Resipi Kek Ribut Viral Penuh Limpahan Coklat. Memang Sedap!

Share

Kek Ribut ni memang jadi kegilaan ramai terutamanya bagi penggemar Kek Coklat. Mana tidaknya, lihat sahaja lelehan coklat yang melimpah ruah tu, memang memukau. Nak cuba? Resipi perkongsian saudari Ariana Sofia Ahmad ni antara yang menarik perhatian RASA. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.

 

CARA BUAT KEK RIBUT SECARA HOMEMADE

BAHAN-BAHAN KEK:

  • 3 biji telur gred A
  • 3/4 cawan @ 190gm gula
  • 3/4 cawan @ 180gm susu pekat manis
  • 2 cawan @ 220gm tepung gandum
  • 3/4 cawan @ 60gm serbuk koko – beli online DISINI
  • 1 cawan @ 180gm minyak masak
  • 1 cawan @ 200ml air panas
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 sudu makan ovalette – beli online
    DISINI

BAHAN KEJU:

  • 350gm krim keju @ cream cheese
  • 1 cawan @ 200ml whipping cream @ krim putar
  • 1/4 cawan @ 60gm susu pekat manis – beli online DISINI

BAHAN COKLAT GANACHE:

  • 300gm coklat dark compound coins (beryl’s) – beli online DISINI
  • 250ml whipping cream @ krim putar
  • 2 sudu makan susu penuh krim – beli online DISINI
  • 1 sudu makan mentega

BAHAN HIASAN:

  • Chocolate flakes @ cip coklat @ chocolate rice secukupnya – beli online DISINI

 

CARA MEMASAK:

1. Pukul telur dan ovalette hingga kembang.

2. Masukkan gula dan esen vanilla. Pukul lagi hingga sebati.

3. Bila adunan sudah sebati, masukkan susu pekat manis. Kacau lagi hingga semua bahan sekata.

4. Masukkan campuran tepung yang sudah diayak bersama serbuk koko, soda bikarbonat dan baking powder.

5. Kacau lagi hingga sekata seperti dalam gambar.

6. Tambahkan minyak masak. Kacau lagi sekali hingga sebati.

7. Akhir sekali, masukkan air panas.

8. Kacau hingga bertekstur halus sebegini.

9. Bahagikan adunan kepada 4 bekas saiz RC-750.

10. Sebelum kukus, tutup bekas supaya air kukusan tidak menitik ke atas kek. Kukus selama 25-30 minit atau hingga masak.

11. Bila kek sudah masak, terbalikkan kek (tanpa membuka penutup) selama 5-10 minit. Ia bertujuan supaya kek tidak mendap.

12. Bagi menyediakan bahagian keju, satukan krim keju, whipping cream dan susu pekat manis.

13. Adun hingga sebati dan licin. Elakkan pukul terlalu lama kerana adunan akan menjadi cair.

14. Letak campuran krim keju ke dalam piping bag supaya mudah diletak diatas kek.

15. Ambil kek tadi dan belah ditengah-tengahnya.

16. Paipkan campuran keju hingga rata.

17. Letak lapisan kedua kek.

18. Paipkan campuran keju di bahagian atasnya hingga rata. Sejukkan kek dalam peti sejuk selama 30 minit supaya keju menjadi pejal.

19. Untuk lapisan coklat pula, masukkan dark chocolate, susu full cream dan mentega ke dalam mangkuk.

20. Dalam periuk lain, panaskan whipping cream sehingga sedikit mendidih.

21. Tuang ke dalam mangkuk berisi coklat tadi.

22. Kacau hingga sebati dan coklat menjadi cair. Jika adunan terlalu pekat, tambah susu full cream atau susu segar.

23. Bila coklat tadi sudah sejuk atau suam, tuang ke atas kek tadi.

24. Tabur cip coklat dengan secukupnya.

25. Kek Ribut sedap dan gebu sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Ariana Sofia Ahmad

 

Bercadang nak beli OVEN baru yang lebih besar? Pilih je DISINI. Ada banyak pilihan & pastinya pada harga mampu milik. 

 

Boleh juga cuba resipi di bawah ni:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

Published by
Nur