Kengsom ayam pun ada! Selalunya kita dengar kengsom ikan, rupanya ganti dengan ayam pun boleh. Cara membuatnya pun lebih kurang sama cuma ditukar lauknya saja.

Rasa masam, pedas, manis memang tarikan lauk ini. Sedapnya sama macam masak kengsom menggunakan ikan.

Ads

Resipi Kengsom Ayam

Resipi Kengsom Ayam Pun Ada, Sedap Sama Macam Guna Ikan

Bahan-bahan

Ayam -dipotong kecil
Kangkung -dipotong
Asam keping
Garam
Gula
Serbuk perasa
Lengkuas -diketuk
Serai -diketuk

Bahan kisar

Bawang merah
Bawang putih
Cili padi hijau
Cili merah

Baca: Resipi Kengsom Ikan Kembung, Guna Ikan Segar Lagi Sedap

Cara memasak kengsom ayam

  1. Tumis bahan kisar bersama lengkuas dan serai yang diketuk hingga naik bau.

2. Masukkan ayam, dan reneh hingga ayam separuh masak.

Ads

3. Selepas itu masukkan air dan asam keping, garam, gula dan serbuk perasa secukupnya. Tambah apa yang kurang agar ada rasa masam manis dan pedas.

4. Selepas ayam masak, masukkan kangkung. Bila sayur lembut tutup api, sedia dihidangkan.

Resipi Kengsom Ayam Pun Ada, Sedap Sama Macam Guna Ikan

Ads

Kredit resipi & foto: Khairuzetti Zaini Collections

Baca: Kengsom Ikan Siakap, Lauk Simple Buat Makan Nasi Bertambah

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI