Kek Lapis Masam Manis ni memang jadi kegemaran ramai. Menurut saudari Salwa Adam, resipi ini dipelajari dari arwah ibu mertuanya yang pernah menetap di Sarawak. Resipi yang sangat sedap dan berbeza dari rasa kek yang dibeli. Anda suka? Jom cuba. Moga pahala dari resipi yang dikongsi ini dapat kembali pada empunya. InsyaAllah.
1/2 tin krimer manis (resepi asal 1 tin) – beli online DISINI (empunya resipi sudah cuba ikut sukatan asal. Baginya terlalu manis. Anda boleh cuba ikut cita rasa)
CARA MEMASAK: 1. Pukul putih telur bersama gula hingga betul-betul kembang. Tanda telur putih telah kembang adalah bila angkat pengadun, adunan tidak menitik. 2. Dalam bekas berlainan, pukul mentega bersama susu hingga kembang. 3. Masukkan adunan putih telur dan gula ke dalam adunan mentega. Sebatikan. 4. Masukkan kuning telur dan pukul lagi hingga sebati. 5. Sambil pengadun berpusing, masukkan serbuk biskut sedikit demi sedikit hingga habis. 6. Seterusnya masukkan esen vanilla dan serbuk penaik. Adun lagi hingga sekata. 7. Panaskan periuk kukusan. Bahagi adunan kepada dua bahagian. Satu adunan dimasukkan pewarna kuning dan satu lagi hijau. Bergantung pada cita rasa masing-masing nak terang mana. 8. Masukkan lapisan pertama ke dalam loyang. Sukatannya lebih kurang 2 senduk dan susun kepingan hwa flakes secukupnya. Tutup periuk kukus dan masak selama lebih kurang 10 minit.
Ads
9. Kemudian tuang lapisan kedua, susun hwa flakes dan kukus. Selang selikan warna. Ulang langkah yang sama untuk lapisan-lapisan seterusnya sehingga habis. 10. Untuk lapisan terakhir kukus selama 15-20 minit dan siap untuk dinikmati.
Masakan Melayu lama-lama sekarang ni dah jarang-jarang jumpa sekarang, tetapi percayalah soal rasa memang comfirm sedap. Jangan pandang pada rupa, cuba rasa dulu baru tahu. Kalau tak percaya cuba tiga menu yang RASA kongsikan ini, rasanya memanh sedap, nak masak pun senang, gerenti jadi punyalah.
.SAMBAL JERING BERDAGING BAHAN-BAHAN:
500gm jering tua | belah dua & buang kulit ari.
200gm daging | rebus dan hiris nipis
6 sudu makan pes cili kering
2 batang serai | titik
1 sudu makan air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng dan menumis
BAHAN KISAR:
1 biji bawang besar
3 ulas bawang merah
3 biji cili merah
4 ulas bawang putih
2cm halia muda
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak, kemudian goreng jering separuh masak.
2. Titik jering yang telah digoreng. Ketepikan.
3. Seterusnya panaskan lebih kurang 4 sudu makan minyak, tumis bahan kisar bersama serai hingga wangi.
4. Masukkan pes cili kering dan terus kacau hingga tumisan pecah minyak.
5. Masukkan hirisan daging rebus bersama jering yang telah dititik tadi.Gaul rata seketika.
6. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
7. Setelah cukup rasa, titik api.
8. Sambal jering sedia dihidangkan.
.GULAI LEMAK DAGING BAKAR DAUN SELOM BAHAN-BAHAN:
500gm daging yang sudah dibakar | hiris nipis
500ml santan
200gm daun selom | celur dalam air mendidh dan toskan
1 keping asam gelugor
2 batang serai | titik
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
3cm kunyit hidup
15 biji cili padi
3 ulas bawang merah
CARA MEMASAK:
1. Masukkan santan bersama bahan kisar dalam periuk. Kacau rata.
2. Tambah dengan serai dan asam gelugor. Biarkan mereneh.
3. Seterusnya masukkan hirisan daging dan daun selom.
4. Biarkan terus mereneh lebih kurang 4-5 minit.
5. Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
6. Tutup api dan gulai sedia dihidangkan.
.SAMBAL TERUNG PIPIT BERSAMA DAGING
250gm terung pipit | buang tangkai
150gm hirisan daging rebus
1 sudu makan air asam jawa
3 sudu makan pes cili kering
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya
BAHAN KISAR:
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
10 biji cili padi
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dalam kuali, goreng terung hingga berubah warna. Ketepikan.
2. Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
3. Tumiskan bahan kisar hingga wangi. Masukkan pes cili kering.
4. Kacau rata hingga pecah minyak.
5. Masukkan daging dan terung tadi, kacau lagi.
6. Kecilkan api, perasakan dengan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa.
7. Setelah cukup rasa. Tutup api dan sedia dihidangkan.
Kuih Bengkang Ubi Gula Merah memang sangat sedap dan jadi kegemaran ramai. Nak membuatnya pun bukan susah. Guna resipi perkongsian Opah Mas Cotek ni. Sesuai sangat dijadikan sajian pada bila-bila masa. Selamat mencuba!
RESIPI KUIH BENGKANG UBI GULA MERAH
BAHAN-BAHAN:
5 cawan ubi kayu (siap parut) – beli online DISINI
Daging kambing sering dimomokkan kononnya ia amat memudaratkan. Padahal daging kambing adalah amalan pemakanan sunnah yang digemari oleh baginda Rasulullah s.a.w.
Menurut kajian oleh Persatuan Jantung Amerika, daging kambing baik untuk mereka yang mempunyai masalah berkaitan jantung kerana daging ini mempunyai tinggi kualiti proteinnya dengan nisbah kandungan lemak yang sihat.
Daging kambing lebih mudah dihadam kerana struktur molekul daging kambing yang berbeza. Daging kambing juga mengandungi zat besi dan kandungan potasium yang rendah kandungan mineral.
Ni min kongsikan aneka menu kambing dari Timur Tengah, Fusion Barat dan India. Dari tiga benua, jom cuba esok…
1. BETIS KAMBING BUKHARY
BAHAN-BAHAN :
4 ketul betis daging kambing (shank, bahagian kaki bawah lutut /betis)
4 sudu makan rempah bukhary
3 sudu makan puri tomato
1.5 liter air stok rebusan daging
2 biji bawang besar /dikisar
10 ulas bawang putih/ diketuk
5 sm halia
2 batang kayu manis
50 gm daun ketumbar /dihiris halus
5 biji bunga cengkih
5 biji buah pelaga
5 biji bunga lawang
5 biji cili hijau /dipotong 2.5 sm
2 biji tomato dipotong empat
2 sudu makan minyak masak
2 sudu makan minyak sapi
Garam secukup rasa
Sedikit pewarna saffron
CARA MEMASAK :
1. Rebus daging sehingga 30 minit
2. Angkat dan keluarkan daging, ketepikan.
3. Panaskan oven pada suhu 250 celcius selama 10 minit.
4. Panaskan minyak masak dan masukkan sekali minyak sapi.
5. Tumis bawang besar dan bawang putih dan masukkan cili hijau berserta rempah ratus empat sekawan.
6. Masukkan pula rempah bukhari dan puri tomato, kacau dan tumis hingga pecah minyak.
7. Masukkan hirisan daun ketumbar dan tomato
8. Masukkan air rebusan kambing
9. Masukkan garam dan pindahkan kesemua bahan di dalam dulang pembakar dan tutup dengan kertas aluminium
10. Bakar di dalam oven selama 1 setengah jam pada suhu 250 celcius. Keluarkan dan ia siap dihidang.
Saiz hidangan : 4 – 6 orang Waktu memasak : 1 jam 40 minit Cara memasak : Rebus, tumis dan bakar Jenis hidangan : Lauk utama Arab Keistimewaan : Sedap dimakan bersama nasi bukhari atau roti Naan/roti Arab
INFO CHEF : Semasa membersihkan daging buangkan tisu liat agar ia mudah empuk.
2. DAGING KAMBING MASAK LADA HIJAU
BAHAN -BAHAN :
1 kg daging kambing /direbus terlebih dahulu
Bahan dikisar :
200 gm cili hijau /dikisar
50 gm cili padi /dikisar
2 sm kunyit hidup /dikisar
100 gm lengkuas /dikisar
3 biji bawang besar /dikisar
5 ulas bawang putih/dikisar
2 batang serai /dikisar
5 helai daun limau purut/dihiris halus
100 gm daun ketumbar/dihiris halus
3 batang kulit kayu manis
2 keping asam keping
Garam secukup rasa
Minyak secukupnya untuk menumis
CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan bahan yang dikisar.
2. Masukkan kulit kayu manis, dan tumis kesemua bahan hingga naik bau.
3. Masukkan daging kambing yang telah direbus, dan balik-balikkan hingga sebati.
4. Kemudian masukkan daun limau purut dan daun ketumbar.
5 .Tambahkan garam secukup rasa bersama asam keping
6. Masak lagi selama 5 minit.
7. Sedia untuk dihidang
Saiz hidangan : 10 orang Masa memasak : 45 minit Cara memasak : Tumis dan reneh Jenis masakan : Sambal Keistimewaan : Daging kambing masak lada hijau ini juga disebut sebagai sambal hijau daging kambing
INFO CHEF:Gabungan lada hijau dan cili padi hijau menjadikan kuahnya berwarna hijau menyelerakan dengan aroma dan rasa rempah kulit kayu manis
. 3. SUP KAMBING MALABARI
BAHAN-BAHAN :
800 gm daging kambing dipotong kiub (bertulang)
50 ml minyak sapi
Bahan sup A:
6 ulas bawang putih /dicincang
2 sm gm halia /dihiris nipis
5 gm kulit kayu manis
5 gm biji pelaga
5 gm daun kari
2 gm ketumbar biji
2 gm habatus sauda
2 gm biji poppy
1 biji limau/dipotong baji
5 gm serbuk lada hitam
4 cawan air
Garam secukup rasa
25 gm daun ketumbar/dihiris
120 gm bawang goreng
35 gm tomato / dipotong baji
CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak sapi di dalam periuk dan masukkan bahan-bahan sup (A). Tumiskan selama 2 minit hingga naik bau..
2. Masukkan 4 cawan air dan biarkan hingga mendidih.
3. Masukkan daging kambing dan masak hingga daging empuk. Renehkan dan masukkan tomato..
4. Kemudian tabur bawang goreng dan daun ketumbar dan boleh dihidangkan. Perahkan jus limau di atasnya. Saiz hidangan : 8- 9 orang Masa memasak :30-40 minit Cara memasak :Didih dan reneh Jenis masakan : Sup India Keistimewaan : Sedap dihidangkan bersama nasi dan roti
INFO CHEF: Sup kambing Malabari ini adalah resipi sup istimewa dari India. Sup yang kaya dengan rempah ratus.
4. GULAI KAWAH BETIS KAMBING
BAHAN-BAHAN :
4 kg betis kambing/direbus dengan air selama 1 jam
300 gm bawang besar /dikisar
5 sm halia /dikisar
7 ulas bawang putih /dikisar
2 batang kulit kayu manis
5 biji buah pelaga
10 gm bunga cengkih
2 sudu makan serbuk cili
2 sudu makan serbuk jintan manis
1 sudu makan serbuk jintan putih
200 gm rempah kari daging
2 keping asam keping
1/2 biji santan kelapa
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK :
1. Rebus kambing dengan kadar menutupi daging, apabila masak keluarkan dagingnya.
2. Pijarkan minyak dan tumis bahan kisar bersama rempah 4 sekawan.
3. Masukkan serbuk kari, jintan dan ketumbar,tumis hingga pecah minyak dan masukkan air rebusan daging
4. Kemudian masukkan kambing dan didihkan
5. Masukkan asam keping, dan perisakan dengan garam .Masukkan santan dan reneh selama 20 minit
6. Biarkan daging empuk
7. Gulai kawah siap dihidang
Saiz hidangan : 7- 8 orang Waktu memasak : 40 minit Cara memasak : Tumis dan renih Jenis hidangan : Lauk utama fusion Keistimewaan : Lauk ini bertambah lazat apabila sudah semalaman
INFO CHEF : Sedap dimakan bersama roti dan nasi. Anda boleh menggunakan rempah gulai yang siap dijual, didalamnya tersedia segala campuran rempah ratus.
5. MOUSAKKA KAMBING
BAHAN-BAHAN : Bahan A (inti) :
800 gm daging kambing cincang
250 gm puri tomato
1 sudu makan serbuk jintan manis
1 sudu makan serbuk jintan putih
1 sudu makan serbuk ketumbar
300 gm bawang besar /dihiris
7 ulas bawang putih /dihiris
Garam secukup rasa
1 biji terung panjang / potong bulat menjadi beberapa keping
Bahan B:
1 liter susu segar
250 gm mentega
250 gm tepung gandum
250 gm keju mozarella
CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak dan tumis bawang hingga wangi dan kemudian masukkan puri tomato.
2. Tumis selama 7 minit dan masukkan semua rempah setelah tumisan sebati dan wangi.
3. Kemudian masukkan daging cincang, perlahankan api dan biarkan sejuk.
4. Ambil kuali lain panaskan mentega hingga cair dan kemudian masukkan tepung gaul sehingga kelihatan seperti doh dan masukkan susu.
5. Kacau sehingga pekat dengan suhu 60-70 celcius, tutup api. (becahamel sos siap)
6. Sediakan dulang pembakar, susun terung sehingga menutupi bahagian dulang
7. Kemudian masukkan inti daging cincang tadi dan diikuti bancuhan susu
8. Ulangi sebanyak 2 lapisan dan taburkan keju di atas lapisan tadi
9. Bakar dalam ketuhar selama 25 minit, dengan suhu 160 darjah celcius. Siap dihidang.
Saiz hidangan : 4-5 orang Waktu memasak : 30 minit Cara memasak : Tumis dan bakar Jenis hidangan : Mediterranean Keistimewaan : Inti daging dilapisi bechamel dan terung ciri utama moussaka
INFO CHEF :Moussaka dipercayai berasal dari Greece tetapi cukup terkenal di negara Arab dan Mediterranean.
Selain sedap dibuat sambal, goreng kunyit atau dimasuk dalam tomyam sotong juga enak dibuat masak lemak. Jika nak lebih sedap dan istimewa boleh cuba buat sotong masak lemak Padang.