Resipi Kek Pisang Sedap & Mudah. 30 Minit Dah Siap Masak.

Share

Kek Pisang antara resipi kek yang paling mudah nak buat. Malah ia juga memang menjadi kegemaran ramai. Siapa suka makan kek pisang? Anda patut cuba resipi perkongsian Puan Sabariah Sharif ni. Sangat ringkas dan mudah malah kombinasi  manis pisang dan cip coklat memang sangat serasi. Kena cuba ni.

 

CARA MASAK KEK PISANG MOIST 

BAHAN-BAHAN:

  • 4 biji pisang berangan masak ranum/ apa-apa pisang yang sesuai.
  • 1/4 cawan gula
  • 1 cawan tepung gandum*
  • 1 sudu teh soda bikarbonat*
  • Secubit garam*
  • Sedikit esen vanila
  • 2 biji telur grade A
  • 1/4 cawan minyak jagung/minyak masak

 

CARA MEMASAK:

1. Lenyek pisang sampai hancur dan kacau sebati dengan gula.

2. Ayak bahan-bahan bertanda (*) dan satukan dalam satu mangkuk.

3. Pukul telur sampai berbuih.

4. Satukan semua bahan step 1,2, 3 dan gaul rata. 

Masukkan esen vanila.

5. Selepas itu masukkan minyak jagung dan kaup sebati.

6. Kemudian masukkan dalam paper cup/ loyang (empunya resipi guna 1 paper cup= 2 scoop ice cream

)

7. Hiaskan dengan apa-apa topping yang di sukai (saya letak chocolate chip sebab kombinasi pisang dan coklat memang sangat sedap)

8. Hentakkan sikit loyang/ paper cup untuk buang angin.

9. Masukkan dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu. Set suhu 200c. Bakar selama 30 minit atau sehingga masak.

 

PERINGATAN: SETIAP OVEN ADALAH BERBEZA. JADI MASA MEMASAK MUNGKIN SEDIKIT BERBEZA

INFO CHEF: Boleh juga hiris nipis pisang dan letak di atas adunan kek sebelum dibakar.

 

Kredit resipi & foto: Sabariah Sharif

Published by
Nur