Perah cuba makan Kelupis? Ia adalah salah satu sajian tradisi istimewa dari Sarawak yang seakan ketupat. Ia adalah berupa pulut yang dimasak bersama santan dan dibungkus menggunakan dun palas. Jika di Brunei, ia dibungkus menggunakan daun nyirek. Biasanya dinikmati pada hari raya bersama rendang, kuah kari, Daging Masak Kicap, Daging Masak Hitam atau pun susu. Nak cuba buat? Saudari Eiyjarn Aziean AnGah ada kongsikan resipinya. Jom cuba!
1.Bersihkan beras pulut dan rendam dalam air hingga kembang. Kemudian toskan. Sukatan beras pulut bergantung pada banyak mana anda nak masak.
2.Masukkan santan pekat ke dalam kuali bersama garam secukupnya. Masak santan. Makin lama santan dimasak, lagi berlemak rasa Kelupis nanti. Biar santan mendidih lama sedikit.
3. Masukkan beras pulut.
4.Ratakan beras pulut. Sukatan santan haruslah lebih tinggi dari beras.
Ads
5.Sentiasa kacau beras agar bahagian bawahnya tidak hangus dan berkerak.
6.Teruskan masak sampai santan kering.
7.Masukkan beras pulut ke dalam pengukus. Kukus lagi hingga masak.
8.Keluarkan pulut dari pengukus dan masukkan ke dalam dulang. Ratakan.
9.Potong pulut supaya sama besar.
10.Bentukkan memanjang menggunakan upih pinang (jika ada). (RASA: jika tiada, boleh guna plastik)
11.Susun gulungan pulut dalam talam. Lakukan hingga habis.
12.Ambil potongan pulut tadi dan bungkus memanjang guna daun palas.
13.Ambil 4-5 gulungan kelupas dan satukan. Ikat secara membelit.
14.Bila semua siap dibungkus, kukus Kelupas sekali lagi selama 40-60 minit.
Sebelum ni tak pernah pun ambil tahu pasal beras, yang selalu beli pun beras putih, basmathi dan beras merah.. Rupanya beras parboiled atau beras rebus ni lagi bagus sebab khasiatnya lebih dan glisemik indeks rendah. Glisemik indeks rendah ni la yang penting kalau nak kurus.
Apakah kelebihan beras parboiled?
Beras parboil adalah beras yang biji padinya direbus/stim terlebih dulu sekejap sebelum kulitnya dibuang. Rebusan separa masak ni menjadikan kulit-kulitnya (husk, bran, etc) yang kaya dengan fiber dan vitamin menyerap ke dalam beras. Menjadikan ia beras yang paling tinggi khasiat dan rasanya pun sangat sedap!
Rupa beras parboil agak keruh sikit berbanding beras biasa. Ia juga memiliki glisemik indeks yang lebih rendah.
Khasiatnya mampu menandingi beras perang dengan rasa dan kenikmatannya sangat berbeza. Terdapat pelbagai pilihan beras parboil dari pelbagai jenama seperti Faiza Basmathi Moghul Parboiled, Basmathi Pusa Parboiled, Beras Rebus Terpilih Jati, Beras Rebus cap gajah, dan lain-lain. Harganya agak mahal sikit berbanding beras biasa…tapi kata nak lebih sihat kan?
Beras yang siap dimasak. Warna beras ni agak kuning sedikit tetapi jangan ingat beras tak elok pulak. Bila makan…. tadaaa serius SEDAP weii. lagi SEDAP DARI BERAS PUTIH.. Lembut sangat beras ni.
Cara masak sukatan air semua macam masak nasi biasa.
So kepada yang sedang diet, nak jaga kesihatan sila la try beli beras parboiled ni. Jangan risau tak sedap, rasa pelik ke apa.. Janji nak sihat!
Masakan harian tidak semestinya yang susah. Lauk yang simple pasti menjadi rebutan. Biasanya untuk hidangan makan tengah hari atau malam lebih gemar satu lauk berkuah dan bergoreng sudah memadai. Lagi ringkas dapat hidangan nasi goreng sudah lengkap untuk hidangan. Apa yang penting ia boleh mengenyangkan perut. RASA bariskan menu harian yang pasti keluarga menyukainya.
KARI AYAM Saiz hidangan: 4 orang Waktu memasak: 30 minit Cara memasak: Tumis dan reneh Jenis masakan: Lauk pauk Keistimewaan: Pedas dan wangi Anggaran kos: RM18
BAHAN-BAHAN:
5 ketul ayam
1 biji kentang potong 4
3 sudu makan rempah kari daging
3 biji bawang merah
2 biji bawang putih
Rempah 4 sekawan (buah pelaga, bunga lawang, cengkih & kayu manis)
1 inci halia
1 biji buah tomato
1 biji lada merah dibelah dua
3 tangkai daun kari
1 helai daun pandan
½ cawan santan
Garam & gula secukup rasa
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK: 1.Panaskan minyak dan tumiskan bawang. 2.Masukkan rempah 4 sekawan. 3.Agak bawang telah wangi dan keperangan masukkan rempah yang telah digaul sedikit dengan hirisan bawang. 4.Masukkan daun kari & daun pandan. 5.Masak sehingga pecah minyak. 6.Masukkan kentang. 7.Masukkan ketulan ayam. 8.Tambahkan sedikit air dan renehkan sehingga ubi empuk dan ayam masak. 9.Masukkan bahan perasa. 10.Masukkan santan. 11.Masak sehingga kuah agak pekat. 12.Siap untuk di hidangkan.
INFO: Santan di dalam masakan ini boleh digantikan dengan kerisik. Boleh menambah kerisik bersama santan. Penggunaan kerisik dapat membuatkan kuah kari menjadi lebih pekat beraroma dan lazat.
UDANG MASAK SOS TIRAM
Saiz hidangan: 4 orang Waktu memasak: 15 minit Cara memasak: Goreng Jenis masakan: Lauk pauk Keistimewaan: Pedas dan wangi Anggaran kos: RM18
BAHAN-BAHAN:
5 ekor udang segar
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
½ inci halia
Bawang Holland dipotong bulat
Sedikit serbuk kunyit
3 sudu makan sos tiram
1 keping asam gelugur
2 sudu teh gula
Garam dan serbuk perasa
CARA MEMASAK: 1.Udang digaul dengan kunyit dan sedikit garam.Goreng sehingga garing. 2.Masukkan hirisan bawang dan halia. 3.Masukkan sos tiram dan sedikit sahaja air. 4.Gaul hingga sos sebati dengan udang. 5.Masukkan asam keping. 6.Masukkan gula. Sesuaikan rasanya. 7.Angkat dan taburkan hirisan bawang Holland. 8.Siap untuk dihidangkan.
SOTONG MASAK ASAM
Saiz hidangan: 4 orang Waktu memasak: 15 minit Cara memasak: tumis dan reneh Jenis masakan: Lauk pauk Keistimewaan: Pedas dan wangi Anggaran kos: RM15
BAHAN-BAHAN:
3 ekor sotong saiz besar dikelar
3 ulas bawang putih
1 ulas bawang merah
4 tangkai cili padi
1 biji tomato
1 biji kentang potong bulat nipis
Hirisan bawang Holland
½ mangkuk air asam jawa
Bahan perasa, garam & gula
Sedikit minyak untuk menumis
CARA MEMASAK: 1.Di dalam kuali, goreng hirisan kentang sehingga garing dan ketepikan. 2.Di dalam minyak yang sama, tumis semua bawang dan halia. 3.Masukkan air asam jawa. 4.Sesuaikan rasa garam & gula. 5.Masukkan sotong dan masak seketika. 6.Setelah masak, masukkan hirisan kentang goreng tadi dan gaul rata. 7.Masukkan tomato dan cili padi. 8.Masukkan daun sup dan daun bawang. 9.Sedia untuk dihidangkan.
INFO : Untuk mengelakkan isi sotong menjadi liat, sotong hendaklah dimasak tidak terlalu lama.
NASI GORENG CILI KERING
Saiz hidangan: 4 orang Waktu memasak: 15 minit Cara memasak: Goreng Jenis masakan: Hidangan utama Keistimewaan: Pedas menyelerakan Anggaran kos: RM 8.00
BAHAN-BAHAN:
1 mangkuk nasi sejuk
3 ulas bawang putih
1 ulas bawang merah
5 tangkai cili padi
5 tangkai cili kering
4 keping lobak masin
½ genggam ikan bilis
1 biji telur
Bahan perasa, garam & gula
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK: 1.Panaskan sedikit minyak. Goreng ikan bilis dan ketepikan. 2.Goreng lobak masin dan ketepikan. 3.Cabai kering direndam di dalam air panas terlebih dahulu dan ditumbuk kasar. 4.Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang merah. 5.Setelah naik bau, masukkan cili kering yang ditumbuk tadi. 6.Masukkan cili padi . 7.Masukkan telur dan gaul sehingga telur agak garing. 8.Sesuaikan rasa dengan garam dan sedikit gula. 9.Masukkan nasi dan gaul hingga sebati. 10.Masukkan ikan bilis dan lobak masin yang digoreng tadi. Gaul lagi sehingga sebati. 11.Siap untuk dihidangkan.
BUBUR NASI DAGING
Saiz hidangan: 4 orang Waktu memasak: 30 minit Cara memasak: Tumis dan reneh Jenis masakan: Lauk pauk Keistimewaan: Pedas dan wangi Anggaran kos: RM10
BAHAN-BAHAN :
4 ketul daging dihiris nipis
3 ulas bawang putih *
2 ulas bawang merah*
1 inci halia*
Rempah 4 sekawan*
1 sudu kecil serbuk lada hitam*
4 tangkai cili padi
1 biji tomato
Hirisan daun bawang & daun sup
1 biji ubi kentang dipotong 4
1 biji lobak merah dipotong baji
Bahan perasa, garam & gula
Bawang goreng
1 mangkuk beras
CARA MEMASAK 1: 1.Di dalam periuk, masukkan beras bersama bahan bertanda *. 2.Masak sehingga beras lembut menjadi seperti bubur. 3.Masukkan daging dan masak sehingga daging empuk. 4.Setelah itu, masukkan kentang, lobak merah, cili padi, tomato. 5.Sesuaikan rasa dengan garam dan gula. 6.Akhir sekali masukkan hirisan daun sup dan bawang. 7.Taburkan bawang goreng. 8.Siap untuk dihidangkan.
ATAU CARA MEMASAK 2: 1.Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bawang, halia dan serai. 2.Masukkan air anggaran untuk kuah sup. 3.Masukkan kentang. 4.Masukkan tomato dan hirisan cili padi. 5.Setelah kentang empuk, masak seketika. Sesuaikan rasa. 6.Taburkan hirisan daun bawang & daun sup. 7.Sedia untuk dihidangkan.
INFO: Satu lagi kaedah membuat bubur nasi adalah dengan cara nasi dikisar halus bersama kuah sup yang telah dimasak terlebih dahulu.Kaedah ini lebih menjimatkan masa tetapi rasanya tidak sesedap bubur nasi yang direbus sehingga menjadi bubur.
NASI GORENG SARDIN
Saiz hidangan: 4 orang Waktu memasak: 15 minit Cara memasak: Goreng Jenis masakan: Hidangan utama Keistimewaan: Pedas menyelerakan Anggaran kos: RM 8.00
BAHAN-BAHAN:
1 mangkuk nasi sejuk
3 ulas bawang putih
1 ulas bawang merah
5 tangkai cili padi
1 tin sardin
1 biji telur
Bahan perasa, garam & gula
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK: 1.Panaskan sedikit minyak. 2.Tumis bawang merah dan bawang putih. 3.Masukkan cili padi. 4.Masukkan sardin berserta sosnya. 5.Hancurkan isi ikan sardin dan kacau rata. 6.Pecahkan telur, masak hingga garing. 7.Sesuaikan rasa dengan garam dan sedikit gula. 8.Masukkan nasi dan gaul hingga sebati 9.Goreng sehingga nasi menjadi berderai. 10.Siap untuk di hidangkan.
SUP SOTONG BERSERAI
Saiz hidangan: 4 orang Waktu memasak: 15 minit Cara memasak: Tumis dan reneh Jenis masakan: Lauk pauk Keistimewaan: Pedas dan wangi Anggaran kos: RM15
BAHAN-BAHAN:
3 ekor sotong saiz besar dikelar
3 ulas bawang putih
1 ulas bawang merah
4 tangkai cili padi
1 biji tomato
Hirisan daun bawang & daun sup
1 biji ubi kentang dipotong 4
1 biji serai dititik
Bahan perasa, garam dan Gula
Sedikit minyak untuk menumis
CARA MEMASAK: 1.Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bawang, halia dan serai. 2.Masukkan air anggaran untuk kuah sup. 3.Masukkan kentang. 4.Masukkan tomato dan hirisan cili padi. 5.Setelah kentang empuk, masukkan sotong. Masak seketika, Sesuaikan rasa. 6.Taburkan hirisan daun bawang & daun sup. 7.Sedia untuk dihidangkan.
INFO: Selain sotong, masakan sup ini juga sesuai untuk udang dan juga ketam.
TELUR MASAK KICAP CILI PADI
Saiz hidangan: 4 orang Waktu memasak: 15 minit Cara memasak: Tumis dan reneh Jenis masakan: Lauk pauk Keistimewaan: Pedas Anggaran kos: RM8
BAHAN-BAHAN:
4 biji telur ayam
3 ulas bawang putih
Hirisan bawang besar
4 tangkai cili padi
1 biji tomato
Kicap pekat manis
Hirisan daun bawang
Sedikit minyak untuk menumis
CARA MEMASAK: 1.Telur digoreng mata kerbau dan ketepikan. 2.Panaskan minyak, tumis hirisan bawang. 3.Masukkan cili padi dan hirisan tomato. 4.Masukkan kicap pekat manis bersama sedikit sahaja air. 5.Masukkan telur mata tadi, tumis sehingga telur mesra bersama kuah kicap. 6.Masukkan bawang besar. 7.Angkat dan taburkan daun bawang. 8.Siap untuk dihidangkan.
IKAN BILIS LADA BERSAMA PETAI
Saiz hidangan: 4 orang Waktu memasak: 15 minit Cara memasak: Tumis dan reneh Jenis masakan: Lauk pauk Keistimewaan: Pedas Anggaran kos: RM15
BAHAN-BAHAN:
1 mangkuk ikan bilis
1 biji kentang dipotong dadu
1 genggam cili padi
5 ulas bawang merah
1 keping asam keping
3 tangkai petai dihiris bersama kulit
Bahan perasa, garam & gula
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK: 1.Kisar cili padi dan bawang merah. 2.Goreng ikan bilis dan ubi kentang sehingga garing. 3.Di dalam kuali, panaskan minyak dan tumis bahan blender. 4.Masukkan asam keping. 5.Masukkan bahan perasa, garam & gula. 6.Tumis sehingga sambal garing. 7.Masukkan petai. 8.Masukkan ikan bilis dan ubi kentang yang telah digoreng tadi. 9.Siap untuk dihidangkan. Masakan ini tidak perlu lagi ditambah garam dan gula kerana rasanya sedia terdapat daripada kicap yang digunakan.
INFO: Petai yang dipotong bersama kulit perlu direndam di dalam air suam terlebih dahulu bagi mengelakkan petai berasa kelat semasa proses memasak.
Nak dapatkan peralatan memasak yang baru? Klik sini
Tiba-tiba teringin pula nak makan Nasi Daging. Alang-alang dah mengidam tu, buat jela sendiri Nasi Daging ikut menu yang dikongsikan ni. Nasi ni sangat senang nak masak dan tak menggunakan banyak bahan. Jom tengok resipi ini. Selamat mencuba!