Ada individu gemar makan kek, namun tidak dapat menikmatinya kerana alah dengan gluten. Apa itu gluten? Gluten adalah sejenis protein lekit yang terdapat dalam tepung gandum.
Justeru, bagaimana individu yang ada alahan sebegini hendak menikmati kek?
Melalui seorang pejuang Thalassemia, Nurul Nadia, telah berkongsi resipi Kek Orange Zest Premium. Menariknya, kek ini sesuai dinikmati oleh individu yang alah dengan gluten termasuk mereka yang ingin menjaga kesihatan.
“Sebenarnya yang mula buat gluten free ni, suami saya. Dia memang amalkan pantang pelbagai makanan sebab dia ada masalah GERD. Orang yang ada GERD ni automatik ada anxiety dan gandum boleh triggered badan dia jadi tak sihat,” kata Nurul Nadia.
Akhirnya, Nadia juga turut amalkan gluten free apabila anak sulung mereka pun ada anemia teruk dan ada masa tantrum luar kawal. Anak kedua pula ada masalah sembelit sejak kecil. Kedua-duanya memang gemar makan roti dan selepas ditukar kepada roti tanpa gluten, memang nampak banyak perubahan pada kesihatan.
Ads
“Sebelum ini saya makan gandum kerana kesan tak seteruk suami. Suami saya kalau makan gandum akan jadi mata kabur, badan terasa melayang dan letih. Tapi sekarang saya dapat rasa susah nak kawal emosi contohnya marah anak sebab mereka bising. Namun apabila saya elakkan gandum, saya dapat rasa emosi cepat marah itu lebih terkawal,” kata Nurul Nadia lagi.
Jom kita lihat resipinya.
KEK TANPA GANDUM ORANGE ZET PREMIUM
Ads
BAHAN-BAHAN
1 biji buah oren (kulitnya disagat dan isinya dikisar)
226 gram mentega asli tanpa garam (unsalted pure butter)
226 gram gula tebu organik (boleh kurangkan jika tak suka manis)
283 gram tepung tanpa gluten (tepung beras dan kanji kentang dicampur)
5 sudu besar jus oren (pilihan kalau suka rasa masam)
3 biji telur ayam
3 sudu teh baking powder
¼ sudu teh baking soda
Ads
CARA MEMBUAT
1. Panaskan oven pada suhu 160°C
2. Kisarkan buah oren sampai halus.
3. Campurkan mentega dan gula di dalam mesin pengadun.
4. Ayak tepung bersama baking powder dan baking soda.
5. Masukkan buah oren yang dikisar, kulit yang disagat dan jus berserta tepung, telur ayam, baking powder dan baking soda ke dalam mesin pengadun. Gaulkan sehingga tidak berketul.
6. Bancuhan dimasukkan dalam loyang dan bakar selama 45 minit dengan suhu 160°C (bergantung kepada jenis oven).
7. Apabila siap, sejukkan selama 10 minit sebelum keluarkan kek daripada loyang. Biarkan betul-betul sejuk sebelum dipotong.
Tetap gebu walau tanpa gandum.
Apa Istimewanya Kek Ini?
1) Tanpa gandum. Sesuai untuk mereka yang alah dengan gluten.
2) Rasa buah oren sebenar.
3) Tanpa pewarna tiruan.
INFO MENGENAI GLUTEN
1) Gluten adalah sejenis protein yang ada dalam gandum. Apabila sebut gandum, bukan saja tepung tapi termasuk jugalah barli dan yang seangkatan dengannya.
2) Gluten free adalah istilah pola pemakanan bagi individu yang alah kepada gluten atau bagi mereka yang mahu menjaga kesihatan badan bagi tempoh masa lebih lama.
3) Sesetengah individu tidak dapat mencerna gluten yang masuk dalam badan walaupun sedikit. Ada yang 10 tahun makan masih baik tapi tiba-tiba selepas tahun ke-11 terdapat alergi dan reaksi badan. Apabila gluten tidak dapat dicerna oleh perut, tubuh memberi respon antibodi bahawa ada ancaman pada tubuh (daripada gluten tadi) dan menyerang lapisan dinding usus sehingga mengakibatkan pembengkakan atau kata lain disebut sebagai radang.
Sekali tengok rupa macam kek kukus, rupanya salah sangkaan tu. Tak perlu guna mixer, pengukus atau oven pembakar, hanya guna microwave sahaja. Teksturnya lembap dan lembut, tidak kering seperti sesetengah kek lain. Curah pulak dengan sos coklat, memang penambah rasa lemak. Sangat mudah dan cepat disediakan.
RESIPI KEK 2 MINIT
BAHAN-BAHAN:
3 sudu makan tepung gandum
3 sudu makan serbuk koko/serbuk coklat
3 sudu makan minyak masak
4 sudu makan susu cair
2 sudu makan gula icing
2 sudu makan susu pekat
1 biji telur
Secubit baking powder*
Secubit soda bikarbonat*
Bahan yang bertanda (*) , sila rujuk gambar
CARA MEMASAK:
Sukatan untuk baking powder dan soda bikarbonat. Hujung sudu ataupun secubit je.
Masukkan je semua dalam mangkuk.
Kacau sampai semua bahan sebati.
1 adunan 1 bekas. Ni bekas melebar sikit. 1 minit 30 saat dah sedang elok masaknya.
Masukkan dalam bekas yang tahan microwave (Rina letak dalam tupperware putih tu je)
Panaskan dalam microwave selama 1 minit 30 saat. Jika kek masih basah, tambahkan masa lagi 15 saat.
Bila kek da regang dari tupperware, maksudnya dah masak. Nak lagi pasti, cucuk dengan garfu atu cungkil gigi.
** Masa bergantung pada besar bekas yang dipakai. Pastikan bekas tinggi sedikit supaya adunan tak terkeluar masa pemanasan sedang berlaku.
RESIPI SOS COKLAT
KIRI – BEKAS A guna serbuk koko. KANAN – BEKAS B guna serbuk coklat.
BAHAN-BAHAN:
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan serbuk koko / serbuk coklat
1/4 cawan susu cair
2 tbsp mentega
CARA MEMASAK:
Satukan semua bahan dalam periuk dan panaskan dengan api yang kecil.
Kacau semua bahan sehingga nampak kilat dan pekat. Tutup api.
Kalau anda seorang yang baru ingin membuat kek coklat, jom cuba buat kek coklat kukus ini. Hanya lima langkah sahaja. Mudah betul untuk membuatnya.
Jom kita lihat resipi dan cara membuat kek coklat kukus ini.
KEK COKLAT KUKUS 5 LANGKAH
BAHAN A
1 cawan tepung gandum (diayak)
1 sudu kecil serbuk penaik (diayak)
1/2 cawan serbuk koko (diayak)
1/2 cawan minyak jagung
1/2 cawan gula halus
1/2 cawan susu pekat
1 sk esen vanila
BAHAN B
1 cawan air panas
CARA MEMBUAT
1. Dalam bekas, satukan semua BAHAN A. Kacau sebati.
2. Masukkan BAHAN B. Kacau lagi.
3. Tapis dan masukkan ke dalam loyang yang sudah disapu dengan sedikit marjerin, mentega atau minyak masak.
4. Panaskan kukusan. Kukus selama 45 minit dengan api besar. Siap.
Cantik dan sedap resipi kek olahan Fuza ni menarik perhatian semua penggemar kek chiffon dan pandan. Menariknya kek ini menggunakan santan yang menjadikan rasanya bertambah lemak dan padat seperti sedang menikmati kuih dan kek dalam masa yang sama. Jika kamu teringin untuk merasainya, inilah masanya untuk cuba dan tunjukkan skill memasak kek.
140g tepung MFM self-rising diayak (tepung khas untuk kek)
Daun pandan (Fuza pakai 5-6 helai untuk daun besar/ 7-8 helai kalau daun kecil)
Bahan B
7 biji putih telur
120g gula castor (Fuza guna *ORCS blend dulu baru timbang)
1/2 tsp cream of tar tar
1/4 tsp garam
CARA MEMASAK:
Panas oven dalam 180c bergantung pada oven masing2. Fuza punya oven sederhana, tak besar tak kecil. Jadi, mana yang oven kecil suhu dalam 160-170c bergantung pada oven masing2. Kena faham ragam oven dulu ye.
Blend santan dengan daun pandan dan perah untuk dapatkan pati santan dan pandan. Timbang biar cukup 120g. Kalau tak cukup tambahkan lagi santan bagi cukup 120g juga.
Pukul telur kuning bagi kembang dalam seminit je lebih kurang (Fuza pukul guna garfu).
Masukkan pati santan pandan, minyak dan tepung kek tu. Dan whisk sebati.
Mangkuk lain, *pukul putih telur, masukkan garam dan cream of tar tar. Dan masukkan gula sikit-sikit sampai habis. Pukul sampai kembang, sampai dapat stiff peak.
Mula2, ambil 1/3 telur putih yang sudah jadi meringue kacau lembut2 sahaja. Kemudian yang lebih, ambil sedikit2 guna teknik kaup balik ulang sehingga habis.
Alaskan loyang 8×8 dengan baking sheet dan tuang adunan kemudian hentak sikit bagi pecah air bubble dalam adunan tu. Fuza guna dua loyang 6 inci, kiranya satu adunan tapi bahagi kepada dua loyang 6 inci.
Bakar selama 50-60 minit ikut pada suhu oven masing2. Teknik bakar ni, menggunakan tekinik water bath. Maknanya, loyang kek tadi dimasukkan dalam lagi satu loyang yang diisikan air pans mendidih ye. Wajib, guna air pans mendidih ye.
Bila kek dah sejuk, bahagikan kepada 3 bahagian sama rata.
PUDING PANDAN
Bahan A
680g jus pandan (blend daun pandan dengan 680g air. Saya guna pandan dalam 10 helai. Dah blend tapis, perah buang hampas. Timbang balik untuk dapatkan 680g. Kalau tak cukup tambahkan lagi air bagi cukup.
1 tsp white agar-agar powder
80g gula
50g unsalted butter
1/4 tsp salt
*Fuza pakai salted butter (Anchor). Mana yang pakai salted butter tak payah masukkan garam lagi ye.
Campurkan semua Bahan A dalam periuk dan panaskan atas api dapur sampai aga-agar larut. Pastikan larut, kalau tak nanti puding tak mengeras.
Sambil tunggu agar-agar larut, dalam 1 mangkuk campurkan Bahan B.
Bila Bahan A dah ready, masukkan bahan B dalam periuk dan kacau guna whisk or spatula. Ni ambil masa kejap je sebab adunan puding akan memekat cepat.
Bila puding dah mula memekat, warna pun tak berubah boleh tutup api. Proses menyalut kek, perlu pantas untuk mengelakkan puding sejuk. Bila sejuk, puding akan mengeras dengan cepat.
Tip nak bagi chiffon cake gebu:
Semua bahan kita guna mesti pada suhu bilik. Tak nak sejuk. Tak nak panas.
Bila kek masak terus keluarkan dari oven dan keluarkan dari loyang. Biarkan kek menyejuk atas rack. Jangan biar kek menyejuk dalam loyang. Confirm kek jadi kecut.
Oven jangn terlalu panas, untuk mengelakkan kek retak di atas.
Tip untuk dapatkan meringue telur putih yang cantik bertanduk:
Pastikan telur segar.
Pastikan, tak ada sikit pun telur kuning pada telur putih.
Pukul putih telur dulu, sehingga timbul buih2 kecil. Kemudian baru masukkan telur sedikit demi sedikit sehingga jadi bertanduk diingatkan jangan over beat.
Bekas dan mixer kering dari sebarang air dan minyak. Air dan minyak boleh mencacatkan kejadian meringue.
Tip puding pandan:
Untuk dapatkan, layer kek pula. Fuza guna juga loyang saiz 6 inci juga. Asingkan dulu 100g puding sebagai, persediaan untuk touch up mana yang lompong.
Layer pertama puding, kemudian kek kemudian puding lakukan step ni sampai habis kek.
Ulang sampai habis step layer kek, kemudian hentak untuk padatkan kek dan puding pandan tersebut.
Akhir sekali, sejukkan kek baru boleh keluarkan dari loyang. Wajib tunggu sejuk ye, kalau tak, tak dapat puding yang licin dan rata.
Cuba resipi ayam perap mayo sedap dan mudah ini! Diperap dengan madu, mayones dan sos tiram, dijamin lembut, berlemak dan menjilat jari. Klik untuk langkah penuh.