
Nak buat kek tak perlu fikir kek yang susah-susah. Cuba buat dulu kek yang mudah tapi sedap. Jom kita cuba buat kek pandan ni dulu. Nanti kalau dah pandai, boleh try buat kek yang lebih rumit dan perlukan kemahiran lebih tinggi. Joms!
KEK PANDAN

Bahan Kisar
• 4 biji telur
• 1/2 cawan gula
• 1/2 cawan susu pekat
• 1 sudu kecil ovalette
• Secubit garam
• 1 sudu kecil esen vanila
• 2-3 titik esen pandan
• 1 sudu kecil pewarna hijau
Bahan Lain
• 2 cawan tepung naik sendiri
• 1/2 cawan serbuk santan
• 1/2 cawan minyak jagung
Cara membuat
1. Kisarkan Bahan Kisar sehingga kembang dan tuang dalam bekas.
2. Masukkan tepung naik sendiri dan santan serbuk. Kacau sebati.
3. Akhir sekali masukkan minyak jagung. Kacau sekejap.
4. Bakar pada suhu 160°C api atas bawah lebih kurang 50 minit, bergantung pada oven masing-masing.
Resipi oleh Ismariyam Ali dari Telegram KakiMakan
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Kek Batik Molek Kejadian, Sempurna Rasa Memang Sekejap Je Licin

Kek Batik ni sememangnya menjadi kegemaran sesiapa jua. Bila minum petang dihidangkan dengan kek batik ini gerenti sepinggan licin. Boleh cuba resipi Kek Batik (Eggless) versi Jejaka Brownie . Dia kongsi sukatan bahan dalam gram supaya tak pening bahan terlebih atau terkurang. Kek ni satu family boleh nikmati, sebab banyak.
KEK BATIK
Bahan-bahan:
500gm butter
500gm susu pekat manis
390gm susu fullcream(Cecair)
200gm milo
100gm serbuk koko
1kg Biskut Marie (patahkan 4)
Nestum untuk taburan (Optional)
Cara membuat:
1. Panaskan kuali api sederhana. Masukkan butter dan biarkan hingga cair.
2. Setelah butter cair masukkan susu pekat dan susu cair. Kacau dalam 5 minit.
3. Selepas itu baru masukkan Milo dan serbuk koko. Kacau menggunakan whisk supaya tidak berketul. Masak hingga adunan menggelegak dan sedikit likat. Matikan api. Masukkan Biskut Marie tadi dan gaul sehingga kesemua biskut tersalut rata.
4. Ambil acuan/bekas yang sesuai lapiskan baking paper. Masukkan kek batik dan tekan.Tekan sikit supaya biskut mampat. Ketebalan kek ikut suka anda.
5. Setelah siap masukkan dalam acuan letak didalam peti sejuk dalam 3 – 4 jam. Atau kalau nak cepat letak dalam freezer dalam 2 jam lebih. Potong ikut kesesuaian. Taburkan nestum dan bolehlah hidangkan.
Kredit : Jejaka Brownie
Nampak Sama Tapi Berbeza, Ketahui Cara & Fungsi Setiap Hiasan Kek Ini
Rasa: Ketuhar Kuali Episod Terakhir, Dengan 3 Lagi Resipi Moden & Tradisi.

Gandingan Aunty Aini dengan instafamous Adam Didam memang hebat. Gabungan ilmu memasak ibarat ibu dan anak ni menampilkan lagi 3 resipi,moden dan tradisi khas untuk penonton RASA : Ketuhar Kuali.

Siri ke 13 dan episod terakhir minggu ini Aunty Aini dan Adam Didam berkongsi resipi Pizza Sosej Bersama Basil,, Sambal Tumis Kupang Bersama Petai dan Jejari Roti Bersama Sos Beri, cuba lah memang betul-betul sedap.

1.PIZZA SOSEJ BERSAMA BASIL

BAHAN-BAHAN :
- 2 sudu teh yis
- 300ml air suam
- 1/2 sudu teh gula
- 450gm tepung serba guna
- 1 sudu teh garam garam
- 3 sudu makan minyak zaitun Zaitun Extra Virgin
Bahan topping :
- 1 tin tomato cincang
- Garam secukup rasa
- Serbuk lada hitam secukup rasa
- Bawang Putih
- Keju Mozarela secukupnya
- Keju Parmesan secukupnya
- Sosej secukupnya
- ½ sudu teh minyak zaitun Extra Virgin
- Daun Basil
CARA MEMASAK :
1. Campurkan tepung dengan yis segera, gula, dan gaul rata.
2. Masukkan bahan kering dalam mesin penguli, buat lubang di tengah-tengah dan masukkan air dan minyak zaitun.
3. Mesinkan hingga doh tidak melekat.
4. Taburkan sedikit tepung gandum dan uli doh.
5. Bentukkan bulat besar dan rehatkan doh selama 40minit.
6. Setelah selesai, buatkan bentuk buat dan leperkan diatas kertas pembakar.
7. Tekan 3cm dari hujung doh untuk menghasilkan kerak pizza.
8. Untuk sos, gunakan tomato cincang dan campurkan dengan bawang putih yang telah dicincang, garam, dan serbuk lada hitam.
9. Sapu sos pada permukaan pizza dan taburkan isi pizza seperti sosej, keju Mozarela dan Keju Parmesan.
10. Sapu minyak zaitun ditepi kerak pizza.
11. Panaskan dulang pizza sebelum meletakkan pizza.
12. Letak pizza, bakar selama 15minit pada suhu 200’C.
13. Keluarkan pizza setelah siap, dan taburkan daun basil.
14. Siap untuk dihidang.
2. SAMBAL TUMIS KUPANG BERSAMA PETAI

BAHAN-BAHAN :
- 400gm gm kupang
- 25 tangkai cili kering | direbus
- 1 labu bawang putih
- 5 biji bawang merah
- 1 biji bawang besar | dihiris
- 2.5 sm belacan
- Garam secukupnya
- Sedikit air asam jawa
- Petai secukupnya | ikut suka
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak.
2. Kisar bawang merah, cili kering, belacan, dan bawang putih bersama sedikit air.
3. Tumis bahan kisar dan masukkan sedikit air.
4. Apabila kering, masukkan sedikit air asam jawa.
5. Tambahkan petai kedalam masakan dan perasakan dengan garam.
6. Masukkan bawang besar yang dihiris.
7. Masukkan kupang dan gaul hingga sebati.
8. Siap untuk dihidang.
3. JEJARI ROTI BERSAMA SOS BERI

BAHAN-BAHAN :
- 4 sudu besar Air
- 180ml susu segar
- 60gm mentega
- ¼ sudu tehl Garam
- 200gm tepung serba guna
- 1 sudu teh serbuk penaik
- 3 biji telur
- 1 cawan gula
- Minyak secukunya
- Campuran Beri Segar | secukupnya (Strawberi, Beri Biru, Ceri, Rapsberi)
- ½ sudu teh esen vanila
- 2 sudu besar madu
CARA MEMASAK :
1. Panaskan susu, air, garam dan mentega. Kacau hingga cair sebati.
2. Ayakkan tepung dan serbuk penaik.
3. Masukkan susu yang sudah berada dalam suhu bilik kedalam tepung dan gaul rata.
4. Pukul telur hingga kembang dan curahkan kedalam barter perlahan-lahan sambil mengacau adunan.
5. Masukkan adunan kedalam beg paip, dan panaskan minyak untuk menggoreng.
6. Paipkan adunan dalam minyak panas dan gunting unuk putuskan adunan.
7. Toskan jejari apabila sudah kuning keemasan.
8. Untuk sos beri, potong buah beri segar menjadi saiz kecil.
9. Masukkan beri kedalam periuk dan masakkan beri bersama gula, esen vanila dan madu.
10. Masak beri sehingga lembik dan hancurkan.
11. Siap untuk dihidang.

Cara Buat Putu Kacang Hijau @ Koya. Kuih ‘Legend’ Ni Guna Dua Bahan Aje .

Kuih putu kacang hijau atau biasa dikenali sebagai kuih koya memang teramat legend. Kuih warisan tradisi zaman berzaman ni bahan-bahannya paling ekonomi dan jimat hanya dua aje bahan ramuannya. Sesuai dihidang di Hari Raya, di kalangan anak muda mungkin kurang mengenali kuih tradisional ini.

Menurut catatan saranur74.blogspot.com resipi kuih ni paling ringkas bahannya iaitu berasaskan kacang hijau dan gula . Tapi yang renyahnya cara nak menyediakannya. Kalau nak mudah boleh aje beli kacang hijau yang telah dibuang kulitnya. Cuma perlu rendam, tos dan kemudian disangai atau goreng tanpa minyak hingga masak keperangan.
Lepas tu tumbuk hingga hancur dan diayak/tapis menjadi seperti tepung barulah digaul bersama gula halus. Tekan dalam acuan kayu dan akhir sekali jemur kuih tu bawah panas matahari..Jangan lupa tutup dengan kain kasa putih di atasnya.

Nanti kuih ni lembut dan peroi kejadiannya cair dimulut. Kalau makan ni jangan bercakap dekat dengan orang nanti abuknya ‘terbang’ pulak. Jom cuba buatnya…ni resipinya.
KUIH PUTU KACANG HIJAU @ KUIH KOYA

BAHAN-BAHAN :.
- 1 kg kacang hijau
- 1/2 kg gula mesin halus
CARA MEMASAK :
- Goreng kacang hijau dalam kuali di atas api sederhana tanpa minyak. Goreng hingga kekuningan.
- Kemudian buang kulit kacang dengan cara menumbuk dalam lesung atau kisar . Kalau tiada lesung guna kacang hijau yang sudah dibuang kulitnya dan ikut cara kacang hijau yang dah dibuang kulitnya ikut cara 1 & 3 dan seterusnya.
- Setelah dibuang kulit basuh dan toskan dalam bekas tapis sayur dalam masa 2-3 jam hingga kering sedikit.
- Kisar kacang hijau hingga hancur, halus dan berdebu. Ayak hingga menjadi tepung.
- Jika kasar, kisar hingga halus dan ulangi mengisar kacang tersebut hingga mendapat hasil yang dinginkan.
- Setelah jadi tepung, campur gula mesin tadi dan gaul sebati.
7. Ambil segenggam segengam, kepalkan dengan tangan dan tekan dalam acuan putu plastik atau kayu.
8. Ketuk acuan tadi hingga mengeluarkan bentuk putu yang tadi.
9. Susun dalam talam dan jemur selama 10-15 minit di bawah panas matahari mengeringkannya sambil ditutup dengan kain kasa atau selendang jarang untuk menghalang habuk.
10. Kemudian boleh dimasukkan ke dalam balang kuih.
Nota : Anda boleh juga bakar dalam oven selama 10 min dengan suhu 100-120 darjah celcius. Jika tak mahu jemur
Sumber : FB :Pen Hitam Dot Com

