
Resipi Kek Oren Mentega yang cukup istimewa. Teksturnya yang lembut dan gebu menjadikan kek ini sangat enak. Bau harum dan segar dari parutan kulit oren dan mentega yang sangat menyelerakan. Pastikan anda guna Anchor Unsalted Butter untuk mendapatkan kek yang lebih enak dan wangi. Langsung tak terasa muak. Percayalah, sekejap je mesti kek ini habis licin dimakan. Wajib cuba!
KEK OREN MENTEGA
Bahan-Bahan:
- 280gram tepung gandum – ayak
- 230gram Anchor – suhu bilik
- 120ml Fernleaf Susu UHT
- 180gram gula kastor
- 3 biji telur – gred A
- 2 sudu makan jus oren
- 1 sudu teh baking powder
- 2 sudu makan parutan kulit oren
- ¼ sudu teh garam halus
Cara Memasak:
- Di dalam mangkuk pengadun; pukul Anchor Unsalted Butter bersama gula kastor hingga kembang dan ringan.
- Masukkan telur satu persatu lalu pukul lagi hingga sebati. Masukkan jus oren dan parutan kulit oren.
- Masukkan tepung gandum, baking powder, garam dan Fernleaf Susu UHT lalu kacau adunan hingga sebati.
- Tuang adunan ke dalam acuan yang telah disapu sedikit mentega dan dialas dengan kertas parchment.
- Bakar adunan di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 170C selama 50-60 minit atau hingga kek masak. Sejukkan kek dan hias mengikut cita rasa.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Pasta Goreng Cili Padi Berkeju, Gabungan Rasa Pedas & Keju Yang Enak
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official:
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Ni Cara Buat Lemon Tart Meringue Dan Biscotti Paling Sedap. Dari Hotel Armada, PJ

Menu bakeri dan pasteri dari Hotel Armada PJ kali ini cukup istimewa. Dibuat khusus atas permintaaan majalah RASA. Chef Chong See Yee dan rakannya Chef Chin Yee Chia berjaya meneroka pastri baru.

Ni min kongsikan 2 daripada resipinya, Lemon Meringue Tart dan Pistachio Biscotti. Kalau tart rapuh dan lembut, bicotti sejenis biskut berasal dari Itali ni pulak garing dan ringan.
Cuba tengok 2 resipi, ni ringkas aje bahannya…
1. LEMON MERINGUE TART

BAHAN-BAHAN :
Bahan untuk kulit (sugar dough) :
- 125gm mentega
- 125gm gula
- 50gm telur
- 250gm tepung gandum
- 3gm garam
- 1gm esen vanila
Bahan untuk inti lemon :
- 220gm gula
- 200gm telur
- 1 biji lemon | diambil jusnya
- 260gm mentega
Bahan ‘topping’ meringue:
- 50gm telur putih
- 100gm gula halus
CARA MEMASAK :
Cara buat inti lemon :
1. Didihkan gula dan jus lemon, api perlahan dan kacau
2. Tuangkan larutan jus lemon yang mendidih tadi ke dalam telur. Biarkan sehingga menjadi pekat.
Cara buat meringue (topping):
3. Masukkan putih telur dengan gula ke dalam mangkuk, pukul sehingga adunan seakan-akan berkilat dan pastikan pukul telur putih dengan kecepatan sederhana dalam ‘mixing bowl’
Cara masak lemon meringue tart:
4. Campurkan tepung, gula mentega dan garam, gaulkan hingga sebati
5. Kemudian masukkan esen vanila dan telur dan adunkan sehingga menjadi doh.
6 .Masukkan ke dalam acuan tart, tekan dan ratakan doh dan di sekeliling acuan.
7. Panaskan oven dalam suhu 180 darjah celcius dan bakar dalam 15 minit.
8. Tuangkan inti lemon ke atas pai lalu hiaskan dengan meringue.
9. Siap untuk dihidangkan.
Saiz hidangan : 10 orang
Waktu memasak : 1 jam
Cara memasak : Bakar
Jenis masakan : Pencuci Mulut
Keistimewaan : Gabungan rasa masam dan manis yang enak
Info Chef : Bakar kulit tart tidak melebihi 15 minit. Pembuatan pastri tart dan inti yang sedap kunci kelazatan pai
2. PISTACHIO BISCOTTI

BAHAN-BAHAN:
- 3 biji telur
- 200gm tepung gandum
- 140gm gula
- 3gm tepung penaik
- 150gm kacang pistachio | panggang
CARA MEMASAK:
1. Masukkan tepung dan gula dan pukul sehingga rata.
2. Masukkan tepung dan pistachio, kacau hingga sebati. Masukkan ke dalam acuan.
3. Panaskan oven dalam suhu 160 darjah celcius dan bakar selama 30 minit
4. Biarkan sejuk seketika dan kemudian masukkan dalam peti sejuk selama 3 jam atau lebih.
5. Kemudian keluarkan, dan potong adunan nipis nipis
6. Panaskan oven dan bakar sekali lagi selama 15 minit pada suhu 150 darjah celcius, sehingga menjadi rangup.
7. Sejukkan seketika dan sedia untuk dihidangkan
Saiz hidangan : 10 orang
Waktu memasak : 1 jam
Cara memasak : Bakar selama dua kali
Jenis masakan : Biskut berasal dari Itali
Keistimewaan : Ringan dan rangup
Info Chef : Perkataan biscotti bermaksud dari perkataan Latin bermaksud dua kali bakar . Biskut ini teksturnya rangup kering dan ringan, sedap dimakan dengan mencicahnya dalam air kopi atau teh
TERIMA KASIH : Hotel Armada, Lot 6, Lorong Utara C, Section 52, Selangor Darul Ehsan,Petaling Jaya, Selangor . www.armada.com.my
Resipi Paling Mudah Untuk Buat Kek Marble Sedap.

Nak belajar buat Kek Marble? Ini ada resipi mudah dan sedap perkongsian saudari Eita EMi yang boleh dicuba. Memang tak renyah. Pendek kata, kalau anda baru nak berjinak-jinak dalam bidang baking ni, kek jenis ni antara yang mudah dicuba. Malah rasanya pun tidak mengecewakan. Jom cuba!
CARA MUDAH BUAT KEK MARBLE SEDAP

BAHAN-BAHAN:
- 2 cawan tepung gandum
- 1 cawan marjerin
- 1 cawan gula halus (empunya resipi guna 3/4 cawan)
- 1 sudu makan ovalette
- 1 sudu makan baking powder
- 1 penutup esen vanilla
- 2 sudu makan serbuk coklat @ serbuk koko
- 3 sudu makan susu pekat manis
- 4 biji telur
CARA MEMASAK:
1. Pukul marjerin, gula dan ovalette sampai putih dan kembang.
2. Kemudian masukkan telur satu sebiji demi sebiji, esen vanilla dan susu pekat manis. Pukul dalam 5 minit. Hentikan mixer.
3. Masukkan tepung gandum yang telah dicampur dengan baking powder. Kaup balikkan hingga rata.
4. Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu bahagian dibiarkan pada warna asal dan satu bahagian dicampur dengan serbuk coklat.
5. Sediakan loyang bersaiz 8 inci. Sapukan marjerin dan tuang adunan berselang seli sehingga habis. Diatas adunan, boleh tabur cip coklat (jika suka).
6. Bakar kek dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 170C selama 40 minit. Waktu membakar mungkin berbeza bergantung pada ketuhar masing-masing.
7. Setelah masak, sejukkan dan sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Eita EMi
Masak Kek Guna Air Fryer, Ini 10 Resipi Mudah Yang Boleh Dicuba

Bagi anda yang suka makan kek, seleksi kek homemade boleh masak guna Air Fryer ini antara yang patut dicuba. Sangat mudah, sedap dan dijamin menjadi. Sesuai dicuba pada bila-bila masa. Tidak perlu lagi ketuhar atau periuk kukus. Hanya menggunakan AF anda juga boleh membuat kek kegemaran dengan lebih senang. Berbaloi kan? Bukan setakat masak lauk, macam-macam boleh dihasilkan dengan gajet ini. Jom lihat resipi-resipi mudah yang anda boleh cuba.
1. KEK PANDAN SANTAN GEBU

BAHAN A:
4 biji telur
1 sudu makan ovalette – beli online disini
1 cawan gula – boleh kurangkan
4 sudu makan susu pekat manis – beli online disini
(semua bahan dikisar @ diblender hingga gebu)
BAHAN B:
2 cawan tepung gandum – ayak – beli online disini
1 sudu makan soda bikarbonat – ayak – beli online disini
1 cawan santan kotak kara (200ml) – beli online disini
1 cawan air kisaran pandan ( kisar 3-5 helai daun pandan)
CARA MEMASAK:
1.Masukkan bahan B ke dalam bahan A. Kacau dengan senduk hingga sebati. 2. 2. Tuang ke dalam loyang bersesuaian dan bakar dalam AF dengan suhu 160c selama 45 minit atau sehingga masak.
3. Kek Pandan Santan moist sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Hamizah Zakaria
2. KEK OREN

BAHAN A (BLEND HINGGA KEMBANG):
1/2 biji oren (kupas kulit)
1 cawan minyak masak
1 cawan gula (boleh kurangkan kalau tak suka manis)
2 biji telur
BAHAN B (AYAK):
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil serbuk penaik
CARA MEMASAK:
1.Campurkan bahan A dan bahan B hingga sebati.
2. Tuang dalam bekas atau loyang bersesuaian yang telah disapu minyak @marjerin.

3. Bakar dalam air fryer pada suhu 150C selama 30 minit.

Kredit resipi & foto: Siti Norfifi Fatihah
3. KEK MILO COKLAT

BAHAN-BAHAN:
1 cawan milo – beli online disini
2 cawan serbuk coklat – beli online disini
2 sudu besar minyak jagung @ minyak masak lain pun boleh
3 sudu besar tepung naik sendiri – beli online disini
3 biji telur gred B
2 sudu besar susu pekat
1 sudu kecil esen vanilla – beli online disini
Sedikit almond slice atau chocolate rice
Sirap coklat
CARA MEMASAK:
1.Adun semua bahan-bahan diatas (kecuali sirap coklat) menggunakan mixer hingga sebati dan gebu. Empunya resipi guna hand mixer sahaja.
2. Tuang adunan ke dalam loyang yang telah dilapik dengan baking paper.
3. Tabur almond slice di atas adunan kek.
4. Kek akan dibakar menggunakan 2 suhu menggunakan air fryer mengikut kesesuaian AF masing.
5. Bakar kek pada suhu 120c selama 30 minit. Kemudian ubah kepada 160c dan bakar lagi selama 20 minit.
6. Bila kek telah sejuk, boleh siramkan dengan sirap coklat mengikut selera masing-masing.

Kredit resipi & foto: Noor Hafizah binti Taib
4. KEK COKLAT

BAHAN-BAHAN:
2 biji telur
1 cawan susu pekat – beli online disini
1 cawan minyak masak
1 cawan susu cair – beli online disini
1 cawan koko – beli online disini
1 1/2 cawan tepung gandum – ayak
1 sudu teh baking powder – ayak
1 sudu teh soda bikarbonat – ayak
CARA MEMASAK:
1.Pukul @ kisar telur, susu pekat manis, minyak masak dan susu cair selama 2-3 minit.
2. Kemudian masukkan serbuk koko. Ksiar lagi hingga sebati.
3. Tuang bahan kisaran ke dalam bekas. Masukkan tepung gandum yang telah diayak bersama baking powder dan soda bikarbonat. Kacau sebati.
4. Ambil loyang yang muat dengan AF. Lapik dengan baking paper dan tuang adunan kek tadi.
5. Bakar pada suhu 160c selama 35 – 40 minit atau hingga kek masak.
6. Sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Nutsdieyaa Ernie
5. BROWNIES CAKE 3 BAHAN

BAHAN-BAHAN:
1 cawan serbuk Milo/coklat malt – beli online disini
2 sudu makan susu pekat manis
2 biji telur
BAHAN HIASAN:
Coklat cip – beli online disini
Marshmallow – beli online disini
Kacang badam jika ada
CARA MEMASAK:
1.Gaul rata kesemua bahan-bahan diatas dan adun hingga sebati.
2. Masukkan ke dalam loyang yang telah dialas dan bakar menggunakan AF pada suhu 180c selama 15 minit.

3. Bila kek sudah masak, angkat, sejukkan dan hias mengikut kreativiti masing-masing.

Kredit resipi & foto: Diba Diana Norjan
6. BURN CHEESECAKE

BAHAN-BAHAN:
250gm cream cheese
1/2 cawan gula
3 biji telur
125gm whiping cream
2 sudu makan tepung gandum
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar jus lemon
CARA MEMASAK:
1.Masukkan semua bahan ke dalam pengisar @ blender, kisar hingga sebati dan lembut.
2. Sediakan loyang, alas dengan baking paper dan tuang adunan yang dikisar tadi.
3. Bakar pada suhu 180c selama 25 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 160c dan bakar selama 15 minit.
4. Setelah siap, biarkan kek selama 15 minit di dalam air fryer.
5. Burnt Cheesecake siap disediakan. Sejukkan terlebih dahulu sebelum dinikmati.

Kredit resipi & foto: Suzana Sha’em
7. KEK GEBU VERSI AIR FRYER

BAHAN-BAHAN:
2 biji telur – asingkan putih & kuning
5 sudu besar gula
1 cawan tepung gandum
1 sudu besar ovalette – beli online disini
1 sudu kecil esen vanilla
2 cubit soda bikarbonat
2 cubit baking powder – beli online disini
2 sudu besar susu pekat – beli online disini
3 sudu besar susu cair – beli online disini
2 sudu besar minyak
1 sudu besar cuka – beli online disini
CARA MEMASAK:
1.Pukul putih telur guna mixer sampai kembang dan licin. Masukkan gula. Pukul lagi sampai gula hancur.
2. Masukkan ovallette diikuti dengan cuka. Adun sampai bertanduk.
3. Masukkan esen vanilla. Adun lagi.
4. Masukkan kuning telur. Kacau guna senduk.
5. Ayak tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder ke dalam adunan tadi. Kacau guna kaedah balik kaup.
6. Campurkan minyak, susu pekat, susu cair dalam cawan. Kacau sehingga rata. Masukkan dalam adunan.
7. Kacau guna kaedah balik kaup lagi sampai semua sebati.
8. Lapik baking paper dalam loyang sebelum tuang adunan kek. Jika tiada baking paper, sapu minyak sekeliling loyang.
9. Guna pewarna kalau nak buat corak diatas kek.
10. Panaskan AF pada suhu 180c selama 5 minit sebelum masukkan adunan kek.
11. Bakar dalam Af pada suhu 180c selama 19 minit.
12. Kek siap untuk dihidangkan.

Kredit resipi & foto: Cik Nurul
8. SANTAN PANDAN BURNT CHEESECAKE

BAHAN-BAHAN:
250gm cream cheese
3 biji telur gred B
5 sudu makan gula halus
2 sudu makan tepung gandum – boleh ganti guna tepung kek
125ml santan kotak – beli online disini
1/2 sudu teh esen pandan – beli online disini
9 titik pewarna epal hijau – beli online disini
CARA MEMASAK:
1.Satukan semua bahan dalam pengisar. Kisar hingga sebati dan halus.
2. Ambil acuan 6 inci yang muat dengan AF. Alas dengan parchment paper/baking paper.
3. Panaskan air fryer selama 5 minit pada suhu 180C.
4. Bakar kek selama 25 – 30 minit pada suhu 180C.
5. Masukkan ke dalam peti sejuk selama 1 jam sebelum dipotong dan dinikmati.

Kredit resipi & foto: Zulaiha Abdul Rahman
9. KEK PISANG AIR FRYER

BAHAN A (DICAMPUR & DIAYAK):
2 cawan tepung gandum – beli online disini
1 sudu teh baking powder – beli online disini
1 sudu teh soda bikarbonat – beli online disini
BAHAN B (KISAR SEBATI):
6-8 biji p – potong kecil
1 cawan minyak jagung – beli online disini
1 cawan gula (kurangkan jika suka kurang manis)
3 biji telur
CARA MEMASAK:
1.Satukan bahan-bahan A. Ayak bersama.
2. Satukan bahan-bahan B. Kisar hingga sebati.
3. Masukkan tepung yang diayak tadi ke dalam bekas besar.
4. Tuangkan bahan B yang dikisar. Kaup balikkan hingga sebati.
5. Ambil loyang yang muat Af dan sapu mentega disekeliling loyang.
6. Masukkan adunan kek.
7. Panaskan AF pada suhu 160c selama 5 minit.
8. Masukkan loyang ke dalam AF dan bakar pada suhu 175C selama 20-25 minit atau sehingga kek masak.

Kredit resipi & foto: Jamaliah Razali
10. KEK OREO 2 BAHAN

BAHAN-BAHAN:
2 paket oreo – beli online disini
200ml susu coklat
CARA MEMASAK:
1.Kisar susu bersama oreo. Bsikut tidak perlu dibuang krimnya.
2. Setelah halus, tuang bahan kisaran ke dalam loyang bersesuaian atau cawan kertas dan bakar dalam AF.
3. Jika suka, boleh letak cip coklat pada adunan kek.
4. Bakar pada suhu 180C selama 15 minit. Masa mungkin berbeza mengkut AF masing-masing.

Kredit resipi & foto: Nadia Iman
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Sedap & Mudah. Resipi Pengat Bebola Durian Best Untuk Minum Petang
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

