Resipi Kek Sarang Semut Berongga Yang Lejen, Ini Cara Dapatkan Kek Yang Berlubang & Kenyal

Share

Kek Sarang Semut Berongga antara kek klasik yang tak pernah lapuk dek zaman. Ada yang memanggilnya Kek Gula Hangus. Kedua-duanya kek yang sama. Kek Sarang Semut Berongga ini mudah sangat nak buat. Bahan-bahan pun mudah disediakan. Untuk lebih sedap, gunakan ‘pure butter’ supaya cukup rasa lemak dan tak jemu makan. Ini resipi Kek Sarang Semut Berongga yang dikongsikan oleh Lina Abd Ghappar Marilah kita cuba buat!

RESIPI KEK SARANG SEMUT BERONGGA

BAHAN-BAHAN:

6 biji telur
2 sudu kecil esen vanilla – BELI ONLINE
1 cawan susu pekat manis – BELI ONLINE
250g mentega – BELI ONLINE
2 cawan gula – BELI ONLINE
2 cawan air panas
2 cawan tepung gandum – BELI ONLINE
2 sudu kecil soda bikabonat – BELI ONLINE
1 sudu kecil garam halus (tak letak pun tidak apa)

CARA MEMBUAT:

1. Untuk karamel, gula 2 cawan hanguskan jangan sampai hangit nanti pahit. Apabila sudah jadi karamel, tuang air panas 2 cawan, kacau sebati. Suamkan. Ketepikan.

2. Cairkan mentega 250 gm. Ketepikan.

3. Ayak tepung dengan soda bikarbonat. Ketepikan.

4. Ambil besen yang kering dan bersih. Pecahkan 6 biji telur. Kacau-kacau guna whisk kemudian masukkan esen vanilla. Masukkan 1 cawan susu pekat manis. Kacau lagi bagi sebati. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Gaul sampai rata.

5. Kemudian masukkan gula hangus tadi dan garam, kacau sampai tidak ada ketulan tepung. Tuangkan ke dalam loyang.

6. Bakar dalam oven dengan api bawah dahulu selama  25 minit dengan suhu 140C,  kemudian tukar api atas dan bawah untuk 25 minit lagi pada suhu 170C.

7. Siap. Tunggu sejuk barulah dipotong. Bolehlah dihidangkan.

Sumber kredit: Lina Abd Ghappar

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

 

Published by
Has