Anda suka makan Kek Marjerin kampung? Kek ni antara yang paling ringkas dan senang untuk dibuat. Tapi keenakannya, bau harum dan wangi, kalah kek yang mahal. Kalau dekat rumah anda ada marjerin, apa kata cuba resipi perkongsian saudari Norcashmoney Rozaidi ni. Pasti puas hati.
CARA MEMBUAT KEK MARJERIN KAMPUNG SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN:
1 ½ cawan marjerin – beli online disini
1 cawan susu pekat (nak manis boleh tambah lagi dalam ½ cawan) – beli online disini
1 sudu teh esen vanilla (ditambah. Ikut asal tak ada) – beli online disini
4 biji telur
2 cawan tepung naik sendiri – diayak – beli online disini
2 sudu makan serbuk koko – beli online disini
CARA MEMASAK:
1.Panaskan ketuhar pada suhu 170C selama 10 minit.
2. Sementara ketuhar dipanaskan, pukul marjerin dan susu hingga sebati.
3. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Pukul sekadar rata sahaja. Masukkan esen vanilla.
4. Kemudian masukkan tepung naik sendiri. Gaul sebati kemudian bahagikan adunan kepada dua bahagian.
5. Satu adunan dibiarkan pada warna asal dan satu adunan lagi diadun bersama serbuk koko hingga sebati.
6. Ambil loyang yang bersesuaian. Oles dengan marjerin dan boleh dialas dengan baking paper.
7. Tuang adunan ke dalam loyang secara berselang seli atau mengikut kreativiti masing-masing.
8. Bakar kek selama 45 minit atau hingga masa. Masa mungkin berbeza mengikut ketuhar masing-masing. Ubah ikut kesesuaian sendiri.
9. Kek Marjerin enak sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Norcashmoney Rozaidi
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
https://www.rasa.my/himpunan-30-resipi-menu-sahur-terbaik-sepanjang-bulan-ramadan/
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official