Resipi Kek Pisang Coklat Kluster Kayangan. Sedap!

Share

Sedapnya Kek Pisang Coklat Kluster Kayangan ni. Versi premium sangat. Menurut saudari Ekin Majid resipi ini dikongsi dari saudara Rushdi Lazim dan ia sangat mudah disediakan. Guna bahan-bahan yang ada di rumah je. Nak cuba buat kek ni? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.

 

CARA BUAT KEK PISANG COKLAT KLUSTER KAYANGAN

BAHAN-BAHAN:

  • 4 biji pisang
  • 120gm gula perang
  • 115gm mentega
  • 120gm buttermilk ( ½ cawan susu segar + ½ sudu makan cuka. Satukan & biarkan)
  • Esen vanilla

BAHAN KERING:

  • 160gm tepung gandum
  • 25gm serbuk koko
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1/2 sudu teh soda bikarbonat
  • 1/2 sudu teh garam
  • 80gm belgian callebout chox (jika tiada, guna choc chip sahaja. Jik guna coklat callebout, rasa lebih sedap)
  • 30gm walnut (jika ada. Empunya resipi tak guna sebab tiada)
  • Sedikit belgium choc & walnut untuk topping ( empunay resipi guna chip chocolate sahaja)

CARA MEMASAK:
1. Cairkan mentega dan ketepikan.
2. Lenyek pisang menggunakan spatula. Kemudian masukkan gula. Gaul hingga larut.
3. Seterusnya masukkan mentega. Gaul rata diikuti dengan buttermilk. Gaul sekali lagi.
4. Masukkan bahan-bahan kering. Adun sebati. Pastikan tepung tidak berketul.

5. Tuang adunan ke dalam loyang yang telah dioles dengan marjerin atau mentega.


6. Tabur topping yang telah disalut dengan sedikit tepung gandum. Tujuannya supaya topping timbul dan tidak tenggelam ke dalam kek semasa dibakar.


7. Bakar pada suhu 150C-160C selama 40-45 minit. ( masa membakar mungkin berbeza ikut saiz dan jenis ketuhar masing-masing. Cucuk kek guna lidi untuk uji kek sudah masak atau belum.

INFO:
1. Loyag guna yang bersaiz 6 inci.
2. Bahan topping perlu disalut dengan tepung gandum terlebih dahulu sebelum ditabur supaya tidak tenggelam dalam adunan.

 

Kredit resipi & foto: Ekin Majid
Kredit resipi asal: Rushdi Lazim

 

Tengah berkira-kira nak cari perkakas rumah & peralatan dapur baru? RASA kongsikan seleksi ‘HOME APPLIANCES’ yang boleh anda miliki dengan harga lebih rendah. Jom shopping!

 

NANTI DAH ADA GAJET DAPUR BARU, BOLEH MASAK MENU NI:

Published by
Nur