Kek Span ni walaupun ringkas, tapi rasanya memang mengancam. Dapat makan kek yang panas-panas, gebu, perghhhh…sedapnya! Bagi anda yang suka ‘baking’, boleh cuba resipi ni. Pasti tak menyesal.

 

KEK SPAN MARBLE

Ads

Resipi Kek Span Marble Ni Dapat Lebih 10 Ribu Share Di FB. Mudah & Memang Kena Cuba!

 

BAHAN-BAHAN:

  • 3 biji telur (*)
  • 1/2 cawan gula (*)
  • 1 sudu makan ovalette (*)
  • 1 sudu teh esen vanilla*
  • 3/4 cawan tepung gandum (*)
  • 1 sudu teh baking powder (*)
  • 1/4 cawan susu cair (*)
  • Secubit garam (*)
  • 3 sudu makan minyak masak
  • 1 sudu makan serbuk koko

 

Ads

CARA MEMASAK:

  1. Pukul telur dan gula hingga kembang. Kemudian masukkan semua bahan bertanda (*) dan pukul hingga putih gebu. Matikan mixer dan masukkan minyak masak. Gaul hingga rata.
  2. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu dicampur dengan serbuk koko manakala satu bahagian dibiarkan pada warna asal.
  3. Tuang adunan ke dalam loyang bersaiz 5 atau 6 yang telah disapu dengan mentega atau dilapik dengan baking paper. Tuang adunan secara berselang-seli bagi mendapatkan corak kek yang berbelang-belang.
  4. Bakar dalam ketuhar pada suhu 170 atau 180C selama 35-40 minit. Guna api atas bawah atau bergantung pada kondisi ketuhar masing-masing.
  5. Setelah kek masak, sejukkan di redai sebelum dipotong dan dinikmati.

Resipi Kek Span Marble Ni Dapat Lebih 10 Ribu Share Di FB. Mudah & Memang Kena Cuba!

Ads

Kredit resipi & foto: Imah Rahman

Link asal resipi: https://goo.gl/Akmvgg

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI