4 sm
Waktu memasak: 3 jam
Cara Memasak : Bakar dengan teknik ‘water bath’
Keistimewaan: Kek keju berkrim dengan rasa kiwi asli
INFO :Sedap dimakan sejuk-sejuk dari peti ais. Keluarkan kek dari Loyang pembakar, hanya selepas ia disimpan lebih dari 4 jam dan benar-benar sejuk.
4. KEK BUTTER VANILLA STRAWBERI
BAHAN-BAHAN:
- 120 gm gula kastor*
- 10 gm ovalet*
- 4 biji telur gred A
- 130 gm tepung superfine / tepung kek*
- 1 sudu teh serbuk penaik*
- 40 ml air
- 60 gm minyak jagung / mentega cair
- 1 sudu makan strawberi emulco
Bahan krim frosting:
* (Putar satu kotak fresh cream dengan mixer. Putar sehingga ia lembut dan kental dan campurkan sedikit jem strawberi)
CARA MEMASAK :
1. Panaskan oven pada suhu 170 darjah celcius. Siapkan loyang bulat 23 sm, griskan dengan mentega dan alas dengan baking paper.
2. Satukan semua bahan bertanda * dalam mangkuk sederhana besar.
3. Menggunakan mesin pengadun, putar sehingga kembang dan gebu.
4. Masukkan strawberi emulco dan air, putar lagi hingga sebati.
5. Masukkan minyak jagung/mentega cair, Gaulkan hingga sebati.
6. Tuangkan adunan ke dalam loyang pembakar .
7. Panaskan oven pada suhu 170 darjah celcius dan bakar selama 45 min.
8. Selepas kek sejuk boleh sapu dengan frosting fresh cream yang telah diputar.
9. Bahagikan kek kepada 3 lapisan dan lapiskan dengan fresh cream di antaranya. Sapukan ‘fresh cream’ di atas dan keliling kek dan indahkan dengan hirisan buah strawberi.
Saiz hidangan : 1 loyang bulat bersaiz 23 sm
Waktu memasak: 45 minit
Keistimewaan : Rasa strawberi dan gebu berkrim
INFO : Goncang kotak fresh cream sebelum dituang ke dalam mangkuk mixer. Ini kerana ketika ia dinyahbekukan, kemungkinan kandungan krim dan air yang terdapat di dalamnya telah terpisah . Jika terus tuang anda mungkin hanya menuang airnya dan krimnya tertinggal di dalam.
5. KEK MARBLE DURIAN
BAHAN-BAHANNYA:
- 425 gm gula kastor
- 3 cawan tepung naik sendiri | diayak
- 8 biji telur
- 1 1/2 buku mentega | cairkan dalam suhu bilik
- 1 cawan isi durian
Beberapa titik pewarna ikut suka
Bahan krim frosting:
* (Putar satu kotak fresh cream dengan mixer. Putar sehingga ia lembut dan kental
Campurkan satu cawan durian
CARA MEMASAK :
1. Putar putih telur hingga kembang. Masukkan pula gula dan putar hingga kembang dan pekat.
2. Masukkan pula kuning telur sebiji demi sebiji dan putar perlahan hingga naik kembang.
3. Masukkan mentega dan putar hingga rata.
4. Masukkan pula durian dan putar lagi.
5. Kemudian masukkan tepung dan gaul rata.
6. Asingkan adunan ikut warna yang disukai.
7. Tuang selang seli dalam loyang pembakar yang sudah digriskan dengan mentega untuk jadikan corak marble.
8. Panaskan oven dan dan bakar dalam suhu 160 darjah celcius 40 minit atau sehingga masak.
9. Apabila kek sejuk, potong menjadi 3 lapisan dan lapiskan dengan fresh cream yang telah dicampurkan durian.
10. Letakkan sedikit isi durian sebagai hiasan.
Saiz hidangan : 1 tin pembakar segi empat saiz 17.8 sm x 17.8 sm
Waktu memasak: 45 minit
Keistimewaan : Rasa dan aroma durian yang enak, sedap dimakan ‘plain’ sahaja.
INFO : Pastikan durian segar digunakan untuk mengelak rasa masam pada kek. Jika ingin kek tahan lama masak durian dengan sedikit gula sehingga menjadi pes.
TERIMA KASIH : DILL CAKES, APARTMENT SRI NUANG, JLN GUNUNG NUANG
U 11/37, TAMAN BUKIT BANDARAYA, SHAH ALAM. FB / IG:fadzilmdsalleh. http://dill-cakes.blogspot.com
Topping Penuh Bahagian Atas, Lengkap Rasa Masam Manis Fruit Pastry Cake

Bila melihatkan topping atas kek yang penuh dengan buah-buahan, memang sangat menyelerakan.
