Ada sesiapa yang teringin nak makan kek pandan gula melaka? Sedap buat untuk minum petang. Kalau nak beli boleh tahan juga mahalnya. Jadi jomlah kita buat sendiri. Hasil air tangan sendiri ni biasanya sedap. Betul tak??
Cara membuat: 1.Campurkan bahan 1 dan 2. Adun sampai putih pucat. Adunan akan menjadi 2 kali ganda. 2.Masukkan butter yang dicairkan. Kacau guna senduk je bagi rata. 3.Boleh bakar api atas bawah suhu 160 bakar selama 50 minit hingga sejam ikut oven masing-masing.
Untuk cream Bahan-bahan:
4 biji putih telur
3/4 cawan gula kasar
1 penutup esen pandan
1/4 cawan serbuk santan
300 gram butter
Cara membuat: 1.Campurkan telur dan gula masak guna kaedah double boil hingga gula hancur. 2.Bila gula dah hancur terus masukkan dalam mixer. Adun sampai adunan bertanduk. 3.Masukkan butter ,esen pandan dan serbuk santan mixer sampai sebati dan licin. 4.Boleh lah deco atas kek.
Ads
Untuk gula melaka 50gram gula melaka 1 sudu gula merah serbuk 1 sudu gula kastor 2 helai daun pandan 1/2 cawan air
Cara membuat:
1.Campur semua dan masak bagi sederhana pekat,tabur atas kek selepas deco.
Haa kalau nampak bungkusan putih dalam kuah sup jangan dibuang pulak. Ni bukan barang santau atau ‘black magic’, hehehe.
Sup bunjut tulah jadi ‘killer’ rasa sup yang sedap melampau tu. Benda boleh jimat, kita jimat ajelah. Ada juga orang buat sup tak guna sup bunjut. Cuma letak rempah empat sekawan gitu aje.
Bagi pemilik resipi Nana Ismail, ‘feeling’ sup kurang menyengat kalau takde sup bunjut ni. Ok lah ini dia ramuannya, buat sendiri lagi segar lagi jimat. Inilah ramuan yang dibuat sendiri, barulah betul-betul homemade kuah sup tu.
SUP BUNJUT
.
BAHAN-BAHAN ( UNTUK 1 BUNJUT):
.
1 sudu teh ketumbar biji
2 ruas bunga lawang
Secubit jintan manis
2-3 kuntum bunga cengkih
Tak sampai ½ inci kulit kayu manis
5-6 biji lada hitam
2 inci persegi kain putih (kain kasa jarang)
.
CARA-CARA MEMBUAT: 1. Kayu manis dan bunga lawang dipatahkan serta diketuk lebih kecik. 2. Bahan yang lain tumbuk kasar je sebab nak naikkan aroma menyengat tu. 3. Bentangkan kain putih yang siap dipotong 4. Tuang semua ramuan dan diikat kemas dengan benang putih. 5. SIAP!
Dalam episod ke-9 Rasa Nostalgia Ramadan hari ini menyaksikan gelagat Ifa Raziah dan anaknya, Syakir Aqili serta Azlee Senario sebagai jemputan. Memang meriah suasana dapur dengan aksi Ifa Raziah dan Azlee. Ifa Raziah dibantu oleh Azlee dan Syakir Aqili untuk menyiapkan juadah berbuka puasa.
Asam Laksa yang dimasak oleh Ifa Raziah sememangnya menjadi kegemaran ramai. Bila sekali dah rasa, boleh termimpi-mimpi dibuatnya. Tak boleh buat hari-hari, nanti orang curi resipi katanya dalam nada bergurau.
Pek Nga pula merupakan kegemaran Syakir Aqili. Nak buat Pek Nga ni sangatlah mudah. Bahan yang digunakan juga ringkas je. Tapi anda tahu ke maksud Pek Nga? Haaa Pek Nga merupakan singkatan bagi ‘tempek-tempek atas belanga’.
Jadi, bolehlah cuba kedua-dua resipi ini untuk berbuka puasa. Selamat mencuba!
ASAM LAKSA
BAHAN-BAHAN:
2kg ikan sardin | direbus, dibuang tulang dan dikisar
2 tin sardin (besar)
4 ulas bawang putih | dikisar
8 biji bawang merah |dikisar
½ inci halia | dikisar
½ inci lengkuas | dikisar
2 batang serai | dikisar
Cili kering | dikisar
4 batang cili besar
Seikat daun kesum
2 batang bunga kantan
2 inci belacan
10 keping asam keping
3 sudu makan asam jawa
Garam secukupnya
Gula secukupnya
Petis otak udang
BAHAN HIASAN:
Mi laksa (Laksa Basah)
Timun
Bawang besar
Nanas
Salad
Lobak asin
Bunga kantan
Daun pudina
Cili padi
Telur rebus
CARA MEMASAK:
Rebus ikan sardin di dalam periuk. Bila ikan sudah masak, buang tulang ikan dan kisar.
Kisar bawang merah, bawang putih, lengkuas, serai dan cili kering.
Masukkan bahan kisar tadi ke dalam periuk. Tambahkan segelas air. Kacau sebati hingga mendidih.
Kemudian, masukkan ikan sardin yang telah dikisar tadi. Kacau hingga mendidih.
Masukkan asam keping, air asam jawa, bunga kantan, daun kesum dan cili besar. Masak hingga mendidih dan kuah menjadi pekat.
Tambahkan garam dan gula secukupnya mengikut citarasa anda.
Masukkan ikan sardin dalam tin ke dalam periuk. Kacau lagi hingga ikan masak.
Siap dan sedia untuk dimakan. Jangan lupa celur dahulu laksa sebelum makan.
PEK NGA
BAHAN-BAHAN:
1 cawan tepung gandum
1 ½ biji kelapa parut | bahagian putih sahaja
½ sudu teh garam
3 sudu teh gula
Marjerin
1 ¼ cawan air
CARA MEMASAK:
Masukkan tepung gandum dan kelapa parut ke dalam mangkuk.
Masukkan air sedikit demi sedikit dan gaulkan hingga sebati mengikut kepekatan adunan yang dikehendaki.
Kemudian, masukkan garam dan gula.
Panaskan kuali. Sapukan marjerin pada kuali dan tuangkan adunan tadi. Saiz dan bentuk terpulang pada kreativiti masing-masing.
Bila sudah masak, angkat dan sedia untuk dinikmati.
Memasak dan Menyediakan Minuman Berbuka Dari LG PuriCare™
Setiap hari menyediakan sajian berbuka mahu pun bersahur, pastikan kita menggunakan air yang benar-benar bersih. Penggunaan air yang tidak bersih sangat mudah memberi risiko kesihatan kepada keluarga apa lagi setelah seharian berpuasa.
Penulen Air Tanpa Tangki LG PuriCare™ 4-WARD menyediakan air bersih yang segar untuk anda seisi keluarga. Jadi tidak perlu lagi tangki simpanan air di mana mikroorganisma yang berpotensi berbahaya dan dapat mengelakkan air direbus berulang-ulang bila mahu membuat minuman panas.
Saiznya yang tidak terlalu besar bukan sahaja tidak memakai ruang yang banyak, ia juga mudah dipasang. Muncungnya yang boleh bergerak ke atas dan bawah serta ke kiri dan kanan ini mempercepatkan lagi pergerakan tugas anda di dapur terutama kala mahu mudah memasak hidangan berbuka atau bersahur.
Anak-anak yang besar juga boleh diminta membantu menyediakan air minuman sejuk atau panas tanpa perlu menambah ais atau tanpa menghidupkan api gas untuk memasak air. Inilah kelebihan Penulen Air Tanpa Tangki LG PuriCare™ 4-WARD yang memberikan ia banyak keistimewaan. Nak tahu info lebih lanjut mengenai promosi Raya LG PuriCare™️, lawati laman webnya sekarang! (https://www.lg.com/my/promotions/lg-puriCare-raya-promo-dst)
TONTON RASA NOSTALGIA RAMADAN SEPANJANG BULAN RAMADAN INI
Rasa Nostalgia Ramadan Musim Ketiga kembali memeriahkan suasana di sepanjang bulan Ramadan ini.
Menampilkan 23 orang selebriti terkenal tanah air yang akan berkongsi resipi-resipi nostalgia yang dimasak bersama orang tersayang, rakan baik atau keluarga terdekat, pastikan sangat mengujakan. Maklumlah aksi begini jarang dikongsi kepada umum. Memang mengujakan!
Jadi jangan lupa tonton rancangan ini setiap Isnin hingga Jumaat bermula 12 April 2021 pada jam 7 malam di Astro Prima.
Bila balik kampung makan lauk ikan masak sambal yang disediakan ibu. Rasanya memang sedap sungguh, berbeza sangat dengan hasil masakan kita. Hairannya kita masak menggunakan cara yang sama.
Tak dinafikan cara orang tua memasak memang cermat, itu sebab hasilnya sedap. Salah satu cara yang dipraktikkan adalah sambal ditumis berulang kali. Memang mengambil masa tapi hasil sambal akan jadi lebih sedap. Tip inilah yang dikongsi oleh Ben Safwan.
Tip buat sambal ikan sedap macam mak masak
Bahan-bahan
Ikan selar (perap dengan bawang putih, garam dan sedikit serbuk kunyit)
2 senduk bawang kisar cair
Sedikit halia yang ditumbuk
2 senduk cili kisar
1 keping asam gelugor
3cm gula melaka
Garam
Gula
Hirisan bawang
Cara membuat
1. Goreng dulu ikan 3/4 masak dengan perap bahan tumbuk bawang putih, garam dan kunyit serbuk. Ketepikan.
2. Panaskan minyak dan masukkan 2 senduk bawang kisar cair serta lebih kurang 1 cm x 1cm halia tumbuk. Tumis sampai pecah minyak dan barulah tambah 2 senduk cili kisar. Tumis lagi.
3. Dah pecah minyak 2-3 kali, tambah masuk 1 keping asam gelugor dan 3×3 cm nisse/gula melaka.
4. Biarkan sambal masak sambil pecah minyak berulang kali pada api kecil. Boleh keluarkan lebihan minyak, asam keping pada masa ini untuk elakkan rasa masam berlebihan. Kemudian perasakan dengan garam/gula. Jangan terlalu masin sebab ikan sudah digaram.
5. Kemudian barulah masuk isi ikan yang dah digoreng bersama hirisan bawang. Masak sampai bawang layu dan rasa sesuai ikut tekak. Sesuaikan rasa buat kali terakhir jika perlu.
Senang. Tapi hasil dia sangat sedap sebab kita masak ikut tertibnya.
TIP
Pastikan sewaktu menumis guna minyak yang banyak. Jangan risau, boleh keluarkan nanti bila siap memasak. Tumis asing bawang kisar dan halia tumbuk sikit sampai pecah minyak dan baru letak cili kisar homemade.
Letak asam keping dan gula melaka/nisse dan biarkan lagi sambal pecah minyak masak berulang kali.
Paling penting sambal kena masak elok menggunakan api yang kecil.
Selepas masukkan ikan, boleh perasakan dengan garam gula secukupnya. Tak perlu gunakan sebarang sos.