Walau pun ada pelbagai pilihan resipi kek terbaru yang tersedia untuk dicuba tapi kebiasaannya selera kita tetap pada kek yang ringkas. Antaranya seperti kek minyak pandan kukus ini. Kek yang mudah dibuat ini memang tak jemu dimakan sebab itu sesuai sangat dijadikan hidangan keluarga.

Resipi kek minyak pandan kukus

Resipi Kek Minyak Pandan Kukus Yang Mudah Buat, Tak Jemu Makan

Bahan A
4 biji telur B
3/4 cawan gula pasir
1/2 cawan susu pekat
1 sb ovalate

Bahan B
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh sodabikarbonat

Bahan lain
1/2 cawan minyak masak
Esen vanilla
Pandan emulco

Cara membuat

1. Satukan bahan A dan putar hingga kembang.

2. Kemudian masukkan bahan B ke adunan tadi. Putar lagi hingga sebati.

3. Selepas itu masukkan minyak masak. Putar lagi hingga sebati.

4. Bahagikan adunan kepada dua bahagian.

5. Satu bekas masukkan esn vanilla dan kacau sebati. Satu lagi bekas masukkan pandan emelco. Kacau sebati.

6. Sediakan Loyang (saiz 8), tuang adunan berselang seli antara adunan vanilla dan pandan.

7. Kukus dalam 20 minit.

Resipi Kek Minyak Pandan Kukus Yang Mudah Buat, Tak Jemu Makan

Kredit resipi & foto: Nora Alhakim Nora

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI