Kek lapis bolehlah dikatakan sebagai kek orang lama. Membuatnya memerlukan kesabaran. Pun begitu, kek lapis tetap ramai peminatnya.
Dikatakan kek lapis mempunyai cita rasa yang amat memikat kerana bergabung antara rasa masam, manis dan berlemak.
Kek lapis masam manis adalah salah satu kek lapis yang popular dan mempunyai ramai peminat. Melalui usahawan Kek Lapis Ijan, Shahizan Mokhtar, RASA dapatkan resipi kek lapis masam manis yang merupakan kek lapis paling laris jualannya.
KEK LAPIS MASAM MANIS
Ads
BAHAN A
14 biji kuning telur ayam
6 biji telur ayam
200 gram gula kastor
1 sudu besar ovalette
Sedikit esen vanilla
60 gram ais sejuk
BAHAN B
500 gram mentega
5 sudu besar kaya
100 gram susu pekat manis
BAHAN C
200 gram tepung gandum
50 gram Horlicks
BAHAN D
Haw Flakes (bulat / petak)
Pewarna kuning
Pewarna hijau
Ads
CARA MEMBUAT
1. Pukul BAHAN A sehingga kembang. Ketepikan.
2. Pukul BAHAN B sehingga kembang. Kemudian masukkan BAHAN C sedikit demi sedikit. Pukul sehingga adunan sebati.
3. Apabila sudah sebati, masukkan BAHAN B dan BAHAN C yang telah dipukul tadi ke dalam BAHAN A. Kaupkan sehingga adunan sebati.
4. Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu bahagian diletakkan pewarna hijau. Satu bahagian lagi pewarna kuning.
5. Panaskan oven terlebih dahulu. Guna api atas dulu (untuk 3 lapisan awal). Suhu 240 darjah selsius. Tray tengah.
6. Guna loyang 9″x 9″. Masukkan adunan dari warna hijau dahulu (1/2 cawan) dan ratakan. Kemudian masukkan ke dalam oven. Bakar 5 minit. Sentiasa pantau supaya tidak hangus. Angkat.
7. Kemudian tekapkan dengan penekap kek supaya kek rata.
8. Ulang langkah yang sama pada adunan hijau yang kedua.
9. Pada adunan ketiga, baru letak haw flakes. Susun cantik-cantik dan penuh baru ada rasa masam manisnya. Ulang langkah yang sama, pada setiap adunan ketiga.
10. Keluarkan. Alih tray ke bawah. Masukkan adunan keempat. Tukar warna kuning pula. Lakukan langkah yang sama. Buat 3 lapis hijau, 3 lapis kuning. Ulang sehingga habis.
11. Untuk adunan terakhir, turunkan suhu ke 200c. Bakar hingga kek masak. Keluarkan dan sejukkan atas redai.
Ads
Membuat kek lapis sememangnya memerlukan kesabaran. Itulah keistimewaan kek lapis. Jika anda ‘terasa penat’ hanya dengan membaca resipi kek lapis ini kerana mengulang langkah selapis demi selapis kek, bolehlah buat saja pesanan daripada usahawan kek lapis, Kek Lapis Ijan di laman facebook Ijan Homemade Cookies.
Wow! Hanya guna 3 bahan ringkas sahaja, anda boleh hasilkan kek keju yang lembut dan gebu. Ramai yang dah cuba tau. Hampir 18 ribu perkongsian di Facebook. Ha..Jangan tak percaya. Rata-rata yang dah ‘try’ tu bagi feedback yang bagus. Jom cuba! Mana tahu anda gemarkannya.
Amat menarik versi resipi brownies yang ini. Namanya pun dah cukup menambat hati Brownies Cake Chewy Goory. Tambah pulak ada kacang walnut pasti best nih.
Resipi perkongsian dari Amierul Syafique ni memang patut dicuba.Tapi masa memukul adunan tu usah keterlaluan sebab penggunaan tepungnya sedikit sahaja, dibimbangi kek mendap di tengah pulak. Jom semak resipi …
BROWNIES CAKE CHEWY GOORY
BAHAN-BAHAN :
300gm mentega
300gm coklat masakan
6 biji telur ayam | pukul sedikit
80gm serbuk koko
350gm gula perang
2 sudu teh esen vanila
100gm tepung gandum | diayak 2 kali
1 cawan kacang ( walnut/ macadamia / pecan) yang telah di panggang
10minit dan dicincang
CARA MEMASAK :
Cairkan mentega kemudian masukkan serbuk koko. Gunakan whisk, tidak perlu menggunakan mesin pemukul.
Kacau sebati, tutup api dan masukkan dalam mangkuk dan campurkan dengan gula perang dan kacau rata.
3. Masukkan telor sedikit demi sedikit dan kacau rata. Masukkan tepung gandum dan esen vanilla serta kacau rata.
4. Dalam bekas yang lain, cairkan coklat masak dengan cara double boil dan kemudian curahkan ke dalam adunan tadi.
5. Masukkan kacang yang telah dipanggang, kaup balik sampai rata.
6. Terus masukkan ke dalam loyang yang sudah digris dengan mentega dan ditabur sedikit tepung untuk mengelakkan brownies dari melekat
7. Boleh juga ditaburkan dengan cip coklat atas adunan sebelum membakar.
8. Panaskan oven dulu dan bakar dalam suhu 150 darjah Celsius selama sejam bergantung pada oven masing-masing
Saiz hidangan : Loyang 10 x 10 inci.
Tip Lagi Sedap :
Boleh masukkan serbuk kopi sedikit bagi melazatkan lagi.
Kalau korang tengah merisik biskut raya, apa kata cuba buat sendiri biskut untuk hari raya kali ini. Hanya guna tiga bahan, korang dah boleh buat biskut yang sedap.
CARA MEMBUAT
1. Masukkan tepung gandum ke dalam mangkuk.
2. Masukkan nutella dan telur ayam.
3. Gaul semua bahan sehingga sebati dan menjadi doh.
4. Ambil adunan dan bulatkan. Letak di atas baking paper.
5. Bakar pada suhu 170 darjah selsius selama 10 minit.
6. Angkat, sejukkan dan sedia untuk dinikmati.