Resipi Kek Pisang, Sesuai Untuk Yang Baru Belajar Baking

Share

Ada kalanya, individu yang baru belajar membuat kek, pasti takut untuk membuat kek yang susah-susah. Kek pisang amat sesuai untuk dibuat oleh individu yang baru bekajar baking.

Menggunakan bahan-bahan yang mudah, pastinya teruja apabila kek yang dibuat cantik kejadiannya.

Jom kita lihat resipi ringkas dan mudah untuk anda cuba. Insya-Allah menjadi.

KEK PISANG GEBU

BAHAN-BAHAN
1/2 cawan pisang
1/2 cawan minyak masak
1 sudu kecil esen vanila
1/2 cawan gula perang
Secubit garam
1 cawan tepung beras + tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
10 acuan comel

CARA MEMBUAT
1. Kisar pisang, minyak masak, esen vanila, gula perang dan garam. Masukkan dalam bekas besar.
2. Dalam bekas besar tadi, masukkan tepung beras + tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder yang telah diayak ke dalam adunan tadi sedikit demi sedikit. Gaulkan guna senduk.
3. Panaskan pengukus sehingga air mendidih.
4. Sapukan acuan dengan sedikit minyak masakdan tuangkan adunan ke dalam acuan.
5. Letak hirisan pisang atas setiap acuan.
6. Kukus selama 30 minit menggunakan api sederhana.
7. Cucuk dengan lidi untuk pastikan sudah masak atau belum. Kalau tidak lekat tepung, maknanya sudah masak.
8. Tutup api dan buka penutup periuk. Biar sejuk seketika sebelum hidang.

TIP: Masukkan adunan separuh acuan sahaja sebab kek akan kembang apabila dikukus.

Sumber: Instagram

Published by
Maryam Elyas