Jom cuba buat Kek Span Pandan. Petang-petang macam ni, minum kek homemade sambil minum teh memang sedap! Nak sedekah dekat jiran-jiran pun boleh. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan. Resipi ini perkongsian oleh saudari Imah Rahman.
KEK SPAN PANDAN GEBU
BAHAN-BAHAN:
3 biji telur (*)
1/2 cawan gula (*)
1 sudu besar ovalette (*)
1 sudu teh esen pandan (*)
3/4 cawan tepung self rising (*)
1/4 cawan santan pekat (santan Kara) (*)
Sedikit pewarna hijau (*)
Secubit garam (*)
3 sudu besar minyak masak
CARA MEMASAK:
Ads
1. Satukan bahan bertanda ( *) dan pukul hingga putih gebu.
2. Kemudian masukkan minyak masak dan gaul sampai sebati.
3. Tuang adunan kek ke dalam loyang bersaiz 5 @ 6 yang telah disapu dengan mentega atau dilapik dengan baking paper.
Ads
4. Bakar dalam ketuhar selama 35-40 minit dengan suhu 180C. Guna api atas bawah.
Yummy! Kek yang enak dimakan ketika masih sejuk sambil minum teh o panas. Kek lapis kastard sangat mudah dibuat terutama lapisan kastard yang licin dengan langkah-langkah yang betul.
KEK LAPIS KASTARD PANDAN / PANDAN LAYER CAKE
BAHAN-BAHAN
5 biji telur gred A
2 cawan tepung
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh serbuk tartar
¾ cawan gula
Sedikit perwarna hijau
1 sudu teh emluco pandan
¼ Minyak masak
CARA MENYEDIAKANNYA
Panaskan oven 170′ 10 mnit
Kacau semua bahan-bahan kecuali minyak hingga kembang dan gebu.
Selepas itu masukkan minyak dan gaul sebati.
Gris loyang dengan minyak kemudian masukkan adunan tadi. Hentak sidikit untuk membuang udara.
Masukkn adunan ke dalam oven bakar suhu 170′ selama 50 mnit. (bergantung juga kepada oven masing-masing)
BAHAN KASTARD:
1050gm santan (santan kotak 200g + air)
10gm serbuk agar-agar
225gm gula
100gm Tepung hoen kwee (hijau)
75g jus pandan (4 helai daun pandan di kisar dengan 75g air) perah dan tapis hanya ambil airnya
1 sudu teh paste pandan
Secubit garam
CARA MENYEDIAKANNYA
Masukkan semua bahan dalam kuali. Kacau sampai tiada tepung yang berketul. Gunakan whisk dan seeloknya tapis untuk tekstur yang halus.
Buka api sedrhana. Kacau hingga kental dan berkilat.
CARA MELAPIS KEK
Potong nipis kek 3 atau 4 lapis kek. Pastikan saiz kek lebih kecil dari loyang. Kalau kek saiz 7, buat loyang size 8. Ataupun boleh buang sedikit sekliling kek tu supaya saiz jadi lebih kecil.
Sendukkan adunan kastard dalam loyang dan ratakan. Selepas itu masukkan selapis kek.
Tambahkan lagi adunan kastard pampai di bahagian tepi loyang. Ulang langkah yang sama hingga habis.
Sejukkan dalam peti 3-4jam. Lebih sedap makan ketika sejuk.
Cantik sungguh ‘kejadian’ Japanese cotton cheesecake ini. Nampak pun dah tahu sedap. Boleh hilang stres bila makan kek begini, apatah lagi kalau dibuat sendiri.
Japanese cotton cheesecake ini sebenarnya hasil air tangan Nur Aisyah Bt Azman. Menurut beliau membuat kek ini ibarat terapi, bagi yang nak cuba hasilkan kek dengan hasil yang sama, Nur Aisyah turut berkongsi resipinya. Nampak macam mudah saja cara buatnya.
Milo cookies atau biskut Milo ni memang nampak potensinya laku keras bila buat berniaga.
Ramuan utama milo (nak guna vico, ovaltine atau minuman coklat lain boleh aje. Jangan lupa badam nibs ( serbuk kasar badam) dan coklat cip penyedap rasa.
Dan kalau nak paipkan nutella atasnya, dengan taburan nestum dan badam, masukkan semula biskut dalam oven biar nutella keras sedikit, bakar dalam lima minit lagi.
Jom semak resipi dari Azlina Ina Fans ini.
MILO COOKIES MUDAH DENGAN NUTELLA
BAHAN-BAHAN :
250g mentega + 1 sudu besar shortening (minyak sayuran)
1/2 cawan tepung jagung (120gm) – beli online DI SINI
2 cawan 1/2 tepung gandum(240gm+60gm)
1/2 cawan susu tepung(optional)
1/2 cawan milo
1 sudu besar empleks- beli online DI SINI
1/2 sudu besar baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 cawan kacang badam nibs dah bakar awal- beli online DI SINI
1 cawan coklat chips(simpan peti ais 1 jam) tujuan supaya masa uli ,Coklat chip tak cair dan warna biskut tak terjejas
Hiasan :
Nutella secukupnya
Nestum secukupnya
Badam (almond nibs) secukupnya
CARA PENYEDIAAN : 1. Mentega+shortening+gula+esen dan emolco sebatikan 2. Tambah telur kacau kemudian minyak dan kacau rata. 3. Tambah kan milo dan semua serbuk2 penaik yang ada kacau rata 4. Tambahkan tepung jagung dan tepung gandum sket2 uli sampai habis 5. Tambah kan badam dan coklat chips gaul kan 6. Bungkus dalam plastikwrap dan simpan peti ais 10 minit 7. Keluarkan biar sekejap dan bentuk kan
8. Bakar suhu 170 masa 20-25 mnt api atas bawah
9. Kalau korg nak letak nutella bakar 20 mnt keluarkan lorek nutella dan tabur badam dan nestum masukkan semula bakar lagi 5 minit dan keluar kan siap 🤩tujuan bakar semula bg nutella keras dan mudah disusun
ANDA MUNGKIN JUGA INGIN MENCARI OVEN UNTUK MEMBAKAR BISKUT, JOM BELI SECARA ONLINE DI SINI.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!