Resipi Kek Span Pandan Gebu & Sangat Mudah Buat.

Share

Kek yang lembut dan mudah dibuat tentunya menjadi pilihan kaum ibu untuk mencubanya. Jika anda terasa nak makan kek, jom cuba buat Kek Span Pandan. Ia menggunakan bahan-bahan yang ringkas dan mudah disediakan. Malah teksturnya yang lembut dan gebu

menjadikan rasa kek ini sangat sedap. Sesuai dihasilkan untuk hidangan keluarga. Nak sedekah dekat jiran-jiran pun boleh. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan. Resipi ini perkongsian oleh saudari Imah Rahman.

 

KEK SPAN PANDAN GEBU

BAHAN-BAHAN:

  • 3 biji telur (*)
  • 1/2 cawan gula (*)
  • 1 sudu besar ovalette (*)
  • 1 sudu teh esen pandan (*)
  • 3/4 cawan tepung self rising (*)
  • 1/4 cawan santan pekat (santan Kara) (*)
  • Sedikit pewarna hijau (*)
  • Secubit garam (*)
  • 3 sudu besar minyak masak

CARA MEMASAK:

1. Satukan bahan bertanda ( *) dan pukul hingga putih gebu.

2. Kemudian masukkan minyak masak dan gaul sampai sebati.

3. Tuang adunan kek ke dalam loyang bersaiz 5 @ 6 yang telah disapu dengan mentega atau dilapik dengan baking paper.

4. Bakar dalam ketuhar selama 35-40 minit dengan suhu 180C. Guna api atas bawah.

5. Sedia untuk dinikmati.

 

Kredit resipi & foto: Imah Rahman

Published by
Nur