Bagi puan-puan yang gemar membuat kek, boleh cuba resipi perkongsian saudari Imah Rahman.
BAHAN A:
- 5 biji putih telur
- 1/2 cawan gula kastor
- 1 sudu teh cream of tartar
CARA-CARA:
1. Putar putih telur hingga berbuih. Kemudian masukkan gula dan cream of tartar. Pukul sehingga kental dan bertanduk. Ketepikan sebentar
BAHAN B:
- 5 biji kuning telur
- 1 biji telur
- 3/4 cawan tepung kek
- 1 sudu makan serbuk koko
- 1/4 cawan minyak jagung
- 1/4 cawan susu cair
- Secubit garam
- 1 sudu teh perisa coklat/coklat emulco
- 1 suduteh esen vanilla
CARA-CARA:
1. Pukul sebati hingga berkrim
CARA MEMASAK:
- Panaskan ketuhar pada suhu160°c.
- Lapik loyang dengan baking paper dansapu dengan majerin.
- Masukkan bahan A sedikitdemi sedikit ke dalam bahan Sebatikan.
- Tuang ke dalam loyang dan bakar selama 70 minit menggunakan kaedah double boiler.
Nota: Kek ini lebih sedap dimakan bila disimpan dalam peti sejuk.
Kredit resipi & gambar: Imah Rahman
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kek Oren Moist Boleh Masak Secara Kukus Atau Dibakar
Teringin nak baking kek? Paling mudah min kongsikan resipi kek oren oleh Kuqhen, ringkas penyediaannya hanya menggunakan periuk nasi. Resipi kek oren lembap ini boleh dimasak dengan dua cara sama ada kukus ataupun boleh juga dibakar. Enak dimakan panas-panas lagi, anak-anak pun makan bertambah sedap.
Kek oren ni berasaskan daripada pati minuman sunquick, parutan kulit oren dan buah oren yang ditabur dalam kek yang belum dibakar lagi supaya rasanya lebih umppph.
Sedikit tip ingin dikongsi ialah cara penyimpanan kek supaya tahun lebih lama disebabkan kek ni tiada bahan pengawet, jadi anda kena simpan dalam bekas tupperware yang kedap udara dan simpannya di dalam peti ais.
Oppss lupa plak.. untuk pastikan kek sudah masak atau tidak caranya cucuk lidi atau buluh dalam kek dan keluarkan jika ia tidak melekat tandanya kek anda sudah masak.
Kek Oren Moist
Bahan-bahan:
3 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
★ Satukan ketiga-tiga bahan di atas, gaul sekejap dan ayak 2-3 kali untuk mendapatkan tekstur kek oren yang halus.
4 biji telur gred A Atau 5 biji telur gred B
2 sudu makan lapisan luar parutan kulit buah sunkist ( jangan parut sampai ke kulit putih, pahit kek nanti)
1/2 cawan pati sunquick
2/3 cawan gula
2/3 cawan susu pekat manis
1 cawan minyak sayuran
1 cawan air panas
1 sudu teh vanilla
Sedikit pewarna kuning lemon, kuning telur @ kaler oren
Cara memasak:
1. Dalam bekas, pecahkan telur dan buangkan tali pusat telur untuk elakkkan bau hanyir. Masukkan gula dan telur dan pukul sebati, barulah dimasukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis berselang-seli dengan minyak sambil dipukul sebati. Bole guna mixer mesin atau tangan.
2. Tambahkan susu, pukul sekejap dan masukkan air panas, pukul lagi hingga adunan kelihatan licin tidak berketul. Terus campurkan sunquick, pukul lagi hingga sebati dan adunan kelihatan mula kembang pada proses ini.
3. Akhir sekali letakkan parutan kulit oren juga pewarna. Pukul sekejap hingga warna sekata dan adunan kek oren boleh dimasak dengan cara kukus atau bakar. Tabur buah oren sikit supaya lebih sedap.
*Bakar dalam periuk nasi.
Selamat mencuba bagi yang mengidam kek oren.
Kredit :Kuqhen
INGIN MEMBELI ACUAN KEK, BOLEH BELI DI SINI.
Resipi Mudah Buat Kek Hokkaido Creamy Custard Honey Yang Sedap
Kek Span Perisa Coffemix Gebu ,Ikut Langkah Tepat Gerenti Jadi
Menu Dessert Popular, Oreo Cheesecake Yang Mudah & Sedap
Sekali sekala makan dessert atau pencuci mulut moden pun sedap juga kan. Bolehlah cuba oreo cheesecake yang mudah dan sedap ini.
Cheesecake ini biasanya buat dalam loyang. Tapi dengan resipi yang dikongsi Umi Watie ini, dibuat secara individual dalam saiz cupcake dengan bermacam-macam topping. Seorang boleh makan dua tiga ketul.
OREO CHEESECAKE
BAHAN-BAHAN:
Biskut Oreo secukupnya
300g cream cheese
½ cawan gula – beli online di sini
2 sudu makan mentega – beli online di sini
1 biji telur saiz A
4 sudu makan tepung jagung – beli online di sini
¼ cawan uht whipping cream
1 sudu makan jus lemon
TONTON Ayam Masak Bali | Dapur Rasa Live
TONTON Lasagna Goreng Bersama Sos Cendawan | Dapur Rasa Live
BAHAN TOPPING:
Blueberry
Strawberry
Coklat
Biskut Oreo
CARA-CARA:
1. Ikut step-by-step tu mudah sangat. Memula masukkan cream cheese, gula, sebiji telur dan mentega. Pukul sampai sebati.
2. Lepas tu masukkan heavy cream. Gaul lagi. Akhir sekali masukkan tepung jagung. Kaul balik sampai semua sebati ya.
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
3. Saya guna bekas cupcake saja. Senang seorang ambil seketul. Boleh buat macam-macam topping.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
4. Saya gunakan biskut oreo sebagai base. Kalau tak ada, boleh guna 100g biskut marie yang dihancurkan.
5. Gaulkan dengan 15g mentega yang dicairkan. Gaul dan tekan dalam bekas acuan.
6. Kemudian, letakkan adunan cream ke dalam cupake. Letakkan topping yang disukai (boleh rujuk video DI SINI)
7. Dah sedia nak bakar dalam ketuhar. Bakar dengan suhu 170C selama 20 minit.
8. Bila dah masak, boleh terus makan atau simpan dalam peti sejuk dulu. Makan sejuk-sejuk pun sedap (boleh rujuk video DI SINI)
Kredit resipi: Umi Watie
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Resipi Mudah & Super Sedap, Asam Rebus Ikan Parang @ Asam Pedas Utara
Kek Kelapa Mudah & Sedap Tanpa Tepung, Mentega, Tak Guna Mesin
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official:
5 Idea Bakeri & Pastri Enak, The Pearl Hotel, KL. Roti Tu Guna Ramuan Makanan Sunnah.
Menu bakeri dan pastri dari The Pearl Hotel, KL ini memang super enak.. Aroma harum dan ‘food presentation’ yang hebat sudah pun membuat sesiapa sahaja terliur melihatnya.
Ramuan tepung bermutu tinggi, kekacang, coklat, dan buatan roti yang gebu cukup menggambarkan betapa mahir dan seni sentuhan dari Pastri Chef Wan Kaisa Ibrahim dan Pembantu Chef Muhammad Syamsul Fitri Abdul Jalil. Jom cuba buat…
OLIVE HERB POTATO FOCCACIA
BAHAN-BAHAN :
- 800gm tepung roti | diayak
- 200gm kentang | direbus dan dilecek
- 40gm yis
- 20gm garam
- 20gm gula
- 6gm oregano
- 500ml susu segar
- 150ml minyak zaitun
- Buah zaitun secukupnya | dihiris
CARA MEMASAK :
- Masukkan tepung, kentang lecek, yis, garam, gula dan oregano ke dalam penguli. Campur dan gaulkan sebati.
- Masukkan susu segar dan uli selama 5 minit lagi dalam kelajuan perlahan.
- Masukkan minyak zaitun dan ulikan lagi selama 7 minit.
- Ambil dan doh dan letakkan di dalam tin pembakar.
- Rehatkan selama 2 jam, sehingga saiz doh naik dua kali ganda dari asal. Letakkan buah zaitun di atasnya
- Panaskan oven dalam suhu 200 darjah celcius dan bakar selama 25 minit atau keperangan.
Saiz hidangan : 10 orang
Waktu memasak: 30 minit
Cara memasak : Bakar
Jenis masakan : roti
Keistimewaan : Sedap dimakan bersama sup dan keenakan minyak dan buah zaitun yang sihat
INFO CHEF : Buah zaitun boleh juga diganti dengan tomato ceri atau bawang putih.
CINNAMON APPLE FRIES
BAHAN-BAHAN :
- 3 biji epal hijau | dikupas kulitnya
- 50gm tepung
- 100gm gula
- 20gm serbuk kulit kayu manis
- Minyak masak secukupnya
- Krim segar secukupnya
CARA MEMASAK :
- Kupas kulit epal dan potong memanjang. Buang bijinya
- Salutkan dengan tepung
- Goreng dalam minyak penuh, hingga perang keemasan
- Kemudian salutkan dengan serbuk kulit kayu manis dan gula
- Hidangkan dengan krim segar
Saiz hidangan : 2 orang
Waktu memasak: 10 minit
Cara memasak : Goreng
Jenis masakan : Kudapan manis
Keistimewaan : Tekstur rangup dan manis epal yang lazat
INFO CHEF : Gunakan epal rangup granny smith untuk tekstur lebih rangup. Dan goreng dalam minyak penuh supaya gorengan tidak melekat.
