Bagi penggemar kentang putar, resipi perkongsian ciklyn ini antara yang boleh dicuba. Tidak menggunakan banyak bahan namun hasilnya sangat menyelerakan. Malah kosnya juga tentulah lebih berbaloi. Sekali buat, satu keluarga boleh makan. Jika beli, dah berapa kan? Nak cuba? Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.
2. Masukkan ke dalam periuk dan masukkan air hingga meneggelamkan kentang.
3. Rebus ubi kentang selama 10-15 minit menggunakan api sederhana.
4. Bila ubi kentang telah empuk, angkat dan toskan airnya.
5. Masukkan mentega ke dalam bekas ubi kentang dan lenyek hingga halus.
6. Tambahkan serbuh lada hitam dan serbuk lada sulah secukupnya mengikut cita rasa masing-masing. Jika suka rasa kentang yang pedas, lebihkan.
7. Tuang susu sedikit demi sedikit sehingga mendapat tekstur yang anda suka. Fungsi susu adalah untuk membuatkan kentang putar rasa lebih berlemak dan gebu.
8. Lenyek lagi kentang sehingga semua bahan sekata. (lebih mudah jika menggunakan hand blender kerana tekstur akan jadi halus)
CARA MEMASAK: 1. Cairkan mentega dalam kuali dan tumiskan bawang menggunakan api sederhana. Biarkan sehingga bawang bertukar warna sedikit keperangan. 2. Masukkan tepung gandum/ jagung. Kacau terus sehingga tepung jadi warna coklat atau sehingga bertukar jadi warna sos yang anda suka. 3. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil dikacau. Bila sudah sebati, padamkan api dan masukkan sos tadi ke dalam pengisar. Kisar hingga semua bahan hancur dan halus. 4. Tuang kembali sos yang dikisar tadi ke dalam periuk dan masak guna api sederhana. 5. Masukkan kiub ayam dan juga serbuk lada hitam dan lada sulah dengan secukup rasa. 5. Jika kuah terlalu pekat, tambahkan sedikit air. Sebatikan. 6. Kacau sehingga rata dan tutup api. Jika sos kentang putar berketul, masukkan sos ke dalam blender dan kisar hingga tidak berketul. 7. Angkat dan hidangkan bersama kentang putar yang telah dimasak tadi.
Kalau masak lemak cili api, memang Negeri Sembilan adalah negeri terkenal dengan resipi ini. Salah satu hidangan paling femes adalah daging salai masal lemak cili api. Lauk ini sangat sedap dimakan bersama nasi panas. Kuahnya memang sedia pedas, jadi tak perlu ada sambal dah. Cukup sediakan sepiring ulam sebagai pelengkap.
Resipi ini dikongsikan oleh SuiSan Aliezsha di facebook group RASA Share Resepi.
DAGING SALAI MASAK LEMAK CILI API
BAHAN DAGING SALAI
1 kg daging batang pinang
Sedikit serbuk kunyit
CARA MEMBUAT DAGING SALAI
1. Cuci daging. Kemudian dikelar-kelar.
2. Gaul dengan serbuk kunyit. Perap sekejap.
3. Salai menggunakan sabut kelapa atau arang sehingga kering.
4. Hiris nipi-nipis. Ketepikan.
BAHAN MASAK LEMAK CILI API
Segenggam cili api
6 cm kunyit hidup
3 tangkai serai
Sedikit air
1 biji kelapa (diparut dan diperah santannya)
1 keping asam keping
Garam secukup rasa
3 papan petai (kikis kulit dan direbus seketika)
Bahan nak masak lemak cili api.
Petai ni, kikis macam ni ye.
CARA MEMBUAT MASAK LEMAK CILI API
1. Cili api dan kunyit hidup ditumbuk halus.
2. Tumbuk serai sampai pecah.
3. Masukkan daging salai, cili api, kunyit dan serai bersama sedikit air. Rebus seketika.
4. Agak-agak daging sudah empuk, masukkan santan. Kacau sebati. Biarkan mendidih.
5. Masukkan asam keping dan garam.
6. Masukkan petai. Biarkan mendidih. Matikan api.
Menu berbuka selera kampung semestinya menjadi pilihan ramai. Maklumlah bukan selalu dapat menikmati sajian-sajian begini. Andai berkunjung ke bazar Ramadan di negeri Pantai Timur misalnya, pasti kagum melihat aneka lauk pauk berbuka yang enak dan menggiurkan. Mungkin sesetengah darinya ada yang anda tak pernah cuba. Keenakannya pula, hmmm… sukar diungkapkan dengan kata-kata. Situasi pandemik membataskan perjalanan balik kampung untuk berbuka bersama keluarga. Jadi apa kata cuba resipi-resipi ini untuk ubati kerinduan anda.
ANEKA RESIPI LAUK BERBUKA SELERA KAMPUNG INSPIRASI BAZAR RAMADAN
1. DAGING GULAI KICAP
BAHAN-BAHAN:
2kg daging
2 biji bawang besar | dihiris
20 sudu makan kicap lemak manis
4 gelas air
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya
BAHAN KISAR:
24 biji bawang merah
12 ulas bawang putih
8cm halia
30 tangkai cili kering
BAHAN TUMIS:
2 batang kulit kayu manis
6 kuntum bunga lawing
6 kuntum bunga cengkih
8 biji buah pelaga
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan masak bahan tumis hingga wangi.
Masukkan bahan kisar. Biar hingga pecah minyak.
Seterusnya masukkan daging. Gaul sebati.
Bila daging hampir 1/2 masak, masukkan kicap manis. Biar selama 5-10 minit supaya daging menyerap rasa kicap.
Masukkan air. Jika perlu, tambahkan gula dan garam secukup rasa. Biar daging empuk.
Akhir sekali, masukkan hirisan bawang dan gaul sekata hingga semua bahan sebati.
Angkat dan sedia untuk dihidangkan dikala berbuka.
INFO CHEF: Untuk memendekkan waktu memasak, guna daging batang pinang.
2. ACAR TIMUN MASAK
BAHAN-BAHAN:
6-7 batang timun saiz besar
800ml air
12 sudu makan cuka
3 biji bawang Holland | belah 4
8 biji cili merah | hiris
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya
BAHAN KISAR:
2 biji bawang besar
12 ulas bawang putih
10 sudu makan cili kisar
2 inci halia
CARA MEMASAK:
Bersihkan timun, belah 3 bahagian dan hiris memanjang. Buang bijinya. Rendam dalam air garam seketika.
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga garing.
Masukkan air dan cuka masak. Kacau sebati dan biarkan mendidih.
Limpa, paru, daging dan hati adalah antara bahagian pada lembu yang sedap kalau dimasak rendang. Bahagian pada lembu misalnya limpa memang agak kuat baunya. Jadi kalau dimasak rendang, bau itu akan hilang sebab rendang menggunakan banyak rempah. Nah, RASA kongsikan tiga resipi rendang yang masih mengekalkan ciri-ciri tradisional untuk anda yang memang tekak cita rasa Melayu.
RENDANG LIMPA
Bahan-bahan:
500 gram limpa (dipotong kepingan besar)
1 biji kelapa ] diambil santan
8 tangkai cili kering (dikisar)
3 biji bawang merah (dikisar)
2 ulas bawang putih (dikisar)
1 biji bawang besar (dikisar)
2cm halia (dikisar)
2cm lengkuas (dikisar)
1 batang serai (dikisar)
2 sudu makan kerisik
1 sudu makan serbuk jintan manis
1 1/2 sudu makan serbuk ketumbar
1 batang serai (dititik)
1 keping asam gelugur
Air secukupnya (jika perlu)
Garam dan gula secukup rasa
Cara memasak:
1. Masukkan limpa, bahan-bahan kisar, santan, serbuk ketumbar, serbuk jintan manis, serai dan asam gelugur ke dalam kuali. Masak sehingga mendidih.
2. Apabila kuah sedikit kering kira-kira separuh dari jumlah asal, perasakan dengan garam serta gula dengan secukupnya. Gaul rata.
3. Kemudian masukkan kerisik. Gaul lagi hingga hampir kering. Perlahankan api.
4. Setelah rendang kelihatan semakin pecah minyak, padamkan api. Sedia untuk dinikmati.
RENDANG PARU
Bahan-bahan:
1 kg paru (dihiris)
5 cawan santan cair
2 cawan santan pekat
3 helai daun salam
3 helai daun limau purut
3 helai daun kunyit
3cm kulit kayu manis
3 sudu makan kerisik
1 sudu makan garam
Bahan kisar:
12 ulas bawang merah
10 ulas bawang putih
2 cm halia
2 cm lengkuas
1 sudu teh lada hitam
Cara memasak:
1. Didihkan air dan rebus paru sehingga lembut. Angkat dan toskan airnya.
2. Dalam kuali berasingan, masukkan santan cair dan bahan kisar ke dalam periuk. Masak sehingga mendidih.
3. Kemudian masukkan paru, daun salam, daun limau purut, daun kunyit dan kulit kayu manis. Masak sehingga kuah pekat.
4. Tuang santan pekat, garam dan kerisik. Gaul rata.
5. Masak lagi sehingga kuah agak kering dan pecah minyak.
6. Sedia untuk dinikmati.
RENDANG DAGING DAN HATI BERKUAH
Bahan-bahan:
300 gram daging
300 gram hati
7 biji bawang merah (dikisar)
3 ulas bawang putih (dikisar)
1 ½ inci halia (dikisar)
1 inci lengkuas (dikisar)
5 batang serai (dihiris halus)
2 inci kunyit hidup (dikisar)
2 sudu makan kerisik
Sedikit hirisan daun kunyit
2 mangkuk santan
Garam dan gula secukupnya
Cara memasak:
1. Masukkan semua bahan kecuali kerisik dan daun kunyit. Kacau perlahan.
2. Apabila kuah sudah agak pekat, masukkan kerisik.
3. Akhir sekali masukkan hirisan daun kunyit.
4. Masak dan biar mereneh namun pastikan masih berkuah.
5. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.