Kena pula makan petang-petang dengan teh panas, sangat mengasyikkan. Nampak mewah namun tak susah membuat.
Ikut sahaja resipi perkongsian daripada saudari Keroroyz Royz ini.
FRUIT PASTRY CAKE
Sumber Azlita Aziz
BAHAN-BAHAN:
210 gm tepung naik sendiri – beli online di sini
150 gm gula kastor – beli online di sini
100 gm mentega (pure butter)
50 gm sour cream / yogurt asli
3 biji telur A
1 sudu teh esen vanila – beli online di sini
1 biji lemon/orange | parut kulitnya sahaja
1/2 sudu teh baking powder – beli online di sini
4-5 biji strawberry | hiris nipis
Segenggam blueberry
Buah peach dalam tin | dihiris (saya tak guna)
CARA-CARA:
1. Panaskan oven pada suhu 170C. Sapukan mentega dan alas loyang 7 x 3 inc.
2. Tepung satukan dengan baking powder dan ayak. Cuci buah-buahan dan toskan.
3. Putar dengan mixer mentega, sour cream dan gula hingga putih dan gebu.
4. Masukkan telur satu persatu dan terus putar. Adunan akan jadi becah atau berbintil-bintil (itu normal).
5. Masukkan vanilla dan kulit lemon/orange dan terus putar.
6. Masukkan tepung dan kaup balik rata. Mix dengan kelajuan slow hingga adunan menjadi pekat lebih kurang 2,3 minit.
7. Tuang dalam loyang. Taburkan buah-buahan atas adunan tadi.
8. Bakar dalam oven pada suhu 170C selama 45 – 1 jam atau ikut ketuhar memasing hingga adunan masak sempurna dan permukaan atasnya golden brown. Masa bakar tu bergantung pada ketuhar. Kalau ketuhar kecil 45 minit dah cukup, cucuk lidi di tengah untuk pastikan kek telah dimasak sempurna. Saya naikkan suhu ke 180C dan bakar selama 6-7 minit untuk perangkan bahagian atas kek.
Kredit resipi & foto: Keroroyz Royz
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Buat Peminat Dessert, Jom Buat 20 Menu Menggiurkan Dari Pelbagai Negara
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official:
Mudah Rupanya Nak Buat Kek Tapak Kuda Dengan Inti Nutella

Buat penggemar coklat, mesti suka dengan kek tapak kuda ni, sebab menggunakan topping nutella.
Nampak macam susah tapi rupanya senang je nak buat kek ni. Resipi yang dikongsikan Shela Bahari ini, sesuai walaupun pertama kali nak buat kek.
Yang pasti, kena ikut petua dan tip yang diberikan Shela ini, kek pasti menjadi cantik dan lembut.
KEK TAPAK KUDA
BAHAN-BAHAN:
4 biji telur gred B (kalau guna gred A, 4 biji / telur gred C, 5 biji)
½ cawan tepung (saya guna tepung Hong Kong, kalau guna tepung gandum pun boleh tapi lebihkan susu tepung) – beli online di sini
½ cawan gula – beli online di sini
Sedikit baking powder
1 sudu besar ovelet
3 sudu besar susu tepung – beli online di sini
½ cawan marjerin (dicairkan) – beli online di sini
CARA MENYEDIAKAN:
1. Putar semua bahan kecuali marjerin, sampai kental dan gebu.
2. Bila dah kental, baru masukkan marjerin. Kacau lagi.
3. Tuang dalam loyang (saya guna loyang saiz 9). Ratakan.
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
4. Bakar dalam ketuhar dengan suhu 150C api atas bawah selama 35 minit.
5. Bila dah masak, keluarkan. Tunggu suam sedikit atau sejuk, baru sapukan topping yang dikehendaki (saya letak topping nutella).
6. Gulung dengan menggunakan plastic wrap yang boleh dapati di kedai bakeri.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
*kek ini boleh tahan 4,5 hari kalau di luar dan sebulan jika disimpan dalam chiller.
*kalau guna tepung yang ada serbuk penaik, lebihkan susu tepung untuk kek lebih gebu.
*untuk adunan ini boleh dapat 2 biji kek tapak kuda (saya potong dua bila guna loyang saiz 9)
Kredit resipi: Shela Binti Bahari Bahari
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Resipi Kari Sardin Tanpa Santan, Rasa & Kuah Pekat Macam Di Kedai Mamak
Creamhorn Custard Creamy, Crunchy Di Luar Tapi Rasa Macam Aiskrim
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap Dailymotion @Rasa dan YouTube @Majalah Rasa Official: