Resipi Kek Marble Yang Sedap & Mudah

Share

Nak belajar buat Kek Marble? Ini ada resipi mudah dan sedap perkongsian saudari Eita EMi yang boleh dicuba. Memang tak renyah. Pendek kata, kalau anda baru nak berjinak-jinak dalam bidang baking ni, kek jenis ni antara yang mudah dicuba. Malah rasanya pun tidak mengecewakan. Jom cuba!

 

CARA MUDAH BUAT KEK MARBLE SEDAP

BAHAN-BAHAN:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan marjerin
  • 1 cawan gula halus (empunya resipi guna 3/4 cawan)
  • 1 sudu makan ovalette
  • 1 sudu makan baking powder
  • 1 penutup esen vanilla
  • 2 sudu makan serbuk coklat @ serbuk koko
  • 3 sudu makan susu pekat manis
  • 4 biji telur

CARA MEMASAK:

1. Pukul marjerin, gula dan ovalette sampai putih dan kembang.
2. Kemudian masukkan telur satu sebiji demi sebiji, esen vanilla dan susu pekat manis. Pukul dalam 5 minit. Hentikan mixer.
3. Masukkan tepung gandum yang telah dicampur dengan baking powder. Kaup balikkan hingga rata.
4. Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu bahagian dibiarkan pada warna asal dan satu bahagian dicampur dengan serbuk coklat.


5. Sediakan loyang bersaiz 8 inci. Sapukan marjerin dan tuang adunan berselang seli sehingga habis. Diatas adunan, boleh tabur cip coklat (jika suka).

6. Bakar kek dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 170C selama 40 minit. Waktu membakar mungkin berbeza bergantung pada ketuhar masing-masing.
7. Setelah masak, sejukkan dan sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Eita EMi

 

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official:

 

Published by
Naqiyatul Uzma