CHOCOLATE MOUSSE
BAHAN-BAHAN :
Bahan chocolate mousse :
- 456gm krim
- 116gm gula
- 349gm coklat gelap
- 40gm serbuk gelatin
- 100gm krim putar | dikaup balik
Bahan coffee custard :
- 110ml susu
- 100ml kopi espresso
- 100gm kuning telur
- 40gm gula
- *500gm coffee custard dimasukkan ke dalam :
- 250gm coklat gelap
- 10gm serbuk gelatin
CARA MEMASAK :
Cara masak chocolate mousse :
- Didihkan krim dengan gula.
- Masukkan coklat dan gelatin yang dicairkan
- Masukkan dalam peti sejuk dan biarkan sejuk beku selama 20 minit
- Masukkan krim putar, kaup balikkan.
Cara masak coffee custard :
- Didihkan susu dan kopi
- Masukkan ke dalam mangkuk dan satukan dengan putih telur dan gula, kacau hingga sebati
- Tuangkan larutan susu kopi mendidih tadi ke dalam campuran telur. Biarkan masak hingga pekat dan masukkan pula coklat dan gelatin
- Kacau hingga sebati, masukkan dalam acuan bulat dan bekukan selama 1 jam
*Anda boleh sapukan topping coklat untuk melazatkan mousse bila dikeluarkan dari peti sejuk
Saiz hidangan : 1.2 kg
Waktu memasak: 2 jam termasuk tempoh sejuk beku
Cara memasak : Dingin dan beku
Jenis masakan : Pencuci mulut
Keistimewaan : Lemak berkrim dan kaya dengan rasa coklat dan kopi
INFO CHEF : Gunakan biji kopi segar dan coklat berkualiti untuk memastikan rasa yang lebih enak.
HONEY GOLDEN RAISIN LOAF
BAHAN-BAHAN:
- 500gm tepung roti
- 20gm gula perang
- 8gm garam
- 10gm yis kering
- 30ml madu
- 50gm mentega
- 250ml air
- 150gm kismis kuning
CARA MEMASAK :
- Di dalam mangkuk penguli, satukan tepung roti, gula perang , garam dan yis.
- Masukkan air dan madu, ulikan lebih kurang 5 minit.
- Masukkan mentega dan teruskan menguli selama 7 minit dan akhir sekali masukkan kismis.
- Biarkan rehat selama 30 minit ,hingga ia naik kali pertama.
- Bentukkan doh dan masukkan ke dalam dulang pembakar.
- Biarkan rehat dan naik sehingga dua kali ganda.
- Panaskan oven selama 10 minit dalam suhu 200 darjah celcius, dan bakar selama 20 minit
Saiz hidangan :2 buku roti, 4 orang
Waktu memasak: 20 minit
Cara memasak : Bakar
Jenis masakan : Roti
Keistimewaan : Roti manis buah dengan rasa kismis, enak dimakan disapu jem atau mentega
INFO CHEF : Boleh tambah kekacang seperti badam, pistachio atau walnut jika suka. Boleh tahan seminggu, jika disimpan dalam peti sejuk.
SUGAR DOUGH (TART SHELL)
BAHAN-BAHAN :
Bahan sugar dough :
- 1000gm tepung gandum
- 250gm gula
- 250gm mentega
- 3 biji telur
Bahan inti badam :
- 300gm mentega
- 300gm gula
- 300gm serbuk badam
- 5ml esen vanilla
- 100gm tepung kek
- Pistachio panggang secukupnya | hiasan
- Krim segar secukupnya | hiasan
CARA MEMASAK :
Cara buat sugar dough :
- Campurkan tepung dan gula dan tambahkan tepung.
- Kemudian masukkan mentega, adunkan jadi doh
- Masukkan dalam acuan tart dan tekan rata doh dan di sekeliling acuan
- Panaskan oven dalam suhu 180 darjah celcius, dan bakar 15 minit.
Cara buat inti badam:
- Pukul gula dan mentega selama 5 minit.
- Tambahkan serbuk badam, esen vanila dan tepung kek
- Panaskan oven dan tuangkan dalam acuan tart berisi doh dan bakar selama 20 minit.
- Hiaskan dengan pistachio panggang atau badam panggang
Saiz hidangan : 3 acuan tat, 8 orang
Waktu memasak : 25 minit
Cara memasak : Bakar
Jenis masakan: Tat
Keistimewaan: Sesuai dimakan sebagai sajian petang, doh rapuh dan inti badam yang enak.
INFO CHEF : Anda boleh juga meletakkan hirisan nenas atau epal di atasnya sebelum membakar.
RESIPI : CHEF WAN KAISA IBRAHIM DAN ASST CHEF MUHAMMAD SYAMSYUL FITRI ABDUL JALIL
Terima kasih : NORA ISMAIL, THE PEARL HOTEL KL, Batu 5, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur