Resipi Kek Minyak Pelangi, Kek Legend Dari Dulu Sampai Sekarang

Share

 

 

Kek minyak adalah salah satu kek yang tergolong dalam kek dulu-dulu. Kek jenis ini selalu dibuat ketika meraikan ramai tetamu misalnya ketika sambutan perayaan, majlis perkahwinan dan hari jadi. Nak buat pun ringkas sahaja. Jom try buat.

KEK MINYAK PELANGI

Bahan-bahan
2 cawan tepung kek (bukan tepung naik sendiri)
1 sudu teh baking powder
5 biji telur ayam grade A
3/4 cawan gula kastor
1 sudu teh garam
1 sudu besar ovalette
3/4 cawan susu pekat atau krimer manis
1 sudu besar vanilla paste / essence
1 cawan minyak jagung
Pewarna (oil base untuk warna yg cantik)

Cara membuat
1. Lenser loyang berukuran 8” dengan marjerin atau mentega.
2. Ayak tepung bersama baking powder, ketepikan.
3. Pukul telur bersama gula kastor, garam sehingga betul-betul kembang dan gebu. Pukul selama lebih kurang 20 minit dengan menggunakan mixer berkelajuan tinggi (kalau tak kembang kek tak akan naik dan gebu).
4. Masukkan ovalette dan susu pekat, vanilla paste. Mix lagi dalam 10 minit.
5. Masukkan minyak jagung dan kacau guna spatula sahaja.
6. Masukkan tepung dengan teknik kaup balikkan sahaja.
7. Apabila telah sebati, bahagikan adunan kepada 6 bahagian. Warnakan ikut warna yg digemari. Setiap satu bahagian adalah dalam 201 gram beratnya.
8. Lapiskan setiap warna 4 sudu besar dan lapisan akhir untuk setiap warna adalah 2 1/2 sudu besar sahaja.
9. Kalau nak buat motif batik di atas permukaan kek, boleh lorekkan menggunakan lidi ikut kreativiti masing-masing.
10. Bakar pada suhu 160°C selama 1 jam dengan api atas dan bawah.

Resipi oleh Alin Danial dari Telegram KakiMakan Channel

Published by
Maryam Elyas