Kek Tapai Ubi Kayu ni nampak sangat sedap dan gebu.Biasanya Tapai Ubi dimakan begitu sahaja, dinikmati bersama kuah santan atau dimakan bersama cendol. Rasanya yang manis dan sedikit masam memang membuka selera. Di sesetengah tempah, tapai juga ada dimasak seakan pisang goreng. Menerusi perkongsian saudari Izza Howzin, beliau menunjukkan cara-cara membuat kek menggunakan tapai ubi ni. Unik kan? Menurut beliau kek ini memang sedap dan gebu. Puan-puan bolehlah cuba.
CARA BUAT KEK TAPAI UBI YANG SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN:
250gm tepung naik sendiri – beli online disini
5 biji telur
3 biji kuning telur
250gm gula kastor
1 sudu makan ovalette – beli online disini
350gm tapai ubi
100ml santan
150gm mentega cair
Keju parut secukupnya – boleh guna keju cheddar
CARA MEMASAK:
1. Ambil tapai ubi dan buang uratnya. Kemudian kisar bersama santan. Ketepikan.
2. Pukul gula, telur dan ovallette hingga kental.
3. Masukkan tepung naik sendiri dan adun hingga sebati.
4. Masukkan kisaran tapai dan santan tadi. Sebatikan.
5. Seterusnya masukkan mentega cair. Pukul seketika.
6. Ambil loyang bersaiz 9 atau 10 inci kemudian oles sedikit mentega. Tuang adunan ke tadi.
7. Tabur parutan keju dengan secukupnya. Boleh juga digantikan dengan parutan coklat.
8. Bakar kek pada suhu 180C selama 45 minit atau sehingga kek masak.
9. Sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Izza Howzin
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Ayam Perattal. Cara Masak Ringkas Je Tapi Sangat Sedap
Resipi Bihun Goreng Singapore Versi Abah. Ringkas Je Tapi Sangat Sedap
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI