Kek mentega antara kek yang paling mudah dan senang untuk dihasilkan. Bagi anda yang baru berjinak-jinak dalam dunia pembuatan kek, boelh cuba resipi ini. Sangat mudah dan ringkas namun rasanya sangat sedap serta gebu! Memang puas hati.
BAHAN-BAHAN:
- 1 ¼ cawan teping gandum
- 1/4 cawan serbuk koko
- 1/2 sudu teh serbuk penaik
- 1/8 sudu teh baking soda
- 1/4 sudu teh garam
- 113gm mentega | dilembutkan
- 220gm gula kastor
- 2 biji telur gred A
- 120ml susu cair @susu segar
- 1 sudu teh esen vanilla
- 60gm coklat masakan | dicairkan
BACA NI:
CARA MEMASAK:
- Ayak tepung bersama serbuk penaikl dan soda bikarbonat. Ketepikan.
- Pukul mentega dan gula sehingga kembang. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Pukul hingga sebati.
- Masukkan esen vanilla dan coklat yang dicairkan tadi. Pukul lagi hingga semua bahan sekata.
- Kemudian masukkan tepung berselang seli dengan susu sehingga habis.
- Griskan loyang bersaiz 8 inci, Alaskan dengan kertas minyak. Tuang adunan.
- Bakar pada suhu 160C selama 40-45 minit atau sehingga kek masak. Sejukkan kek seketika.
BAHAN-BAHAN GANACHE:
- 200gm coklat gelap
- 230gm UHT Whipped Cream
- 1 sudu makan mentega
CARA MEMASAK:
- Panaskan semua bahan secara ‘double boiler’ hingga cair.
- Tuang diatas kek tadi mengikut kreativiti anda.
Info chef: Untuk rasa kek yang lebih enak, guna mentega tulen ( pure butter).
BOLEH CUBA: