
Resipi Kentang Parmesan Rangup perkongsian saudari Khadijah Jaafar ini sangat mudah disediakan. Ia sesuai dijadikan snek dan juga kudapan ringan pada bila-bila masa. Malah ia juga boleh dijadikan sajian sampingan untuk aneka hidangan panggang dan bergoreng seperti Ayam Panggang, Chicken Chop, Lamb Grill dan bermacam-macam lagi. Sangat mengenyangkan malah disukai kanak-kanak juga. Jom cuba! Pasti ramai yang sukakan rasanya.
CARA MEMBUAT KENTANG PARMESAN RANGUP YANG SEDAP & MUDAH

BAHAN-BAHAN
Ubi kentang – beli online disini
Keju Parmesan – beli online disini
Rosemary – beli online disini
Parsli – beli online disini
Serbuk bawang putih – beli online disini
Minyak zaitun – beli online disini
CARA MEMASAK:
1.Bersihkan kentang, kupas kulit dan potong dadu sederhana.
2. Gaulkan ubi kentang tadi bersama minyak zaitun dengan secukupnya. Pada masa yang sama panaskan ketuhar pada suhu 200C.
3. Masukkan keju parmesan, rosemary, parsli dan serbuk bawang putih dengan secukupnya ke dalam mangkuk berisi kentang tadi. Kuantiti mengikut citarasa sendiri. Gaul rata.

4. Lapikkan dulang pembakar dengan baking paper dan sapukan dengan minyak. Kalau nak mudah gunakan cooking spray boleh dapatkan di kedai bakeri.
5. Susun ubi kentang di atas dulang. Bakar di dalam ketuhar selama 40-45 minit.
6. Selepas 30 minit, balik-balikkan kentang supaya kedua-dua bahagian masak dan rangup sekata.
7. Kentang Parmesan Rangup siap disediakan dan boleh dihidangkan. Kentang tetap kekal rangup walaupun dah sejuk.

Kredit resipi & foto: Khadijah Jaafar
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
https://www.rasa.my/resipi-nasi-kerabu-kuning-sedap-masak-sendiri-baru-puas-makan/
https://www.rasa.my/resipi-rojak-ayam-sedap-masak-sendiri-puas-hati-lebih-jimat/
https://www.rasa.my/cara-masak-oden-homemade-ala-family-mart-sedap-puas-makan/
https://www.rasa.my/jom-cuba-resipi-kuih-kole-kacang-sedap-mudah-kurang-manis/
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Cara Buat Daging Burger Homemade Tanpa Lemak Paling Sedap.

Makanan segera sejukbeku seperti nuget, daging burget, sosej dan sebagainya memang tak sihat. Kalau diambil selalu, boleh mendatangkan masalah kesihatan. Malah kandungan lemak yang terkandung juga boleh menyebabkan berat badan anda naik! TIDAK!!! Oleh itu, adalah lebih baik jika kita buat sendiri. Salah satunya ialah daging burger. Mudah, 100% daging dan tanpa MSG. Barulah boleh makan tanpa rasa bersalah. Jom cuba!
DAGING BURGER HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
- 2 biji telur
- 1 sudu makan mentega bergaram (salted butter)
- 1 biji bawang holland saiz kecil. (kalau saiz besar, guna separuh je)
- 1 sudu teh serbuk blada hitam
- 1 sudu teh mixed herbs
- 500gm daging lembu atau ayam ( tanpa lemak & kulit ) yang dah dipotong kecil
CARA MEMASAK:
1. Kisar telur sampai berbuih.
2. Kemudian masukkan mentega, bawang holland, serbuk lada hitam dan mixed herbs. Kisar lagi.
3. Seterusnya masukkan daging. Kisar lagi hingga halus.
4. Keluarkan bahan kisar dari blender dan masukkandalam acuan untuk bentukkepingan daging burger. (lapik acuan dengan plastik yang dah disapu dengan minyak masak sebelum bentukkan untuk elak daging melekat masa kukus atau masuk dalam peti sejuk beku.)
5. Untuk simpan, ada dua cara. Pilihan 1, boleh terus masukkan daging yang dahbentuk tadike dalam freezer dalam 1 jam. Dah keras sikit, boleh ambil dan simpan dalam bekas bersesuaian.
ATAU
6. Pilihan 2, kukus daging burger sebentar anggaran 1 minit (sekadar untuk lekatkan daging dengan elok. Jika kukus terlalu lama daging akan kurang berjus bila dimasak nanti). Kemudian boleh terus bungkus untuk sejukbekukan.
NOTA: Kalau yang suka masin, boleh tambah sedikit garam dalam adunan daging burger.
Kredit resipi & foto: Sue Faizah
Covid-19: Hidangan Sesuai Ketika Catuan Makanan, Kos Murah Tapi Sedap

Ketika Perintah Kawalan Pergerakan dijalankan, orang ramai perlu sentiasa di rumah. Hanya keluar ketika keadaan memerlukan sahaja misalnya membeli makanan atau bahan keperluan anak seperti pampers dan susu.
Justeru untuk mengelakkan kerap keluar rumah, isi rumah perlu bijak mengawal bahan makanan yang dimasak. Perlu berjimat cermat dan berhemah ketika memasak dan makan.
Wanita yang menggunakan facebook Maryam Elyas, memberikan resipi sesuai untuk musim catuan makanan ini. Pokok pangkalnya kenyang dan sedap dimakan.
CikYam up gambo makanan time hujan tadi. Bukan makanan mahal pun. Murah je. Kot la ada yang kata CikYam tak prihatin up gambo makanan time semorang bercatu makanan sekarang ni.
.
Ni actually makanan sesuai dibuat time musim catu makanan. Tak banyak bahan pun. Tak perlu letak udang, carrot atau apa. CikYam buat macam ni je. Dah cukup untuk mengenyangkan.
.
JEMPUT-JEMPUT BAWANG & KENTANG MUSIM CATU MAKANAN

BAHAN-BAHAN
3 cawan tepung gandum
1 biji kentang
1 biji bawang besar
Setengah sudu kecil garam
2 cawan air
Minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMBUAT
1. Masuk tepung gandum dalam mangkuk.
2. Kentang dipotong dadu. Masukkan dalam periuk.
3. Bawang dipotong dadu. Masukkan dalam periuk.
4. Bancuh air dengan garam. Tuang sikit-sikit dalam periuk.
5. Kacau bagi sebati.
6. Panaskan minyak masak. Goreng sesudu, sesudu. Buat sampài habis bancuhan.
Senang kan? Murah, sedap dan dapat banyak. Penuh 2 pinggan tadi. Selamat mencuba!
Kredit: Facebook Maryam Elyas
Ini 10 Jenis Resipi Tauhu, Boleh Masak Macam-Macam Rupanya.

Tauhu sumber protien yang murah dan sedap, untuk itu apa kata korang pelbagaikan menu sumber protein ini sebagai hidangan sihat untuk keluarga. Selain, murah, cara memasaknya juga ringkas dan senang. Malah rasanya juga tidak pernah mengecewakan. Anda yang ingin mencuba, ini ada 10 resipi menu berasaskan tauhu yang boleh korang semua cuba.

