Kek pisang antara resipi kek yang paling mudah nak buat. Malah ia juga memang menjadi kegemaran ramai. Siapa suka makan kek pisang? Anda patut cuba resipi perkongsian Puan Sabariah Sharif ni. Sangat ringkas dan mudah malah kombinasi manis pisang dan cip coklat memang sangat serasi. Kena cuba ni.
CARA MASAK KEK PISANG MOIST
BAHAN-BAHAN:
4 biji pisang berangan masak ranum/ apa-apa pisang yang sesuai.
1/4 cawan gula
1 cawan tepung gandum*
1 sudu teh soda bikarbonat*
Secubit garam*
Sedikit esen vanila
2 biji telur grade A
1/4 cawan minyak jagung/minyak masak
Ads
CARA MEMASAK:
1. Lenyek pisang sampai hancur dan kacau sebati dengan gula.
2. Ayak bahan-bahan bertanda (*) dan satukan dalam satu mangkuk.
3. Pukul telur sampai berbuih.
4. Satukan semua bahan step 1,2, 3 dan gaul rata. Masukkan esen vanila.
5. Selepas itu masukkan minyak jagung dan kaup sebati.
6. Kemudian masukkan dalam paper cup/ loyang (empunya resipi guna 1 paper cup= 2 scoop ice cream)
7. Hiaskan dengan apa-apa topping yang di sukai (saya letak chocolate chip sebab kombinasi pisang dan coklat memang sangat sedap)
8. Hentakkan sikit loyang/ paper cup untuk buang angin.
9. Masukkan dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu. Set suhu 200c. Bakar selama 30 minit atau sehingga masak.
Ads
PERINGATAN: SETIAP OVEN ADALAH BERBEZA. JADI MASA MEMASAK MUNGKIN SEDIKIT BERBEZA
INFO CHEF: Boleh juga hiris nipis pisang dan letak di atas adunan kek sebelum dibakar.
Jika anda mencari FOOD STEAMER yang murah dan berkualiti, boleh klik DISINI.
Ini resipi khas bagi sesiapa yang mahu masak Kari Kepala Ikan dalam kuantiti yang banyak untuk majli kenduri. Untuk mendapatkan rasa kari yang seimbang, bahan-bahan ramuan mestilah cukup dan seimbang.
KARI KEPALA IKAN SATU KAWAH
BAHAN-BAHAN:
1 kg bawang besar ( 1/2kg dimayang , 1/2kg lagi dikisar)
200 gm bawang putih (100gm dimayang 100gm dikisar)
1 kilo rempah kari ikan
150 gm serbuk cili
1 kg tomato biji (1/2 dikisar , 1/2 dipotong besar)
20 tangkai daun kari
50gm halba campur
1kg minyak untuk menumis
3kg santan pekat
500gm asam jawa
20 batang serai (kalau hendak gulai tu lagi semerbak baunya)
10 kg ikan (pilihan anda contoh merah, jenahak & tenggiri)
Sayur-sayuran (contoh bendi, terung & tomato)
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak. Tumiskan bawang putih, bawang merah, halba campur dan daun kari.
Bila wangi masukkan rempah kari yang dicampur air yang banyak (4 liter ) bawang dan tomato yang dikisar.
Masak hingga pecah minyak. Bila pecah minyak perlahankan api
Masukkan santan air asam, garam, sedikit gula, dan ikan. Perasa ikut citarasa anda.
Ramai yang suka makan Bebola Ikan Salut Tepung. Rangup dan berperisa, memang enak rasanya. Menurut saudari Nur Masri, snek ini adalah makanan nostalgiamasa sekolah rendah sekitar tahun 80an. Kalau lepas balik sekolah sementara menunggu bas sekolah tiba, beli makanan yang dijual di gerai luar sekolah. Salah satunya Bebola Ikan Salut Tepung ni la tapi yang dijual tu dicucuk pada lidi pendek. Makan pula dengan sos. Memang nikmatlah. Jom cuba buat.
RESEPI BEBOLA IKAN SALUT TEPUNG
BAHAN- BAHAN: Bebola ikan Tepung berempah (empunya resipi guna tepung bestari) – beli online disini Tepung Goreng pisang rangup – beli online disini Air secukupnya Minyak masak untuk menggoreng Sos pencicah – beli online disini
CARA MEMASAK: 1. Campurkan kedua-dua jenis tepung ke dalam mangkuk kemudian masukkan air. Gaul sebati. 2. Masukkan bebola ikan ke dalam bancuhan tepung. Gaul rata hingga adunan bersalut rata. 3.Panaskan minyak masak di dalam kuali. Goreng bebola ikan yang bersalut tepung sehingga keemasan. 4. Angkat, toskan minyak dan hidangkan bersama sos pencicah. Selamat mencuba!
Kalau ada tetamu nak datang rumah, boleh sediakan mufin. Mufin ni senang nak buat dan sedap. Boleh juga dijadikan buah tangan kalau nak bertandang ke rumah kawan. RASA kongsikan resipinya yang senang nak dicuba sendiri di rumah.
MUFIN COKLAT MADU
BAHAN-BAHAN
200 ml susu cair fullcream + 20 ml air perahan lemon
260 gram tepung gandum
½ sudu kecil baking powder
½ sudu kecil baking soda
60 gram serbuk coklat
80 gram gula pasir (kisar halus)
½ sudu kecil garam
180 ml minyak jagung
2 biji telur ayam
120 gram madu
150 gram coklat keping
CARA MEMBUAT
1. Buat butter milk dengan cara campurkan susu cair dengan air perahan lemon. Biarkan selama 15 minit.
2. Ayak tepung gandum, baking powder, baking soda dan serbuk coklat. Kemudian panaskan oven pada suhu 180 darjah.
3. Larutkan gula pasir dan garam ke dalam gelas yang berisi butter milk. Campur butter milk dan minyak jagung. Kacau sebati.
4. Masukkan telur ayam yang sudah dikacau terlebih dahulu. Masukkan madu. Kacau lagi supaya sebati dengan adunan.
5. Masukkan adunan ini ke dalam adunan tepung. Kacau sekejap.
6. Masukkan adunan ke dalam cawan mufin. Masukkan coklat keping.
7. Bakar dalam oven selama 30 minit atau bergantung pada jenis oven masing-masing.