Resipi Kek Marble Kampung Perisa Kopi, Sedap Buat Minum Petang

Share

Jom cuba buat Kek Marble Kampung berperisa kopi ni. Sangat sedap, mudah dan tidak menggunakan banyak bahan. Sedikit lain dari Kek Marble biasa kerana resipi ini menggunakan serbuk kopi sebagai penambah rasa.
Kek Marble Kampung begini sememangnya digemari ramai. Tak kira tua atau muda, semuanya menikmati dengan gembira. Tak muak langsung!
Bagi anda yang nak buat Kek Marble Kampung berperisa kopi ni untuk hidangan keluarga, cubalah resipi perkongsian saudari Norainon Misnor ni. Boleh abaikan penggunaan serbuk kopi jika nak buat Kek Marble tanpa perisa. Jom cuba!

CARA BUAT KEK MARBLE KAMPUNG BERPERISA KOPI

BAHAN-BAHAN:

1 cawan mentega – beli online disini
3/4 cawan gula kastor (boleh kurangkan kalau tak suka manis) – beli online disini
1 sudu besar ovellete – beli online disini
4 biji telur (gred A)
1 sudu kecil esen vanilla – beli online disini
2 sudu besar susu pekat manis – beli online disini
2 cawan tepung berserbuk penaik @ tepung kek (ayak terlebih dahulu) – beli online disini
1 sudu teh serbuk kopi 3 in 1(bancuh dengan sedikit air panas) – beli online disini
1 sudu makan serbuk koko – beli online disini
Emulco Coklat – boleh tambah jika warna kurang menyerlah –  beli online disini

CARA MEMASAK:
1.Putar mentega, gula dan ovellete hingga kembang @ putih.
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji.
3. Seterusnya masukkan esen vanilla dan susu pekat manis. Putar lagi hingga sebati.
Tutup mixer.
4. Masukk tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Kaup balikkan adunan hingga sebati.
5. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu bahagian biasa dan satu bahagian dimasukkan serbuk koko dan bancuhan kopi. Jika warna kurang menyerlah, tambah emulco coklat.
6. Masukkan adunan dalam loyang bulat saiz 7 secara berselang seli. Pastikan loyang dialas dengan baking paper dan disapu mentega.
7. Bakar kek pada suhu 150c selama 50 minit atau hingga masak. Masa mungkin berbeza bergantung pada oven masing-masing.

 

Kredit resipi & foto: Norainon Misnor

 

Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan pelbagai resipi terkini yang mudah & enak di laman web RASA

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

Published by
Nur