TAUHU CENDAWAN KUKUS SOS MASAM MANIS
BAHAN-BAHAN:
- 2 keping tauhu | hancurkan
- 1 tiup tauhu Jepun | hancurkan
- 1 biji telur | pecah dan kacau rata
- 4 biji cendawan Shitake | cincang halus
- 1/2 biji bawang Holland | cincang halus
- 1/2 biji cili Benggala | cincang halus
- 1 sudu teh serbuk perasa ayam
- 1 sudu teh serbuk lada sulah
- Garam halus secukup rasa
BAHAN SOS:
- 4 sudu makan sos cili Thai
- 1 sudu makan madu
- 1 sudu makan perahan jus lemon
- Garam dan gula secukup rasa
- 2 ulas bawang putih | cincang halus
- Sedikit cili Benggala | dadu halus
- Sedikit minyak masak
CARA MEMASAK:
- Campurkan semua bahan di dalam mangkuk besar, gaul rata dan pastikan ia secukup rasa.
- Panaskan pengukus.
- Sementara itu, sudukan bahan adunan tauhu dalam acuan kuih lompang.
- Kemudian, susun dalam pengukus dan kukus hingga masak lebih kurang 10-15 minit.
- Sementara itu, panaskan sedikit minyak masak, tumis bawang putih, kemudian masukkan cili Benggala.
- Setelah layu masukkan sos cili Thai, madu dan jus lemon.
- Seterusnya perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Tutup api.
- Keluarkan tauhu kukus dan susun dalam pinggan.
- Tuangkan sos di atas tauhu dan sedia dihidangkan.

TAUHU GORENG MENTEGA RANGGUP
BAHAN-BAHAN:
- 3 keping tauhu biasa | potong dadu
- 1 cawan serbuk roti
- 3 sudu makan tepung jagung
- 6 ulas bawang putih | cincang halus
- 5 biji cili padi | hiris halus
- 1 pokok daun bawang | hiris 2cm
- Garam dan gula secukup rasa
- 2 sudu makan mentega
- Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
- Tauhu yang telah dipotong dadu digaulkan dengan tepung jagung dan sedikit garam. Gaul rata.
- Panaskan minyak, goreng tauhu hingga garing angkat dan ketepikan.
- Menggunakan kuali lain, panaskan mentega bersama 1 sudu makan minyak masak.
- Tumiskan bawang putih dan cili padi hingga wangi.
- Masukkan serbuk roti, tumis hingga kekuningan.
- Tambahkan di dalamnya hirisan daun bawang dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
- Setelag garing tutup , masukkan tauhu dan gaul rata.
- Sedia dihidangkan panas-panas.

TAUHU TELUR BERSAMA CENDAWAN SHITAKE TUMIS SOS TIRAM
BAHAN-BAHAN:
- 2 tiup tauhu Telur | hiris bulat dan gaulkan dengan sedikit tepung gandum
- 3 biji cendawan shitake | hiris
- Sedikit hirisan batang seleri
- 1/2 biji cili Benggala Merah | hiris
- 1/2 biji bawang besar | hiris
- 2 ulas bawang putih | titik
- 2 sudu makan sos tiram
- 1 sudu teh serbuk lada sulah
- 1 sudu teh serbuk pati ayam
- 2 sudu makan minyak masak | untuk menumis
- Minyak Masak secukupnya untuk menggoreng tauhu
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak masak, kemudian goreng tauhu hingga kekuningan. Angkat dan ketepikan.
- Menggunakan kuali lain, panaskan sedikit minyak dan tumis hirisan bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
- Masukkan cendawan shitake, kacau seketika tambahkan dengan hirisan cili Benggala dan batang Seleri. Kacau rata.
- Setelah layu masukkan hirisan tauhu yang telah digoreng, sos tiram, serbuk lada sulah dan pati ayam.
- Gaul rata dan tutup api dan sedia dihidangkan.

TAUHU KUKUS SAMBAL DAGING KISAR
BAHAN-BAHAN:
- 1 pek tauhu Jepun
- 150gm daging kisar
- 2 ulas bawang merah | cincang halus
- 2 ulas bawang putih | cincang halus
- 1 sudu makan pes cili kering
- 2 helai daun limau purut
- Sedikit hirisan halus cili Benggala
- Garam dan gula secukup rasa
- 2 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
- Panaskan pengukus, kemudian kukus tauhu Jepun lebih kurang 5-7 minit. Angkat dan ketepikan.
- Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang merah dan putih hingga wangi.
- Kemudian masukkan pes cili, hirisan daun limau purut dan cili benggala, kacau hingga pecah minyak,
- Seterusnya masukkan daging kisar, kacau rata hingga daging bertukar warna dan air daging kering.
- Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Setelah siap, tuangkan sambal daging ini di atas tauhu yang telah dikukus tadi.
- Tauhu sedia dihidangkan.

TAUHU TUMIS TAUCHU
BAHAN-BAHAN:
- 2 keping tauhu | potong dadu dan goreng
- 1/2 batang timun Jepun | potong dadu
- 1/2 batang lobak merah | potong dadu
- Sedikit biji gajus | goreng
- Sedikit udang kering
- 5 biji cili kecil merah | belah hujung
- 5 biji bawang merah | belah dua
- 4 ulas bawang putih | belah dua
- 2cm halia muda | hiris halus memanjang
- 2 sudu makan tauchu
- 1 sudu makan pes cili kering
- 1 sudu makan cuka
- Gula secukup rasa
- 2 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak, tumis bawang merah, bawang putih, udang kering dan cili padai hingga wangi.
- Masukkan pes cili kering, kacau rata dan masukkan tauchu dan cuka.
- Setelah pecah, masukkan hirisan lobak merah dan timun.
- Kacau hingga layu, masukkan tauhu goreng dan gajus.
- Perasakan dengan sedikit gula.
- Kacau rata dan tutup api.
- Tauhu sedia dihidangkan.

TAUHU UDANG BERLADO
BAHAN-BAHAN:
- 2 keping tauhu | potong dadu
- 200gm udang | buang kulit dan kepala dan belah belakang
- 2 sudu makan pes cili kering
- 3 biji cili merah | kisar kasar
- 1/2 biji bawang besar | potong dadu halus
- 2 ulas bawang putih | cincang halus
- 1 sudu makan air asam Jawa
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak masak | untuk menggoreng dan menumis
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak, goreng tauhu hingga garing. Angkat dan tos.
- Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
- Tumiskan bawang merah dan putih hingga wangi.
- Seterusnya masukkan pes cili dan cili merah kisar. Kacau rata.
- Setelah pecah minyak, masukkan udang, kacau hingga udang bertukar warna kemerahan.
- Masukkan air asam Jawa dan tauhu. Kacau lagi.
- Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Setelah cukup rasa dan masak.
- Tauhu sedia dihidangkan.

TOMYAM TAUHU POK BERSAMA UDANG
BAHAN-BAHAN
- 6 biji tauhu pok | belah empat
- 5 ekor udang | saiz sederhana
- 1/2 batang Seleri | hiris serong
- 1 biji tomato | potong dadu
- 5 biji cili padi | titik
- 2 batang serai | titik
- 1/2 biji bawang Holland | hiris
- 2 sudu makan pes tomyam
- Air secukupnya
- Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Masukkan air dalam periuk bersama pes tomyam, cili padi, hirisan bawang, serai titik.
- Kacau rata dan masak atas api hingga mereneh.
- Masukkan udang dan tauhu pok di dalamnya, kacau rata.
- Setelah mereneh, perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Tutup api,masukkan hiris batang seleri dan tomato.
- Angkat dan sedia dihidangkan.

JEJARI TAUHU BERDAGING
BAHAN-BAHAN:
- 3 keping tauhu | hancurkan
- 1 keping tauhu Jepun | hancurkan
- 1biji telur
- 2 sudu makan tepung jagung
- 150gm daging kisar
- 1/2 hirisan daun bawang
- 1 sudu teh serbuk lada sulah
- 1 sudu teh serbuk pati ayam
- Garam secukup rasa
- Minyak untuk menggoreng
BAHAN SOS MASTARD
- 2 sudu makan sos mustard
- 1 sudu makan mayones
- 1 sudu makan jus lemon
- 1 sudu makan madu
- 2 biji cili padi | hiris
CARA MEMASAK:
- Campurkan semua bahan untuk Jejari Tauhu. Gaul rata.
- Masukkan dalam loyang yang beralas plastik dan kukus hingga masak lebih kurang 10-15 minit.
- Setelah sejuk, potongkan bentuk jejari.
- Gaulkan dalam tepung gandum yang telah dicampurkan sedikit garam dan lada sulah. Ketepikan.
- Panaskan minyak dalam kuali, kemudian goreng Jejari Tauhu hingga kekuningan, angkat dan toskan minyak.
- Untuk menyediakan sos campurkan semua bahan dan kacau rata.
- Hidangkan Jejari Tauhu bersama Sos Mustard.

NAGGUT AYAM SOS LEMON
BAHAN-BAHAN:
- 3 keping tauhu
- 1 tiup tauhu Jepun
- 1 cawan isi ayam | carik halus
- 1/2 cawan hirisan daun ketumbar
- 1/2 cawan tepung gandum
- 1 biji telur ayam
- 1 sudu makan serbuk pati ayam
- 1 sudu teh serbuk lada sulah
- Garam secukup rasa
- Minyak untuk menggoreng
BAHAN SOS LEMON
- 1 sudu makan pati oren Sunquick
- 1 biji lemon | ambil jus sahaja
- 1 sudu makan tepung jagung | bancuh dengan 1/2 cawan air
- Garam dan gula secukup rasa
- 1 sudu teh serbuk pati ayam
- 1 ulas bawang putih | cincang
- 1 sudu teh mentega
CARA MEMASAK:
- Campurkan semua bahan untuk naggut. Gaul rata.
- Masukkan dalam loyang yang beralas plastik dan kukus hingga masak lebih kurang 10-15 minit.
- Setelah sejuk, potongkan bentuk empat segi tepat. Gaul dalam tepung yang dicampurkan dengan sedikit garam dan lada sulah. Ketepikan.
- Panaskan minyak dalam kuali, kemudian naggut hingga kekuningan, angkat dan toskan minyak.
- Sementara itu panaskan mentega atas api kecil, tumis bawang putih hingga wangi.
- Masukkan pati oren Sun quick dan jus lemon.
- Kacau rata dan masukkan bancuhan tepung jagung.
- Kacau rata hingga mendidih menjadi sos pekat. Tutup api.
- Setelah siap hidangkan nuggat dengan sos lemon.

ROLADE TAUHU
BAHAN-BAHAN:
- 2 keping tauhu | kukus dan hancurkan
- 150gm isi ayam kisar
- 2 ulas bawang putih | cincang halus
- 1/2 biji bawang besar | cincang halus
- 1 sudu teh serbuk lada sulah
- 1 sudu teh garam halus
- 1 sudu makan mentega
BAHAN TELUR DADAR:
- 2 biji telur
- Sedikit garam
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak atas api sederhana, tumis bawang besar dan putih hingga wangi.
- Masukkan daging kisar, kacau rata.
- Seterunya masukkan pula tauhu yang telah dihancurkan.
- Perasakan dengan garam dan lada sulah secukup rasa, Angkat dan ketepikan.
- Untuk menyediakan telur dadar, pecahkan telur dalam mangkuk, tambah sedikit garam dan kacaaaaaau rata.
- Panaskan kuali leper saiz sederhana yang tidak melekat.
- Tuangkan bancuhan telur, dan layangkan bancuhan telur agar memenuhi bulatan kuali, tutup api apabila permukaan telur kering.
- Pindangkan telur atas papan pencanai, lapiskan di atasnya dengan campuran tauhu dan isi ayam tadi.
- Perlahan-lahan gulungkannya dengan kemas.
- Balut gulungan atau rolade dengan aluminium foil.
- Apabila sedia digunakan buka bungkusan dan potong bentuk bulat dan Rolade sedia dihidangkan dengan pelbagai cita rasa yang anda suka.

