
Nak belajar buat Kek Marble? Ini ada resipi mudah dan sedap perkongsian saudari Eita EMi yang boleh dicuba. Memang tak renyah. Pendek kata, kalau anda baru nak berjinak-jinak dalam bidang baking ni, kek jenis ni antara yang mudah dicuba. Malah rasanya pun tidak mengecewakan. Jom cuba!
CARA MUDAH BUAT KEK MARBLE SEDAP
BAHAN-BAHAN:
- 2 cawan tepung gandum
- 1 cawan marjerin
- 1 cawan gula halus (empunya resipi guna 3/4 cawan)
- 1 sudu makan ovalette
- 1 sudu makan baking powder
- 1 penutup esen vanilla
- 2 sudu makan serbuk coklat @ serbuk koko
- 3 sudu makan susu pekat manis
- 4 biji telur
CARA MEMASAK:
1. Pukul marjerin, gula dan ovalette sampai putih dan kembang.
2. Kemudian masukkan telur satu sebiji demi sebiji, esen vanilla dan susu pekat manis. Pukul dalam 5 minit. Hentikan mixer.
3. Masukkan tepung gandum yang telah dicampur dengan baking powder. Kaup balikkan hingga rata.
4. Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu bahagian dibiarkan pada warna asal dan satu bahagian dicampur dengan serbuk coklat.
5. Sediakan loyang bersaiz 8 inci. Sapukan marjerin dan tuang adunan berselang seli sehingga habis. Diatas adunan, boleh tabur cip coklat (jika suka).
6. Bakar kek dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 170C selama 40 minit. Waktu membakar mungkin berbeza bergantung pada ketuhar masing-masing.
7. Setelah masak, sejukkan dan sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Eita EMi
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Cara Buat Ayam Goreng 65 Tanpa Pewarna. Rangup & Memikat Selera!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official:
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Biskut Kelapa Mudah & Sedap Untuk Raya Aidiladha

Biskut Kelapa ni memang sedap. Ia adalah salah satu jenis biskut raya lama yang jadi kegemaran ramai tidak mengira usia. Resipinya sangat mudah dan tidak menggunakan banyak bahan namun rasanya cukup sedap. Rangup, penuh rasa lemak kelapa bila dimakan. Jom cuba resipi perkongsian saudari Ziela Jamil ni. Sesuai dijadikan kudapan di Hari Raya Aidiladha nanti.
CARA MEMBUAT BISKUT KELAPA SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN:
1 cawan marjerin @ mentega – beli online disini
1 cawan gula aising – beli online disini
2 biji kuning telur
1/2 sudu teh pewarna kuning – beli online disini
2 cawan kelapa kering – beli online disini
1 cawan tepung gandum – beli online disini
3 cawan tepung jagung – beli online disini
BAHAN HIASAN:
Kuning telur
Kelapa kering
Ceri merah – beli online disini
CARA MEMASAK:
1.Satukan marjerin@mentega bersama gula aising. Adun hingga kembang.
2. Tambahkan kuning telur bersama pewarna kuning. Adun lagi hingga sebati.
3. Dalam bekas berasingan, satukan kelapa kering, tepung gandum dan juga tepung jagung. Sebatikan.
4. Masukkan campuran kelapa kering tadi ke dalam adunan yang dipukul. Masukkan sedikit demi sedikit sambil diadun.
5. Uli doh hingga sebati. Canai adunan doh dan terap menggunakan acuan berbentuk bunga. Susun atas dulang pembakar.
6. Sapu kuning telur pada biskut, tabur sedikit kelapa kering dan hiaskan dengan potongan ceri merah.
7. Panaskan ketuhar pada suhu 160C dan bakar biskut selama 25 minit atau hingga biskut masak. Masa mungkin berbeza mengikut jenis dan saiz ketuhar masing-masing.
Kredit resipi & foto: Ziela Jamil
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
https://www.rasa.my/koleksi-aneka-resipi-nasi-bersama-lauk-pauk-sedap-sempena-aidiladha/
Daging Kicap Paling Senang. Sesuai Untuk Yang Baru Belajar Masak
Resipi Rice Pancake Sedap Guna Lebihan Nasi. Hanya Guna 6 Bahan
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Resipi Soft Chocolate Chip Cookies Macam Kat Kedai Sandwich Tu, Memang Menjimatkan!

Isi Kandungan
ToggleSesiapa yang menggemari biskut lembut yang terjual di kedai sandwich popular tu boleh la mencuba resipi yang dikongsikan oleh Faizani. Bukan setakan ibu bapa, anak-anak paling suka bila dapat makan biskut ini. Rasanya sedap, lembut dan kenyal membuatkan biskut ini sering sold out walaupun harga agak mahal. Nak jimat bolehlah buat sendiri!
Soft Chocolate Chip Cookies
BAHAN-BAHAN:
- 250g tepung gandum
- 1 sudu teh soda bikarbonat
- 170g unsalted butter (saya suka guna salted, tak payah nak letak garam)-dicairkan
- 220g gula perang
- 100g gula putih
- 1 sudu teh vanilla
- 1 biji telur penuh
- 1 merah telur
- 335g semi sweet choc chips @ milk choc chips (boleh juga campur dua2)
- Secubit garam (tinggalkan jika guna salted butter)
CARA MEMASAK:





- Panaskan oven ke 165C atau bergantung kepasa oven masing2.
- Alas tray dgn parchment paper.
- Ayak tepung & soda dlm mangkuk. Ketepikan.
- Dlm mixer, putar butter yg dicairkan, gula perang & putih hingga sebati.
- Perlahankan mixer ke kelajuan sederhana. Masukkan telur penuh dan pukul lagi sehingga sebati baru dimasukkan kuning telur dan terus pukul sebati dlm 1 minit shj.
- Turunkan mixer ke kelajuan yg paling rendah. Masukkan bahan diayak sikit2 sehingga habis. Matikan mixer sebaik saja semua tepung dah sebati.
- Masukkan choc chips (boleh tambah kekacang spt almond atau hazelnut cincang yg dibakar)dan kacau dgn spatula. Lemah lembut saja…jgn kuat2, kerana gluten akan terbentuk. Nanti biskut tidak rapuh dan teksturnya akan jadi mcm brownie.
- Scoop ke dlm tray pembakar yg dialas kertas parchment. Pastikan ada ruang yg besar antara kedudukan biskut2. Sbb biskut akan mengembang.
- Bakar api atas bawah selama 8-10 minit bergantung oven masing2.
Pindahkan ke atas redai dan biar sejuk sebelum simpan dlm bekas kedap udara.
TIP PENTING:
- Saiz biskut bergantung anda. Saya gunakan scoop aiskrim yg agak besar sbb anak request nak biskut besar sama mcm kt Subway!
- Kalau nak buat double chocolate choc chip cookies, tambah 2/3 cawan serbuk koko.
- Bila dikeluarkan dr oven, biskut ini masih lembut. Jgn usik – biar di tray pembakar dlm 5-10 minit. Lepas tu, angkat guna sudip & letak atas redai. Biar benar2 sejuk sebelum simpan.
- Adunan ini dpt 16 keping biskut sebesar tapak tangan. Hari ini mama jimat rm31.20 .
**tak la jimat mana pun, tapi puas hati sbb guna pure butter & choc chip Hershey. Kalau yg jual pun guna bahan2 gini, mau rm5 1 pcs gamaknya.
- Kalau nak buat double choc chip cookie, tambah 2/3 cawan serbuk koko.
Kongsi resipi: Faiza Mohammed Asari
10 Menu Lazat Sempena Raya Gerenti Jadi Rebutan

Hari raya disambut dengan penuh kemeriahan. Kunjung mengunjungi sudah menjadi amalan kita bagi mengeratkan lagi silaturrahim. Pastinya hidangan yang enak mahu disajikan buat tetamu yang datang nanti.
Sesuai dengan tema Hari Raya, dikongsikan resipi enak menepati citarasa semua. Tambah lazat bila menu ini diolah menggunakan Mentega Anchor , Keju Perfect Italiano Mozzarella, Keju Perfect Italiano Perfect Bakes dan Keju Cheddar Chesdale
10 menu raya ini lazat dan menarik untuk dijadikan juadah hari raya. Tambah enak bila menggunakan Keju Perfect Italiano Perfect Bakes, Lasagna Serunding Ayam memberi rasa yang sempurna. Hidangan ini memang tidak jemu dimakan. Keju Perfect Italiano Perfect Bakes menggabungkan tiga jenis keju iaitu Mozzarella, Cheddar dan Parmesan. Keju ini memberi hasil kerak perang keemasan yang menyelerakan.
Tidak lengkap Raya tanpa Mentega Anchor, mentega tulen warna keemasan semulajadi dengan rasa berkrim dan kaya. Rahsia biskut sedap tentunya dengan menggunakan Mentega Anchor, 100% mentega tulen New Zealand dan diperbuat daripada susu berkualiti tinggi dari lembu yang diberi makan rumput segar. Hidangan biskut dan kek pasti enak menggunakan Mentega Anchor.
Menu yang menggunakan Keju Perfect Italiano Mozzarella enak rasa kerana ia menggunakan 100% keju asli dan memberi regangan sempurna. Keju ini berperisa lembut dengan cairan luar biasa. Taburan Keju Perfect Italiano Mozzarella pada Canai Lasagna Rendang Ayam menjadikan hidangan lebih ‘wow’ dengan regangan yang sempurna.
Croissant juga sedap bila ditambah serunding serta Keju Cheddar Chesdale. Gandingan yang cukup sempurna dan menyelerakan. Bukan sahaja berkhasiat, malah menyedapkan lagi rasa hidangan serta tinggi kalsium dan protein. Memang memikat selera.
Selamat mencuba!
1.LASAGNA SERUNDING AYAM
Bahan-bahan:
- 6-8 keping kepingan lasagna kering
- 150gram Keju Perfect Italiano Perfect Bakes
- Anchor Butter Unsalted secukupnya
Bahan-bahan B (serunding):
- 800gram daging – rebus & siat-siat halus
- 1 cawan santan
- ¼ cawan air asam jawa
- 1 sudu makan kerisek
- 1 keping gula melaka
- Garam secukupnya
Bahan-bahan C (kisar):
- 10 tangkai cili kering – cuci dan rebus
- 8 ulas bawang kecil
- 4 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 1 inci lengkuas
- 1 sudu makan ketumbar
- 1 sudu teh jintan manis
- 1 sudu teh jintan putih
Cara-cara:
- Untuk membuat serunding; Panaskan 2 sudu makan minyak di dalam kuali lalu tumis bahan-bahan C yang dikisar halus hingga wangi dan pecah minyak. Masukkan santan, daging siat, kerisek, gula melaka, air asam jawa dan garam secukupnya. Didihkan hingga semua bahan masak sempurna (kacau berterusan supaya tidak hangus), hingga agak sejat (tetapi jangan terlalu kering). Sejukkan sebentar.
- Sediakan mangkuk tahan panas, sapu dengan Anchor Butter Unsalted rata. Letakkan sesenduk serunding dan ratakan. Taburkan Keju Perfect Italiano Perfect Bakes secukupnya lalu letakkan 1-2 keping lasagna kering di atasnya.
- Ulangi proses hingga semua bahan habis. Tabur lebihan Keju Perfect Italiano Perfect Bakes di bahagian atas sekali. Tutup mangkuk dengan aluminium foil lalu bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 180-190C selama 25 minit.
- Buka penutup aluminium lalu tabur lagi Perfect Italiano Perfect Bakes diatasnya. Bakar semula selama 10 minit atau hingga keju keperang-perangan.
- Keluarkan dari oven dan taburkan Keju Perfect Italiano Parmesan ketika hidangan masih panas.
TIP: Selain Serunding Daging, boleh juga digantikan dengan serunding lain seperti Serunding Ayam atau Serunding Ikan.
2.GREEK BUTTER COOKIES
Bahan-bahan:
- 225gram Anchor Butter Salted – sejuk
- 75gram gula aising
- 380gram tepung gandum
- 150gram badam – cincang kasar, panggang & sejukkan
- 50gram serbuk badam
- 1 sudu makan rose water
- 1 sudu makan baking powder
- ½ sudu teh esen vanilla
Bahan-bahan lain:
- Gula aising secukupnya – untuk menyalut biskut
- Rose water – untuk di spray atas biskut
Cara-cara:
- Di dalam food processor, satukan Anchor Butter Salted sejuk bersama gula aising, rose water dan esen vanilla lalu kacau sebati.
- Masukkan tepung gandum, tepung badam, baking powder lalu kaup-balikkan.
- Tuang adunan ke dalam mangkuk besar. Masukkan cincangan badam panggang ke dalam adunan lalu gaul menggunakan tangan hingga menjadi doh.
- Ambil sedikit doh lalu bulat-bulatkan dan susun ke dalam dulang pembakar yang telah disapu mentega. Tekan bahagian tengah doh dengan jadi untuk membentuk sedikit lekuk. Rehatkan dulang berisi doh ini ke dalam peti sejuk selama 5 minit.
- Bakar biskut di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 170-180C selama 15-20 minit atau hingga keperang-perangan.
- Sejukkan biskut sebentar. Setelah sejuk spray kan rose water ke atas biskut lalu salutkan dengan gula aising secukupnya.
TIP: Sekiranya ada doh yang berlebihan, anda boleh simpan di dalam peti sejuk beku selama sebulan. Bila biskut dah habis, boleh terap doh dan bakar.
3.BISKUT EMPING JAGUNG RANGUP
Bahan-bahan:
- 225gram Anchor Butter Unsalted – suhu bilik
- 2 cawan cornflakes – ramas kasar
- 1 ¾ cawan tepung gandum
- ¾ cawan gula kastor
- ¼ cawan tepung jagung
- ½ sudu teh baking powder
- 1 biji kuning telur
Cara-cara:
- Di dalam mangkuk pengadun, satukan Anchor Butter Unsalted bersama gula kastor dan telur lalu gaul sebati (guna spatula kayu).
- Masukkan tepung gandum, tepung jagung, baking powder dan cornflakes. Kaup-balikkan sebati.
- Sediakan dulang pembakar yang telah disapu sedikit mentega. Letak sesudu adunan cornflakes dan ulangi proses hingga adunan habis.
- Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 170-180C selama 15-20 minit atau hingga keperang-perangan.
TIP:Selain dimakan untuk seisi keluarga, resipi ini juga boleh digunakan untuk memulakan perniagaan.
4.KEK MARBLE PANDAN
Bahan-bahan:
- 225gram Anchor Butter Salted – suhu bilik
- 230gram tepung gandum
- 220gram gula kastor
- 1 sudu makan pes pandan
- 1 sudu teh baking powder
- 1 sudu teh soda bikarbonat
- 1 sudu teh esen vanilla
- ½ sudu teh pewarna hijau
- 4 biji telur
- 50ml Susu UHT Full Cream Fernleaf
Cara-cara:
- Di dalam mangkuk, satukan tepung gandum, baking powder dan soda bikarbonat lalu ayak. Ketepikan.
- Di dalam mangkuk pengadun, satukan Anchor Butter Salted bersama gula kastor dan esen vanilla. Pukul hingga agak kembang.
- Masukkan telur satu persatu lalu pukul lagi hingga kembang.
- Masukkan campuran tepung, kaup-balikkan sebati.
- Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu bahagian dicampur dengan pes pandan dan pewarna hijau, kacau sebati. Manakala satu bahagian tak perlu dicampur pewarna.
- Sediakan loyang kek yang sesuai, sapu mentega secukupnya. Ambil sesenduk adunan yang tidak bewarna lalu ratakan dalam loyang. Ambil sesenduk adunan berwarna hijau lalu sendukkan atas adunan tidak berwarna tadi. Ulangi proses hingga adunan habis.
- Menggunakan lidi satay, lorekkan adunan mengikut kreativiti menjadi efek marble.
- Bakar kek dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 45-50 minit. Sejukkan dan keluarkan dari acuan.
TIP: Suhu ketuhar juga bergantung kepada ketuhar masing-masing. Jangan terlalu panas kerana kek boleh merekah.
5.CANAI LASAGNA RENDANG DAGING
Bahan-bahan:
- 8-10 keping roti canai segera
- 150gram Keju Perfect Italiano Mozzarella
- 150gram Keju Perfect Italiano Perfect Bakes
Bahan-bahan B (Rendang Daging):
- 800gram daging – potong kecil
- 1 cawan santan
- 8 tangkai cili kering – cuci dan rebus & kisar
- 6 biji cili padi – kisar
- 8 biji bawang merah – kisar
- 4 ulas bawang putih – kisar
- 2 sudu makan ketumbar – kisar
- 1 inci halia – kisar
- 1 inci lengkuas – kisar
- 2 batang serai – kisar
- 2 sudu makan kerisik
- 3 helai daun limau purut – siat-siat
- Garam dan gula perang secukup rasa
Cara-cara:
- Untuk membuat rendang; panaskan 2 sudu makan minyak dalam kuali lalu tumis bahan-bahan kisar hingga pecah minyak. Masukkan daging, santan, kerisek, daun limau purut lalu masak hingga semua bahan empuk. Tambah garam dan gula perang secukupnya. Sesuaikan rasanya. Sejukkan sebentar.
- Sediakan mangkuk tahan panas. Sapu Anchor Butter (Unsalted) secukupnya. Sendukkan rendang dalam mangkuk dan ratakan. Tabur Keju Perfect Italiano Mozzarella dan Keju Perfect Italiano Perfect Bakes secukupnya di atas rendang kemudian letakkan 1-2 keping roti canai segera.
- Ulangi proses hingga menjadi beberapa lapisan. Tabur bahagian atas sekali dengan Keju Perfect Italiano Perfect Bakes secukupnya. Tutup dengan aluminum foil lalu bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 180-190C selama 20-25 minit.
- Buka penutup aluminum foil, tabur lagi lebihan Keju Perfect Italiano Perfect Bakes secukupnya. Bakar semula selama 10 minit atau hingga keperang-perangan.
TIP: Ketika membakar,pastikan taburan keju tidak hangus kerana ia akan mengubah rasa hidangan.
6.BISKUT DAHLIA PANDAN
Bahan-bahan:
- 450gram Anchor Butter Unsalted – suhu bilik
- 450gram tepung jagung
- 170gram tepung kastard
- 140gram gula aising
- 70gram tepung gandum
- 2 biji kuning telur
- 1 sudu makan pes pandan
- 1 sudu teh pewarna hijau
- Ceri merah secukupnya – dadu kecil
Cara-cara:
- Di dalam mangkuk, satukan tepung jagung, tepung kastard dan tepung gandum lalu ayak.
- Satukan Anchor Butter Unsalted bersama gula aising, pes pandan dan pewarna hijau di dalam mangkuk pengadun lalu pukul sebati.
- Masukkan kuning telur satu persatu lalu pukul sebati.
- Masukkan campuran tepung dan kaup-balikkan sebati menjadi doh yang lembut.
- Masukkan doh ke dalam acuan dahlia lalu paipkan ke atas dulang pembakar yang telah disapu sedikit mentega. Hias dengan ceri merah di atasnya.
- Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 180-190C selama 20-23 minit.
TIP: Sekiranya adunan tepung menjadi keras,tambahkan mentega dan uli sehingga adunan menjadi lembut.
7.KEK BUTTER CHOCOLATE CHIP
Bahan-bahan:
- 225gram Anchor Butter Salted – suhu bilik
- 200gram tepung naik sendiri
- 200gram gula kastor
- 150gram Fernleaf Greek Style Yogurt
- 50gram coklat chip
- 4 biji telur
- 1 sudu teh baking powder
- 1 sudu teh esen vanilla
Bahan-bahan lain:
- 100gram Keju Perfect Italiano Parmesan – topping
Cara-cara:
- Satukan Anchor Butter Salted bersama gula kastor dan esen vanilla di dalam mangkuk pengadun lalu pukul hingga agak kembang.
- Masukkan telur sebii demi sebiji lalu pukul lagi hingga adunan agak ringan.
- Masukkan Fernleaf Greek Style Yogurt lalu pukul sebati.
- Masukkan tepung naik sendiri, baking powder dan coklat chip ke dalam adunan lalu kaup-balikkan sebati.
- Tuang adunan ke dalam loyang yang telah disapu sedikit mentega dan di alas dengan parchment paper dan ratakan.
- Tabur Keju Perfect Italiano Parmesan di atas adunan.
- Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 30 minit atau hingga kek masak sempurna.
TIP: Untuk memastikan sama ada kek masak atau belum, boleh cucuk menggunakan lidi. Sekiranya tiada apa yang melekat pada lidi, bermakna kek sudah masak.
8.BISKUT BUTTER KELAPA
Bahan-bahan:
- 225gram Anchor Butter Salted – suhu bilik
- 200gram gula kastor
- 2 cawan kelapa kering
- 250gram tepung ubi
- 150gram tepung gandum
- 30gram serbuk santan
- 1 biji telur
- 1 sudu teh esen vanilla
Cara-cara:
- Di dalam mangkuk pengadun, pukul Anchor Butter Salted bersama gula kastor dan esen vanilla hingga sebati.
- Masukkan telur lalu pukul lagi hingga sebati.
- Masukkan tepung gandum, tepung ubi, kelapa kering dan serbuk santan lalu kaup-balikkan sebati hingga menjadi doh.
- Canai dan terap doh mengikut cita rasa.
- Susun doh di dalam dulang pembakar yang telah disapu sedikit mentega.
- Bakar doh di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 170C selama 25 minit atau hingga biskut keperang-perangan.
TIP: Sekiranya anda mahu hiaskan biskut dengan cairan coklat, pastikan biskut dibakar dan disejukkan terlebih dahulu. Kemudian,masukkan coklat yang telah cair ke dalam piping bag dan potong muncung beg sahaja.
9.TART NANAS
Bahan-bahan A (doh):
- 550gram tepung gandum
- 150gram tepung jagung
- 550gram Anchor Butter Unsalted – suhu bilik
- 80gram gula kastor
- 1 tsp esen vanilla
- ½ sudu teh garam halus
Bahan-bahan B: (inti):
- 2 biji nanas medium – parut halus
- 4000gram gula
- 3 kuntum bunga cengkih
- 1 helai daun pandan – siat & simpul
Cara-cara:
- Untuk membuat inti; satukan semua bahan dalam kuali lalu masak dengan api yang kecil hingga semua bahan likat dan cecair sejat. Sejukkan dan ambil sedikit bulat-bulatkan.
- Untuk membuat doh; satukan Anchor Butter Unsalted, gula kastor dan esen vanilla di dalam mangkuk yang besar lalu kacau menggunakan senduk kayu hingga sebati. Masukkan tepung gandum dan tepung jagung lalu uli sebati hingga menjadi doh yang lembut. Tutup doh dengan cling wrap dan rehatkan 30 minit dalam peti sejuk.
- Keluarkan doh dan masukkan doh ke dalam acuan tart gulung lalu paipkan ke atas dulang pembakar yang telah disapu sedikit mentega.
- Letakkan sebiji bebola inti nanas tadi ke dalam doh lalu gulung. Kemaskan gulungan tart.
- Sapu bahagian atas tart dengan bancuhan kuning telur. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 180-190C selama 20-22 minit atau hingga tart kuning keperang-perangan.
TIP: Sekiranya doh masih agak keras,uli doh bersama soft butter sedikit demi sedikit sehingga doh senang untuk diterap.
10.CROISSANT INTI SERUNDING & KEJU
Bahan-bahan:
- 4 biji croissant
- 8 keping Keju Cheddar Chesdale
- 1 cawan serunding daging
- ½ cawan bawang goreng
Cara-cara:
- Belah croissant di bahagian tengahnya.
- Letak serunding secukupnya di dalam croissant.
- Letak 2 keping Keju Cheddar Chesdale di atas serunding lalu tutup croissant.
- Letakkan croissant berinti serunding dan Keju Cheddar Chesdale tadi di atas kuali non-stick yang telah disapu sedikit mentega.
- Panaskan croissant pada kedua-dua bahagian dan biarkan Keju Cheddar Chesdale sedikit cair/meleleh.
- Tabur bawang goreng dan lebihan serunding atas croissant dan hidangkan segera.
TIP: Anda boleh tukar inti serunding dengan inti telur atau tuna mayones jika suka.