Resipi Kek Sarang Semut Tanpa Perlu Perap, Hasilnya Menjadi!

Share

Kek Sarang Semut, antara kek yang dikatakan sukar untuk membuatnya disebabkan tak semua dapat hasil ‘sarang semut’ yang cantik.

Menerusi resipi yang dikongsi Ieda Jahaya ini, kek sarang semut yang dihasilkan menjadi dan sangat cantik walaupun adunan tidak diperap dan bakar di atas dapur saja.

Resipi ini sesuai untuk mereka yang baru belajar untuk membuat kek legend ini. Jom kita cuba!

 

KEK SARANG SEMUT

BAHAN AYAK:

100g tepung gandum – beli online di sini
100g tepung ubi – beli online di sini
½ sudu makan baking soda


½ sudu makan baking powder
*Ayak dan ketepikan dulu

BAHAN KARAMEL:

300g gula pasir – beli online di sini
300ml air panas

BAHAN LAIN:

3 bji telur
120g susu pekat – beli online di sini
Esen vanilla
90gm buttercup

CARA MENYEDIAKAN:

1. Masak gula pasir di atas dapur dengan menggunakan api sederhana. Pastikan api jangan terlalu kuat, takut karamel hangit nanti.

[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]


2. Kacau hingga gula larut dan cair. Jangan nampak sikit pun ketulan gula dalam tu.
3. Kemudian, masukkan air panas. Tuang sedikit demi sedikit, sambil kacau. Jangan tuang sekali gus ye dan hati-hati sebab panas.

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

4. Kacau-kacau hingga mendidih. Tutup api dan sejukkan dulu.
5. Di dalam bekas lain, masukkan telur, susu pekat dan esen vanilla. Pukul guna whisk je selama 1 minit atau hingga sebati.


6. Cairkan buttercup dan ketepikan.
7. Selepas pukul telur, masukkan bahan ayak sedikit demi sedikit berselang-seli dengan gula karamel tadi.


8. Buat hingga habis. Kacau hingga sebati, kemudian tuang buttercup yang dicairkan tadi sedikit demi sedikit sambil kacau hingga sebati.


9. Untuk bakar, guna nonstick pan saiz besar ye untuk senang nak msuk loyang.
10. Sapu loyang 9 inci dengan marjerin atau mentega. Tapis adunan masuk ke dalam loyang.


11. Panaskan non-stick pan selama 10 minit. Kemudian, bakar 20 minit.


12. Jangan tutup loyang. Biar adunan membuih dan naik.


13. Bila kek dah nampak kembang membuih, sambung bakar lagi dan tutup kuali.


14. Guna api perlahan je. Terus membakar selama 45 minit. Bila kek dah masak, tutup api. Tunggu sejuk, baru potong.

Kredit resipi: Ieda Jahaya

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap Dailymotion @Rasa dan YouTube @Majalah Rasa Official

Published by
Ibnatie -Aziza Mat Roff