Ada banyak resipi Kek Pisang yag dikongsi tapi Kek Pisang Marble ni jarang nak jumpa yang mudah buat tapi hasilnya sedap dan gebu.
Bagi peminat Kek Pisang Marble, boleh cuba resipi perkongsian saudari Nana Ereena ini. Sangat ringkas malah tidak menggunakan bahan yang mahal. Cukup sekadar apa yang ada di rumah sahaja.
Jom buat kek ini untuk anak-anak dan suami tercinta. Makan panas-panas,memang membuka selera. Bau aroma yang wangi, masa tengah bakar pun terasa tak sabar dah nak cuba. Jom! Nak buat niaga pun sesuai ni. Pasti ramai yang order.
CARA MEMBUAT KEK PISANG GEBU MARBLE YANG SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN:
4 biji telur gred A
3/4 cawan gula – kalau nak manis letak 1 cawan – beli online disini
1 penutup esen vanilla – beli online disini
1 cawan minyak masak
1 cawan pisang yang telah dilecek
2 sudu makan serbuk koko – beli online disini
Loyang 8×8
Baking paper
BAHAN AYAK BERSAMA:
1 ½ cawan tepung gandum – beli online disini
1 sudu teh soda bikarbonat – beli online disini
1 sudu teh baking powder – beli online disini
CARA MEMASAK:
1.Satukan telur, gula dan esen vanilla. Pukul hingga kembang. Jika nak manis, gula boleh letak 1 cawan.
2.Kemudian masukkan minyak masak dan juga pisang yang telah dilecek. Sebatikan.
3.Seterusnya masukkan tepung gandum yang telah diayak bersama soda bikarbonat dan juga baking powder.
4.Kaub balikkan adunan hingga sebati dan tidak berketul.
5.Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu bahagian dicampur dengan serbuk koko. Manakala satu bahagian lagi dibiarkan pada warna asal.
6.Ambil loyang bersaiz 8×8 dan alas dengan baking paper.
7. Tuang adunan secara berselang seli. Lakukan hingga habis adunan.
8.Bakar kek pada suhu 180C, guna api atas bawah selama 45 minit atau hingga kek masak. Masa mungkin berbeza bergantung pada ketuhar masing-masing.
Kredit resipi & foto: Nana Ereena
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI