Kek Tapak Kuda adalah kek yang popular di Brunei. Rasanya sangat sedap namun susah nak jumpa kerana jarang ada yang buat kek ini untuk niaga.
Bagi anda yang teringin nak rasa, resipi perkongsian saudari Ina Matzin ni antara yang boleh dicuba. Kek ni pun tengah viral sekarang ni kan? Intinya boleh dipelbagaikan mengikut selera masing-masing. Jom cuba!
RESIPI KEK TAPAK KUDA NUTELLA
BAHAN-BAHAN:
- 3 biji telur
- 3 biji kuning telur
- 108gm gula
- 66gm tepung kek – beli online DISINI
- 1 sudu teh susu lazz – boleh guna susu tepung
- 81gm mentega cair
- 1 sudu teh ovalette – beli online DISINI
- 1 sudu teh baking powder – beli online DISINI
- Esen vanilla – beli online DISINI
- 1 sudu teh coklat emulco – beli online DISINI
- Nutella secukupnya – beli online DISINI
CARA MEMASAK:
1. Pukul telur, gula dan ovalette hingga separuh kembang. Kemudian masukkan bahan-bahan kering.
2. Apabila adunan sudah kembang, masukkan esen vanilla dan mentega cair. Kaup balik hingga rata.
3. Asingkan satu mangkuk adunan dan campurkan dengan coklat emulco. Ini untuk adunan coklat.
4. Lapik loyang bersauiz 10 inci dengan parchment paper. Tuang adunan coklat.
5. Untuk lapisan adunan putih, digalakkan tuang ke dalam loyang dengan mengguna piping bag supaya kek tidak berombak. Penuhkan loyang dengan adunan putih.
6. Bakar kek pada suhu 140C selama 25 minit. Bila masak, sejukkan kek seketika.
7. Potong kek kepada 2 bahagian. Sapu Nutella pada bahagian kek coklat dan lipat kek kepada dua. Sejukkan dan sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Ina Matzin
Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan pelbagai resipi terkini yang mudah & enak di laman web RASA
Nasi Beriani Ayam Telur Rebus Sedap, Sebutir-Sebutir Nasinya Memang Gebu
Resipi Tauhu Bergedil Berlauk, Cicah Sambal Kicap Memang Padu
Chicken Chop Crispy & Sos Cendawan Sedap. Langsung Tak Guna Minyak
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Kek Kelapa Menggunakan Sukatan Cawan. Cukup Mudah!
Kek kelapa merupakan antara kek legend yang menjadi kegemaran ramai. Baunya bila dibakar tersangatlah menggoda. Aroma dan warna-warni parutan kelapa menambahkan lagi keenakan kek tersebut. Boleh cuba buat di rumah menggunakan resipi perkongsian oleh Juju Minhad ini.
KEK KELAPA
BAHAN-BAHAN:
- 1 cawan marjerin (beli online DISINI)
- 1/2 cwn gula kastor (beli online DISINI)
- 3 biji telur
- Esen ros
- 1 sudu susu pekat (beli online DISINI)
- 1 cawan 1/2 tepung gandum (beli online DISINI)
- 1 sudu kecil baking powder (beli online DISINI)
- 1 sudu kecil soda bikarbonat (beli online DISINI)
- 1 cawan kelapa kering
- Pewarna merah/hijau/ kuning
CARA MEMASAK:
1. Putar marjerin dan gula kastor sehingga kembang.
2. Masukkan telur dan putar lagi.
3. Masukkan esen ros & susu pekat. Putar sekejap.
4. Ayak tepung, baking powder & soda bikarbonat.
5. Kaub balik adunan.
6. Masukkan kelapa kering yang sudah diwarnakan.
7. Kaub balik adunan.
8. Masukkan dalam loyang yang telah digriskn dengam marjerin.
9. Bakar 170° selama 60 minit (ikut oven masing-masing).
10. Siap!
Kredit resipi & gambar: Juju Minhad
Jika anda mahu beli MICROWAVE, boleh klik DISINI.
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Resipi Mudah Buat Kek Hokkaido Creamy Custard Honey Yang Sedap
Kek Span Perisa Coffemix Gebu ,Ikut Langkah Tepat Gerenti Jadi
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official:
Mudah, Sedap & Wajib Cuba. Himpunan Resipi Pernah Viral Di Grup Masak FB
Di media sosial terdapat banyak resipi-resipi viral yang menarik perhatian kita untuk mencubanya. Semuanya sangat mudah disediakan, sedap dan sesuai disajikan buat keluarga tercinta. Rata-rata resipi yang viral ini adalah resipi harian mudah yang senang untuk kita cari bahannya dan cara memasaknya juga tidak rumit. Khas buat anda, RASA kongsikan bersama anda seleksi resipi-resipi yang pernah viral di FB yang boleh anda cuba. Memang sedap dan dijamin menjadi. Selamat mencuba!
KOLEKSI RESIPI VIRAL YANG POPULAR DI FB
1. TORTILLA TWISTER HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
- Roti tortilla – dibakar sekejap dalam kuali non stick selama 2-3 minit
- Isi ayam bahagian dada – digoreng tepung
- Mayones secukupnya
- Sos Thousand Island secukupnya
- Daun salad secukupnya
- Tomato – potong dadu
- Lobak merah – disagat
- Timun – disagat
- Keju – ikut citarasa. Tak nak pun tak mengapa
BAHAN PERAP AYAM
- Tepung gorengan serbaguna
- Telur – dipukul
- Bahan perasa
CARA MEMASAK:
1. Ambil isi ayam dan perapkan dengan sedikit perasa. Biarkan selama 15-30 minit.
2. Kemudian celupkan isi ayam dalam bancuhan telur dan golekkan dalam bekas berisi tepung serbaguna.
3. Celup dalam bancuhan telur sekali lagi diikuti tepung serbaguna. Tekan-tekan sedikit ayam tadi kemudian goreng dalam minyak hingga garing dan berwarna keemasan.
4. Untuk menyediakan twister, ambil roti tortilla dan bakar seketika di atas kuali non stick. Ia bertujuan untuk memudahkan proses menggulung.
5. Sapu mayones pada keseluruhan roti tortilla.
6. Susun daun salad, lobak merah, timun dan tomato. Kemudian paipkan sos Thousand Island dengan secukupnya.
7. Susun kepingan isi ayam yang digoreng tadi diikuti kepingan keju. Balut dengan kemas.
8. Bakar gulungan Twister sekali lagi untuk mencairkan keju. ( boleh bakar guna kuali non stick sahaja.) Jika tak nak bakar pun tak apa.
9. Sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Mastura Razali
2. BIHUN SUP SIAM
BAHAN-BAHAN:
- Kuetiau/ bihun/mi – dicelur
BAHAN KUAH SUP SIAM
- 4 ketul dada ayam
- 1/2 kg kaki ayam
- 2 inci halia – dititik
- 2 batang serai – dititik
- 1 inci lengkuas – dititik
- Sos tiram secukupnya
- Sos sotong secukupnya
- Kicap secukupnya
- 2 kiub pati ayam
- 1 kiub pati ikan bilis
- Daun ketumbar & akar ketumbar
- 2 biji bawang besar
- 3 ulas bawang putih
- Rempah 4 sekawan ( kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih & buah pelaga)
BAHAN SAMPINGAN:
- Kacang tanah tumbuk – kacang digoreng tanpa minyak, dibuang kulit dan dikisar halus.
- Air lada – segenggam cili melaka, 2 ulas bawang putih dan sedikit cuka dikisar halus.
- Cili potong – Potong cili hijau kemudian campur dengan sos sotong dan sedikit cuka. Sedia untuk dinikmati.
- Emping cili kisar – boleh beli di pasaraya
- Fish ball, fish cake dan sayur kangkung – dicelur
- Tauge
CARA MEMASAK:
- Untuk menyediakan sup, rebus ayam bersama akar ketumbar, daun ketumbar, kiub pati ayam dan kiub pati ikan bilis.
- Kemudian masukkan halia, serai, lengkuas, sos sotong, sos tiram dan kicap.
- Masukkan garam dan sedikit gula secukup rasa. Rebus hingga ayam empuk.
- Dalam kuali berasingan, tumis bawang besar, bawang putih, bunga lawang, bunga cengkih, kayu manis dan buah pelaga hingga garing dan wangi.
- Kemudian masukkan bahan tumis garing ke dalam periuk sup dan masak dalam 5 minit. Padamkan api.
- Ambil kuetiau, masukkan ke dalam mangkuk bersama fishball, fish cake, tauge dan kangkung. Tuang sup secukupnya.
- Tabur kacang tumbuk, emping cili, air lada dan cili potong sebelum dinikmati.
Kredit resipi & foto: Nur Ramizah
3. NASI AYAM PENYET RANGUP
BAHAN UNTUK AYAM:
- 1 ekor ayam – dipotong, dibersihkan dan direbus hingga empuk. Masa rebus, masukkan kiub pati ayam ke dalam air rebusan. Air rebusan ayam jdisimpan untuk dijadikan sup.
- 1 sudu makan serbuk kunyit
- 1/2 sudu makan serbuk lada putih
- 3 ulas bawang putih
- 1 cm halia
- Sedikit air untuk mengisar
- 1 sudu teh garam
- Minyak untuk mengoreng
- 1/2 cawan tepung beras | tambahan untuk ayam yang berkeriuk rangup
- 1 biji telur | tambahan untuk ayam yang kerkeriuk rangup
BAHAN SANGAI TANPA MINYAK:
- 1/2 sudu besar jintan manis
- 1/2 sudu besar jintan putih
- 3 sudu besar ketumbar
BAHAN SAMPINGAN LAIN:
- Tauhu
- Tempe
CARA MEMASAK:
- Satukan bahan sangai, serbuk kunyit, serbuk lada putih, halia, bawang putih dan garam. Tambah sedikit air kemudian kisar hingga halus.
- Lumur bahan kisar pada ayam yang telah direbus. Perapkan selama 2-3 jam sebelum dimasak. Lagi enak jika diperap semalaman.
Gaul tempe dan tauhu bersama lebihan bahan perapan ayam. Goreng hingga garing. Ketepikan. - Baki bahan perapan ayam dan tempe yang selebihnya jangan dibuang. Gaulkan pula bersama telur dan tepung beras. Tambah sedikit garam jika kurang masin. Kacau rata.
- Celupkan ayam perap tadi ke dalam bancuhan tepung dan goreng hingga garing.Angkat dan toskan minyaknya.
Renjiskan baki adunan tepung mengoreng ayam ke dalam minyak dan goreng untuk dapatkan keriuk-keriuk yang rangup.
BAHAN SUP AYAM:
- Baki air rebusan ayam
- 1 bungkus sup bunjut
- 1 batang serai | dititik
- 1 inci halia – dihiris
- Daun sup dan daun bawang – dihiris
- Bawang goreng
CARA MEMASAK:
- Panaskan air rebusan ayam diatas dapur dan tambahkan serai, halia serta sup bunjut. Biar hingga mendidih.
- Perasakan sup dengan garam kemudian taburkan daun sup serta daun bawang.
- Bila nak dihidangkan, tabur bawang goreng jika suka.
BAHAN SAMBAL PENYET
- 10 tangkai cili padi
- 10 tangkai cili merah
- 10 biji bawang merah | belah 4
- 3 ulas bawang putih | hiris
- 5 biji tomato | belah 4
- 5cm belacan bakar
- 2 sudu makan ikan bilis
- 3 sudu makan gula merah
- Sedikit minyak untuk menumis
- Limau nipis atau limau kasturi
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dan gorengkan ikan bilis hingga garing. Angkat dan ketepikan.
- Dengan minyak yang sama,gorengkan pula cili merah, cili padi, bawang merah dan tomato hingga layu.
- Tunggu bahan-bahan goreng tadi sejuk sedikit kemudian masukkan ke dalam pengisar kering. Tambah ikan bilis serta belacan. Kisar halus.
- Panaskan semula baki minyak menggoreng tadi dan tumis bahan kisar hingga
- Perasakan dengan gula merah dan garam secukup rasa.
- Perah limau kasturi jika suka.
- Sedia untuk dinikmati bersama nasi panas, ayam goreng serta sup.
Kredit resipi & foto: Zira Tag
4. KEK 2 BAHAN
BAHAN-BAHAN:
- 2 bungkus Oreo
- 1 kotak susu coklat kecil (200ml)
CARA MEMASAK:
- Patah-patahkan biskut Oreo dan masukkan dalam blender. Tuang susu dan kisar sekaligus sampai sebati.
- Tuangkan ke dalam acuan kukus yang disapu marjerin sikit.
- Apabila air kukusan dah mendidih, kukus dalam 15-20 minit.
- Bila kek dah sejuk, boleh letak topping ikut citarasa sendiri.
INFO CHEF: Jika gandakan adunan resipi, kukus kek selama 30 minit.
Kredit resipi & gambar: Zuraita Mohd Anua
5. NASI AYAM THAI
BAHAN-BAHAN:
- Isi dada ayam
- Akar ketumbar
- Hirisan halia secukupnya
- Air secukupnya – anggaran air yang biasa digunakan untuk memasak nasi
- Kiub pati ayam secukupnya
- 3 cawan beras – dibersihkan dan ditos
BAHAN SOS NASI AYAM THAI RINGKAS:
- Sos cili thai maggi
- 1 sudu kicap pekat
- Sedikit perahan jus limau nipis
- Sedikit air jika perlu
- Cili merah | dihiris – boleh guna cili padi kalau mahu lebih pedas
CARA MEMASAK:
- Dalam periuk yang bersesuaian, masukkan ayam bersama akar ketumbar/akar daun sup dan hirisan halia. Biarkan mendidih. Kemudian masukkan perasa kiub pati ayam.
2. Setelah mendidih sekali lagi dan ayam kelihatan masak, keluarkan ayam dan letakkan dalam bekas lain. Ketepikan seketika.
3. Masukkan beras yang telah dibersihkan ke dalam air rebusan ayam. Letakkan kembali ayam yang dikeluarkan tadi dan masak beras seperti biasa.
4. Untuk menghasilkan sos nasi ayam versi ringkas, masak sos cili thai bersama kicap pekat dan sedikit jus perahan limau nipis. Tambah sedikit air untuk mencairkan sos. Akhir sekali, masukkan hirisan cili.
5. Hidangkan nasi ayam thai bersama sos tadi. Selamat mencuba!
Nota: Jumlah bahan-bahan dalam resipi ini boleh diubah suai dan dipadankan dengan selera masing-masing.
Kredit resipi & gambar: Shahril Romli
6. CHICKEN PIZZA
BAHAN AYAM:
- Dada ayam – belah dua supaya sedikit nipisa
- Tepung bestari ( pedas)
CARA-CARA:
- Perap dada ayam dengan tepung bestari dan sedikit air.
- Kemudian ambil dada ayam tadi dan gaul dengan tepung bestari ( kering). Goreng hingga garing.
TOPPING:
- Sos prego – ikut selera nak guna yang mana. Kalau buat sendiri, kisar tomato dengan sedikit air. Masa katas api. Tambah sos cili, sos tomato, garam dan gula. Kemudian kacau sampai pekat.
- Nanas dalam tin
- Tomato
- Lada benggala merah
- Keju mozzarella parut
- Chilli flakes
CARA MEMASAK:
1. Setelah ayam goreng diangkat, letakkan topping ikut kreativiti masing-masing.
2. Kemudian bakar dalam ketuhar pada suhu 150C selama 5 minit.
3. Sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Yumni Syazwani
7. TAUHU BERGEDIL DAGING
BAHAN-BAHAN:
- Tauhu kering
- 5-6 biji ubi kentang
- Daging @ ayam kisar – jumlah ikut citarasa
- Bawang goreng secukupnya
- 1 biji bawang besar – potong dadu
- 2-3 sudu makan bawang goreng
- Daun sup – potong halus
- Serbuk lada putih secukupnya
- 2-3 biji telur
- Garam & serbuk perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
- Kopek kulit & rebus kentang hingga empuk. Kemudianlenyekkan kentang masa masih panas.
- Daging kisar digoreng hingga kering air. Masukkan garam dan serbuk perasa jika suka.
- Satukan kentang yang telah dilenyek tadi dengan daging.
- Masukkan bawang yang dipotong dadu, daun sup, serbuk lada putih dan bawang goreng. Gaul sebati.
- Potong tauhu kering berbentuk X ditengah.
- Sumbat adunan kentang dan daging di dalam tauhu hingga penuh.
- Pecahkan telur dan pukul.
- Celup tauhu yang dah disumbat tadi di dalam bancuhan telur dan goreng menggunakan minyak panas sehingga perang.
- Sedia untuk dinikmati bersama sos.
BAHAN SOS HITAM MANIS PEDAS
BAHAN-BAHAN:
- 10 tangkai cili kering
- Gula melaka atau gula merah
- Bijan (disangai)
- Gula biasa (kalau kurang manis)
- Garam (secukup rasa)
- Sedikit belacan
- 300ml air
- 1 sudu besar minyak
- 1 1/2 sudu besar tepung jagung dibancuh dengan 50ml air bersama serbuk perasa
CARA MEMASAK:
- Masukkan minyak dalam kuali. Goreng cili kering sehingga garing dengan api yang kecil.
- Setelah garing, angkat dan blend cili kering dgn sedikit air.
- Panaskan air bersama gula melaka. Masukkan cili yang telah dikisar tadi dan juga belacan.
- Setelah mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.
- Masukkan garam, ajinomoto dan gula (jika gula melaka kurang manis).
- Masukkan bijan goreng dan siap untuk dihidang.
Kredit resipi & gambar: Izan Abd Rahman
8. GARLIC BREAD TANPA MSG
BAHAN-BAHAN:
- Roti gardenia (potong panjang-panjang)
- 1 ulas bawang putih
- Sedikit Parsley flakes
- Unsalted butter / mentega tanpa garam secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Tumbuk bawang putih sampai lumat.
2. Unsalted butter dah habis. So Aya beli yang ni. Sebaiknya, beli unsalted butter ye.
3. Tumis bawang putih dengan mentega tadi. (Nota RASA: untuk 1 ulas, anggaran 1 sudu teh lebih kurang.)
4. Tumis sampai macam ni. Jangan sampai hangit pula.
5. Campurkan tumisan bawang putih tadi dengan ( Nota RASA: jumlah emntega bergantung pada roti yang anda guna.)
6. Gaul sampai sekata.
7. Letak sikit parsley flakes. Jangan banyak sangat.
8. Gaul sampai macam ni.
9. Sapu dekat roti.
10. Bakar dalam oven/ pemanggang ajaib hingga garing. ( Nota RASA: Kalau guna ketuhar, suhu antara 160C dan bakar dalam 5 minit atau hingga roti nampak keperangan.)
11. Taraaaa siap! Sedia di hidang untuk si kecil anda!
INFO: Kalau ada sup cendawan, memang lagi sedap.
Kredit resipi & foto: Aya Zuki
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
https://www.rasa.my/resipi-nasi-kerabu-kuning-sedap-masak-sendiri-baru-puas-makan/
https://www.rasa.my/resipi-rojak-ayam-sedap-masak-sendiri-puas-hati-lebih-jimat/
https://www.rasa.my/cara-masak-oden-homemade-ala-family-mart-sedap-puas-makan/
https://www.rasa.my/jom-cuba-resipi-kuih-kole-kacang-sedap-mudah-kurang-manis/
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
resipi viral
resipi viral
resipi viral
Kek Lapis Kukus Masam Manis, Cantiknya Bak Pelangi
Siapa suka asam Haw Flakes ini? Boleh cuba resipi kek lapis kukus masam manis yang sedap. Adunan kek gebu warna-warni yang dilapiskan asam masam yang menarik mata.yang memandang.
.
Sudahlah cantik berwarna warni, keenakan rasanya beri kepuasan kepada mereka yang menikmatinya. Jom semak resipi perkongsian dari Lieya Saad ini.
KEK LAPIS KUKUS MASAM MANIS
.
BAHAN-BAHAN:
- 5 Biji telur (sejukkn dalam peti sejuk)
- 2 cawan tepung kek
- 1 1/2 cawan gula halus
- 100ml minyak masak
- 150ml susu cair
- 1 sudu kecil serbuk penaik
- 1 sudu besar ovellate
- 1 sudu kecil esen vanilla
- Pewarna pilihan
- Asam Haw Flakes secukupnya
.
CARA MEMASAK:
- Putar telur, gula, ovellate dan serbuk penaik sampai kembang.
- Selepas itu masukkan vanilla dan pukul seketika.
- Masukkan minyak dan pukul sebati.
- Akhir sekali masukkan tepung kek yang diselang seli dengan susu cair. Kacau hingga sebati.
- Bahagikan kpd 2 atau 3 bahagian dan warnakan ikut warna kesukaan anda.
- Panaskn kukusan & sapukan loyang dengan minyak
- Ambil 5 sudu besar adunan ratakan dan susun asam.
- Kukus selama 5 atau 7 minit. Lapiskn lagi warna yang berlainan susun asam dan ulang sehingga habis.
- Untuk lapisan terakhir biar kukus lama sikit supaya kek betul-betul masak.
.
Info: Pastikan kek betul-betul sejuk untuk dapat hasil yang cantik bila dipotong.
Kredit: Lieya Saad
ANDA MUNGKIN JUGA SUKA RESIPI INI :
RESIPI NI PUN SEDAP :
BOLEH JUGA CUBA RESIPI DALAM VIDEO INI :