Bila makan kek sarang semut, memang sedap dan cantik kejadian yang bersarang. Tak boleh henti makan bila dah menghadap kek ni. Kalau ada yang nak cuba boleh cuba resepi ni. Teknik membakar dalam kuali ni memang menjadi. Kek ni tidak diperap dan terus tuang air gula karamel yang masih panas. Selamat mencuba.
KEK SARANG SEMUT
Bahan-bahan:
1 cawan gula
1 cawan air panas
3 sudu besar marjerin
3 biji telur
Sedikit esen vanilla
1/4 cawan susu pekat manis
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bicarbonate
Cara membuat:
1.Cairkan gula, dah bertukar perang masukkan air panas, gula dah betul-betul cair masukkan pula marjerin.
2.Pecahkan telur, masukkan esen vanilla dan susu pekat, kacau rata.
3.Tambahkan tepung dan soda bikarbonate, kacau lagi. Kalau tepung masih berketul, tapis dengan penapis.Biar jadi adunan yang licin.Tuang ke dalam loyang(sapu marjerin).
4.Panaskan kuali ( wok ) 5 minit, letakkan pelapik sama ada besi redai ataupun pelapik periuk (besi) dan letakkan loyang, tutup kuali. Bakar dengan api kecil selama 1 jam atau sehingga masak (permukaan kek akan berlubang halus dan akan kering). Sesekali buka tutup kuali dan lap wap air.
Kredit: Nor Aini Abd Rahman
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
https://www.rasa.my/resipi-nasi-kerabu-kuning-sedap-masak-sendiri-baru-puas-makan/
https://www.rasa.my/resipi-rojak-ayam-sedap-masak-sendiri-puas-hati-lebih-jimat/
https://www.rasa.my/cara-masak-oden-homemade-ala-family-mart-sedap-puas-makan/
https://www.rasa.my/jom-cuba-resipi-kuih-kole-kacang-sedap-mudah-kurang-manis/
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI