Kek yang gebu dan lembut semestinya menjadi idaman semua. Kek jenis ini tidak muak malah tidak jemu untuk dinikmati. Bagi yang tercari-cari resipi kek yang gebu, boleh cuba resipi perkongsian saudari Dura Good Tailor ni. Jika mahui lebih enak, boleh tuang krim keju dan parutan keju cheddar. Sedap!

 

BAHAN-BAHAN:

  • 1 1/4 cawan tepung gandum | ayak bersama serbuk penaik
  • 1 sudu kecil baking powder ( serbuk penaik) | tak guna pun tidak mengapa
  • 3 biji telur gred C
  • 3/4 cawan gula | kisar terlebih dahulu supaya halus
  • 1 sudu besar ovalette
  • 1/4 cawan minyak jagung
  • 1/4 cawan santan kara
  • 1 penutup perisa strawberi
  • 1 penutup pewarna merah jambu

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Pukul telur, gula, ovalette dan perisa strawberi selama 5 minit. Pukul menggunakan pemukul tangan ( mixer).
  2. Kemudian masukkan minyak, santan dan pewarna. Pukul lagi selama 5 minit.
  3. Akhir sekali masukkan bahan-bahan yang diayak tadi.
  4. Sapu loyang dengan sedikit marjerin atau minyak. Tuang adunan kek dan bakar pada suhu 160-180C selama 40-60 minit.

Resipi Kek Strawberi Pink Terlajak Gebu. Kalau Tak Cuba, Pasti Menyesal.

Resipi Kek Strawberi Pink Terlajak Gebu. Kalau Tak Cuba, Pasti Menyesal.

IKLAN

Resipi Kek Strawberi Pink Terlajak Gebu. Kalau Tak Cuba, Pasti Menyesal.

IKLAN

Nota: Waktu membakar kek adalah berbeza mengikut jenis ketuhar. Selalu lihat kondisi kek bagi mengelakkan kek anda hangus.

 

Kredit resipi & gambar: Dura Good Tailor

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI