Penggemar Kek Pisang Lembap @ Moist harus cuba resipi yang dikongsi oleh saudari Noor Ashikin Saerah ini. Nampak sangat sedap dan gebu. Malah cara-cara membuatnya juga cukup mudah. Pasti puas hati menikmatinya. Menurut empunya resipi, kek ini menggunakan bahan-bahan yang sangat ekonomi. Jika mahukan rasa kek yang lebih premium, boleh menggantikan minyak dengan mentega yang dicairkan. Lebih mantap rasanya. Wow…Jom cuba!

CARA-CARA MEMBUAT KEK PISANG LEMBAP YANG SEDAP

Resipi Kek Pisang Lembap Guna Sukatan Cawan
BAHAN-BAHAN (loyang 8×8 inci):

1 cawan pisang yang telah dilecek (3½ biji pisang abu)
1 sudu makan jus lemon/ limau nipis/ limau kasturi
4 biji telur gred A
1 cawan minyak jagung – beli online disini
3/4 cawan gula kastor – beli online disini
Sedikit emulko pisang/ esen vanilla – beli online disini
Secubit garam
1½ cawan tepung gandum – beli online disini
1 sudu teh soda bikarbonat – beli online disini
1 sudu teh serbuk penaik (baking powder) – beli online disini

CARA MEMASAK:
1. Panaskan ketuhar pada suhu 170°C menggunakan api atas dan bawah.
2. Gris nipis loyang dan alas dengan baking paper. Ketepikan.
3. Campurkan jus lemon ke dalam pisang yang telah dilecek. Gaul sekata. Ketepikan.
4. Ayak tepung gandum, soda bikarbonat dan serbuk penaik. Ketepikan.
5. Kisar telur, minyak jagung, gula kastor, emulko vanila dan garam selama 6 minit.
6. Kaup adunan dengan spatula sekali-sekala.
7. Masukkan pisang lenyek ke dalam pengisar. Kisar seketika lebih kurang ½ minit.
8. Masukkan bahan kisar ke dalam tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit sambil digaul. Pastikan adunan bercampur rata.
9. Tuangkan adunan kek ke dalam loyang. Hiaskan dengan pisang yang dihiris nipis.
10. Bakar selama 50-60 minit atau sehingga masak. Setelah kek masak, sejukkan pada suhu bilik. Kek akan lebih berkilat apabila dibiarkan lebih 3 jam selepas dibakar.

Resipi Kek Pisang Lembap Guna Sukatan Cawan

Nota:
1. Untuk hiasan, letakkan pisang yang dihiris nipis supaya pisang tidak tenggelam di dalam adunan kek.
2. Cucuk dengan lidi pada bahagian tengah kek untuk memeriksa jika kek telah masak sepenuhnya. Jika lidi bersih & tiada adunan yang melekat, bermakna kek telah masak & bolehlah dikeluarkan dari ketuhar.

 

Kredit resipi & foto: Noor Ashikin Saerah

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Resipi Sizzling Tauhu Telur. Mudah Betul Cara Masaknya

Cara Masak Shrimp Omelette Sedap Macam Dekat Restoran Thai

Resipi Mushroom Chicken Pie Mudah, Tanpa Uli. Hanya Guna Pastri Segera

Resipi Kuih Bom Bijan Yang Sedap, Lembut & Tak Liat Walau Dah Sejuk

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

 

 

 

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI